Powered by Jasper Roberts - Blog

Shah Iskandar Sedia Temui Zain Saidin Isu 'Rebut' Rozita Che Wan

Jom! comments


Shah Iskandar
PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu “rebut” pelakon Rozita Che Wan.
Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.
“Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.
“Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini.
“Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Shah berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus terbaharu yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam dua bulan lalu sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.
Rozita Che Wan
Selain drama bersiri itu, ketiga-tiga mereka digandingkan bersama beberapa minggu lalu dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Zain dilaporkan telah mengirimkan puluhan bunga ros dan patung beruang ke bilik penginapan Rozita di hotel berkenaan bagi memujuk hati wanita itu yang dikatakan sedang merajuk.
Dalam pada itu Shah tidak menolak jika ditakdirkan hubungannya menjadi lebih rapat dengan Rozita pada masa akan datang kerana dia menyenangi sikap wanita berusia 39 tahun itu.
“Setakat ini belum ada apa-apa yang serius antara saya dan Che Ta. Kami memang rapat dan tidak dinafikan banyak mata melihat kami bergurau serta berbual ketika di lokasi.
“Namun seperti dinyatakan tadi, ia hanya berlandaskan hubungan profesional. Saya tidak tahu pula pada masa akan datang hubungan kami menjadi lebih intim?
“Apa-apa pun selepas ini saya perlu lebih relaks dan berpada-pada dalam tindak-tanduk yang akan mengundang perasaan kurang senang kepada segelintir pihak,” jelasnya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Kiah Spy di Perlis.
Zain Saidin
Sementara itu, Zain yang dihubungi enggan mengulas mengenai dakwaan kononnya dia terasa hati dengan kemesraan dua pelakon itu sehingga bertindak membelikan puluhan kuntum bunga ros bagi memujuk hati Rozita.
“Saya tidak mahu komen mengenai gosip itu. Sejak nama saya dikaitkan dengan Che Ta, macam-macam cerita timbul dan akhirnya saya juga yang terkena kesannya.
“Saya sudah penat bercerita dan menjawab perkara-perkara begini,” luahnya.
Ditanya mengenai kemesraan Shah dan Rozita, Zain berkata, pada pengamatannya mereka hanya rapat sebagai rakan artis di tempat kerja.
“Kebetulan mereka berlakon bersama untuk tempoh yang lama. Mungkin sebab itu mereka menjadi rapat dan ia adalah perkara normal.
“Saya tiada masalah mengenai gosip itu dan tidak fikir mereka mempunyai hubungan yang serius,” kongsinya yang terlibat dalam penggambaran drama bersiri Evolusi Kl Drift The Series.

sumber Mstar

Kekejaman Israel ke atas Kanak-kanak Palestine

1 comments

Gambar ini menunjukkan di mana seorang kanak-kanak perempuan dipijak dadanya oleh seorang tentera Israel.

Diet cara sihat

1 comments


Panduan untuk berdiet cara sihat :-
  • Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  • Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  • Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  • Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  • Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  • Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
  • Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  • Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  • Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
  • Produk terbaik untuk anda yang ingin menurunkan berat badan iaitu Alpha Lipid SD2.Alpha Lipid SD2 adalah keluaran syarikat New Image Asia yang telah bertapak selama lebih 21 tahun di pasaran dan ia terbukti berjaya menurunkan berat badan secara semulajadi, selamat dan berkesan.
    Alpha Lipid SDII tercipta daripada hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University iaitu Dr. George Cahill dan Dr. George Blackburn.

    Produk ini merupakan campuran berkualiti tinggi yang komprehensif, terdiri daripada protein soya bukan GMO, serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin dan mineral.



Mari mulakan langkah anda untuk mencapai berat badan yang ideal bersama Alpha Lipid SD2.

Hubungi: 016 6302700(Hasrul)

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net