Powered by Jasper Roberts - Blog

Selamat Pagi sahabat Bloggerku

10 comments


Selamat pagi semua , sudah sarapan ke belum? ahak jangan lupa mandi dan gosok gigi dulu ya. Ahak apalah yang harus koz lakukan pada hari ini, adakah harus untuk mengadap blog 24 jam tanpa henti seperti kedai yang open 24 jam  hahaha rasa dah macam robotlah pulak.

Kalau mengadap blog 24 jam apalah yang jadi dengan blog koz ni. Maklumlah koz ni selalu sangat gatal tangan sangat asyik tukar-tukar design yang ada dalam blog ni.

Korang tengoklah keadaan template blog ini, macam tak kena lak dengan gaya dan usia koz yang hampir cecah 16 tahun eh 26 tahun ni hahaha perasan muda sikit tak apakan. Semalam gatal tangan punya pasal dapat jugalah hasilkan Widget Jam tak comel Comel untuk korang. Harap korang enjoy dengan perkongsian yang koz berikan ini(terimalahku seadanya cewah).

Tegoklah kalau idea dalam kepala ni dapat diterjemahkan ke dalam design yang berikutnya, sebenarnya banyak sangat idea untuk wat widget dalam flash ni, tapi kenalah pilih yang terbaik. Otak koz ni dah macam-macam keinginannya untuk diterapkan idea pemikiran di dalam design yang ingin dikongsikan kepada korang. Hahaha..."Sangat bersyukur dengan segala kurniaanMu."

Jadi kepada korang yang dah selalu skodeng blog koz ini selamat menyinggah di ucapkan dan kepada yang baru or jarang masuk bog koz ini, salam persahabatan dihulurkan.

Raja Azura tidak mahu bermadu

3 comments



Raja Azura atau dengan panggilan Kak Engku iaitu penyampai radio Sinar FM dan pelakon tidak akan mencari pengganti di kalangan suami orang kerana prinsipnya enggan hidup bermadu.
"Terus terang jika ingin mencari pengganti, saya tidak mahu cari di kalangan mereka yang sudah berkahwin dan saya tidak mahu hidup bermadu.
"Ia telah menjadi prinsip hidup saya dan rasanya saya bukan insan yang terpilih untuk hidup berpoligami," 
Dalam pada itu, Raja Azura tidak menafikan ada lelaki yang cuba mendekatinya sejak dia berpisah dengan Adzmin Osman. Bagaimanapun dia lebih selesa dengan kehidupan solonya kini. Malah tumpuannya adalah kepada anak-anak selain kerjaya sebagai penyampai radio Sinar FM.

Pelakon veteran Kuswadinata keadaan tenat

Jom! comments



Pelakon veteran Kuswadinata, 74, berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

"Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan.

"Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.

"Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya.

Rizal ditemui di Hospital Ampang ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang mahu melawat ayahnya itu.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.

"Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

"Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujarnya.

Sementara itu Freddie Fernandez telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga pelakon itu bagi mengurangkan beban mereka selain berharap agar mereka tabah menerima sebarang dugaan.

Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.

sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net