Powered by Jasper Roberts - Blog

'RAJA Sedia Panggil pemain TERSISIH'

Jom! comments


Rajagobal
Rajagobal tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan akan memanggil pemain cemerlang dalam Liga Malaysia untuk bermain bersama skuad kebangsaan.
KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal memberitahu peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

Menurutnya, dia tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

"Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini.

"Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

"Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus. Tapi, perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain.

"Ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Rajagobal berkata, pemain disisih sebelum ini iaitu, K Gurusamy, S Subramaniam dan Muslim Ahmad boleh dipanggil pada bila-bila masa andai cergas dan mampu kekalkan momentum permainan.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, FAM tetap menerima pemain negara yang bermain di liga luar seperti Nazmi Faiz Mansor (SC Beira-Mar)dan Ahmad Fakri Saarani (SC Atletico).

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari depan.

Menurut Raja, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia.

Gambar Terkini Hot Nad Zainal

Jom! comments

Pelakon comel yang mula mengorak langkah dalam dunia lakonan. Nad Zainal telah menceburi bidang seni sekitar tahun 2007. Antara drama lakonan Nad Zainal ialah Aku Bukan Bidadari dan Putera Rayyan.
 
 
 

Gadis Ini Mati Kerana Kentut

1 comments


Shaakira Dorsey, 16, meninggal dunia setelah bergaduh dengan seorang rakannya di Ohio. Punca pergaduhan dipercayai adalah kerana Shaakira mengutuk kawan beliau yang terkentut ketika memandu sebuah kereta.

Menurut laporan ABC Channel 5 Shaakira pengsan selepas bergaduh dengan remaja yang dirahsiakan identitnya ini. Beliau kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Polis akan mendakwa remaja yang bergaduh dengan Shaakira dan beberapa orang dewasa yang ada ketika pergaduhan tersebut. Ini termasuklah ayah tiri Shaakira kerana dari laman Facebook dan Twitter polis mendapat tahu beliaulah yang memandu Shakira ke rumah suspek untuk bergaduh. Tambah mengejutkan polis menerima panggila 911 yang mengatakan pergaduhan dua orang remaja ini disaksikan orang dewasa yang bertindak sebagai pengadil pergaduhan.

Bapa tiri Shaakira tidak mahu mengaku salah atas kesalahan memandu Shaakira ke lokasi pergaduhan dan cuba menyembunyikan fakta daripada polis.


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net