Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Norish Karman diserang sakit belakang

1 comments



MELIHATKAN keadaannya berkerusi roda dan perlu dibantu ketika berdiri, tiada siapapun akan menyangka dia masih mampu menggagahkan diri ke lokasi penggambaran, sekali gus menyiapkan baki babak drama bersiri Julia yang hangat dipertontonkan di TV3 ketika ini.

Begitulah semangat dimiliki pelakon terkenal, Norish Karman. Biarpun, penyakit ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ iaitu kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu amat menyakitkan hingga menyebabkan bintang Sayang Salmah itu terpaksa berkerusi roda, namun dia tidak mahu menjadikan penderitaannya itu sebagai alasan untuk tidak ke lokasi. Ini sekali gus membuktikan bahawa dia begitu komited terhadap tugasnya sebagai pelakon.

“Pihak produksi faham keadaan saya tapi atas dasar tanggungjawab saya tetap datang ke lokasi kerana hampir setiap episod yang ditayangkan ada babak membabitkan saya sebagai Zainab dalam drama itu. Kalau saya tidak ke lokasi menyiapkan babak saya, ia boleh menyebabkan jalan cerita tergantung.

“Saya ditahan di wad Isnin lalu, bagaimanapun keesokan hari, saya meminta keizinan doktor untuk ke set penggambaran dan menjelaskan kepada doktor seandainya saya tidak pergi akan timbul masalah pada pihak produksi termasuklah kesinambungan jalan cerita drama itu.


“Mujurlah penggambaran pada hari itu membabitkan babak di kafe, jadi saya hanya perlu berlakon sambil duduk dan tidak begitu membebankan saya,” katanya.


Terikat dengan baki babak yang masih banyak, Norish berkata, Tuhan juga mengatur takdir untuknya cukup indah biarpun dalam keadaan begini.

“Kebetulan babak seterusnya akan saya jayakan selepas ini adalah sambungan kepada babak saya dirompak empat penjenayah, saya mengalami kecederaan dan mengesot hingga ke bilik menantu saya yang dirogol.

“Konti daripada babak itu mungkin saya boleh teruskan dengan watak Zainab menggunakan kerusi roda gara-gara peristiwa rompakan itu. Inilah yang saya katakan takdir Allah cukup indah. Dia (Allah) tahu saya perlukan kerja ini untuk menyara anak-anak namun diberikan dugaan apabila saya ditimpa sakit.
Tetapi diberikan jalan untuk saya terus berlakon dan melangsaikan kerja saya,” katanya.

Dikenali sebagai pelakon sensasi dan kerap dilanda kontroversi, namun apa yang mengagumkan sakit bukan alasan untuknya mengabaikan anak-anak. Dalam keadaan kurang sihat, Norish masih menyiapkan makanan anak-anak dan membantu menyiapkan kerja sekolah mereka biarpun di hospital.

“Saya rasa bersalah kalau saya tidak mengambil berat anak-anak. Lagipun saya memang terapkan kasih sayang sebagai perkara utama.

“Biar ibu bapa mereka bercerai tetapi kehidupan anak-anak penuh kasih sayang.
Sesibuk manapun saya berlakon, saya tetap pastikan masak untuk anak-anak. Dalam keadaan begini, kunjungan anak-anak setiap hari yang hampir setiap masa bersama saya sebenarnya meringankan kesakitan yang ditanggung,” katanya dijangka pulang hari ini.

Bercerita mengenai penyakit itu, Ahad lalu sewaktu menghadiri majlis perkahwinan temannya, dia secara tiba-tiba diserang sakit belakang. Sehinggakan sewaktu bergambar dengan peminat, dia terpaksa duduk saja.

Sebaik pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam dan merehat–kan diri di kamar, dia tidak boleh bangun dan berasa separuh lumpuh.

“Sakitnya Allah saja yang tahu. Saya sampai menangis dan ibarat orang lumpuh separa badan. Hendak ke hospital malam itu, saya terfikir hari Ahad dan pasti–nya kalau ke hospital juga, malam itu dihabiskan untuk ditahan dalam wad tanpa ada rawatan.

“Justeru, saya putuskan pergi ke hospital keesokan harinya. Sementara malam itu saya hanya bersabar dan menggunakan minyak angin untuk kurangkan kesakitan.

“Ketika menjalani pemeriksaan, doktor ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’, jadi saya disarankan menjalani pembedahan kecil.

“Penyakit itu, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri.

“Saya tidak punya orang gaji dan semua kerja rumah saya buat. Bayangkan sampaikan basuh kain pun guna tangan, percaya tak saya tak ada mesin basuh di rumah.

“Anak-anak saya yang sudah besarpun kadang-kadang saya masih dukung mereka.
Selebih–nya, mungkin kerjaya saya sebagai pelakon memerlukan saya menjayakan babak berat,” katanya yang memohon tidak mendedahkan nama hospital yang didiami.

Turut bersama di sisi Norish adalah Haqiem Armany, 13, Hardy Amieran, 9, Hanyz Armanda 8, Haq Luftie Alexander, setahun dua bulan dan anak angkat, Nor Zam, 18.

Permainan Baling Selipar kenangan sewaktu kecil

3 comments

Permainan Baling Selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama seperti permainan Baling tin Cuma ditukar kepada selipar. 3 selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.

Semasa koz kecil dahulu memang setiap petang akan bermain permainan baling selipar ini bersama adik-beradik yang lain. Permainan inilah yang amat fames di kawasan taman perumahan koz ketika itu. Siap ada group-group lagi untuk ditentang setiap petang.

Bila di lihat sekarang ini memang tidak nampak budak-budak bermain permainan ini. Budak-budak sekarang semua penuhkan cyber cafe untuk bermain permainan video game. Amat rugi sekali kerana permainan tradisional ini makin lupus dari masa kesemasa.

Disebabkan kurangnya kesedaran dan pendidikan tentang permainan tradisional ini, rakan koz semasa zaman kolej dulu telah membuat satu Animasi versi 2D tentang permainan baling selipar ini. Jom kita layan sama-sama.

Hot! Kilafairy tak mahu berkemban

2 comments


Kilafairy tak mahu berkemban-

KEMUNCULAN pertama Kilafairy dalam filem Karak, arahan Yusry Abdul Halim mendapat perhatian ramai gara-gara watak Ida yang dilakonkannya tampil berkemban dalam satu adegan.

Penampilannya yang dikira berani untuk pendatang baru itu membuatkan orang lebih mengingati filem itu kerana adegan Kilafairy berkemban dan bukan jalan cerita.

Berdasarkan pengalaman itulah, Kilafairy atau lebih senang membahasakan diri sebagai Kila mengakui yang dia kini amat berhati-hati dalam memilih watak.

"Cukuplah Kila menjadi buah mulut orang sebelum ini kerana berkemban. Sekarang ini sebelum setuju, Kila akan baca skrip dulu tengok ada atau tidak adegan sebegitu. Kalau ada, pasti Kila tolak kerana tidak mahu lagi tampil imej seksi.

"Sebagai orang baru dalam bidang seni lakon, Kila mahu tampil dengan pelbagai watak dan tidak terikat pada satu watak atau imej.

"Untuk drama Saiful Nita, Kila suka kerana watak Nita ada naik turun. Ini juga drama episod pertama lakonan Kila dan pertama kali memegang watak utama," ceritanya mengenai drama bersiri 26 episod itu yang kini disiarkan di TV3.

Jelasnya, watak Nita adalah seorang anak gadis yang suka memberontak dan gemar menghabiskan masa di kelab dan dipaksa kahwin dengan lelaki yang diatur oleh bapa.

"Dalam drama ini watak Nita sering berubah dan Kila perlu sentiasa bersedia melakonkan momen-momen tersebut. Apa pun drama ini banyak memberi pengalaman baru kepada Kila.

"Kila tidak ada masalah untuk berpasangan dengan Aidil kerana dia seorang pelakon yang mudah memberi kerjasama dan selalu berbincang," katanya tentang pasangan lakonnya itu.

Anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu juga berkata, sepanjang penggambaran drama, dia sering merindui keluarga kerana tidak pernah berjauhan.

Menurut Kila, dia sanggup berjauhan dengan keluarga kerana ingin melangsai impian berlakon drama bersiri yang merupakan projek ulungnya itu.

"Bila sudah berlakon dapatlah Kila rasai suasananya bagaimana bila berlakon drama episod ini. Penat memang tidak dapat dielakkan tapi seronok.

"Paling tak tahan, disebabkan pertama kali berjauhan dengan keluarga, Kila jadi homesick. Bila hujung-hujung penggambaran, rasa tidak sabar sahaja nak habiskan agar dapat pulang ke rumah," ceritanya.

Malah kata Kila, sepanjang berlakon drama tersebut, dia terpaksa menolak lima tawaran filem dan tiga buah drama.

Biarpun tidak berpeluang Kilafairy tidak menyesal kerana percaya di masa akan datang, rezeki berlakon filem tetap ada.

"Tak rugi apa-apa pun bila tolak tawaran itu kerana Kila suka buat satu kerja pada satu masa. Kalau nak buat dua kerja dalam satu masa, takut Kila tak mampu sebab kualiti perlu dijaga.

"Sekarang ini Kila tunggu tawaran untuk bawa watak perempuan kampung yang teraniaya. Kalau dapat watak itu, Kila pasti akan buat yang terbaik dan sekali gus membuktikan yang Kila boleh lakonkan pelbagai watak," katanya penuh optimis.

sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net