Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Kilafairy tak mahu berkemban

2 comments


Kilafairy tak mahu berkemban-

KEMUNCULAN pertama Kilafairy dalam filem Karak, arahan Yusry Abdul Halim mendapat perhatian ramai gara-gara watak Ida yang dilakonkannya tampil berkemban dalam satu adegan.

Penampilannya yang dikira berani untuk pendatang baru itu membuatkan orang lebih mengingati filem itu kerana adegan Kilafairy berkemban dan bukan jalan cerita.

Berdasarkan pengalaman itulah, Kilafairy atau lebih senang membahasakan diri sebagai Kila mengakui yang dia kini amat berhati-hati dalam memilih watak.

"Cukuplah Kila menjadi buah mulut orang sebelum ini kerana berkemban. Sekarang ini sebelum setuju, Kila akan baca skrip dulu tengok ada atau tidak adegan sebegitu. Kalau ada, pasti Kila tolak kerana tidak mahu lagi tampil imej seksi.

"Sebagai orang baru dalam bidang seni lakon, Kila mahu tampil dengan pelbagai watak dan tidak terikat pada satu watak atau imej.

"Untuk drama Saiful Nita, Kila suka kerana watak Nita ada naik turun. Ini juga drama episod pertama lakonan Kila dan pertama kali memegang watak utama," ceritanya mengenai drama bersiri 26 episod itu yang kini disiarkan di TV3.

Jelasnya, watak Nita adalah seorang anak gadis yang suka memberontak dan gemar menghabiskan masa di kelab dan dipaksa kahwin dengan lelaki yang diatur oleh bapa.

"Dalam drama ini watak Nita sering berubah dan Kila perlu sentiasa bersedia melakonkan momen-momen tersebut. Apa pun drama ini banyak memberi pengalaman baru kepada Kila.

"Kila tidak ada masalah untuk berpasangan dengan Aidil kerana dia seorang pelakon yang mudah memberi kerjasama dan selalu berbincang," katanya tentang pasangan lakonnya itu.

Anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu juga berkata, sepanjang penggambaran drama, dia sering merindui keluarga kerana tidak pernah berjauhan.

Menurut Kila, dia sanggup berjauhan dengan keluarga kerana ingin melangsai impian berlakon drama bersiri yang merupakan projek ulungnya itu.

"Bila sudah berlakon dapatlah Kila rasai suasananya bagaimana bila berlakon drama episod ini. Penat memang tidak dapat dielakkan tapi seronok.

"Paling tak tahan, disebabkan pertama kali berjauhan dengan keluarga, Kila jadi homesick. Bila hujung-hujung penggambaran, rasa tidak sabar sahaja nak habiskan agar dapat pulang ke rumah," ceritanya.

Malah kata Kila, sepanjang berlakon drama tersebut, dia terpaksa menolak lima tawaran filem dan tiga buah drama.

Biarpun tidak berpeluang Kilafairy tidak menyesal kerana percaya di masa akan datang, rezeki berlakon filem tetap ada.

"Tak rugi apa-apa pun bila tolak tawaran itu kerana Kila suka buat satu kerja pada satu masa. Kalau nak buat dua kerja dalam satu masa, takut Kila tak mampu sebab kualiti perlu dijaga.

"Sekarang ini Kila tunggu tawaran untuk bawa watak perempuan kampung yang teraniaya. Kalau dapat watak itu, Kila pasti akan buat yang terbaik dan sekali gus membuktikan yang Kila boleh lakonkan pelbagai watak," katanya penuh optimis.

sumber

Aiman Hakim Ridza jalani pembedahan mata

Jom! comments



Pelakon dan penyanyi Aiman Hakim Ridza yang menjadi kegilaan ramai gadis diluar sana akan menjalani pembedahan mata pada hari isnin ini 15 oktober.

Pembedahan akan dijalankan di hospital Subang Jaya, selangor. Hampir 2 minggu Aiman Hakim menangguhkan pembedahan kerana mahu menghabiskan shooting terlbih dahulu.

Aiman yang tidak ingin menangguh kerjanya sebelum menjalani pembedahan ini untuk menyenangkan semua pihak.

Kata Aiman:
“Pada mulanya mata saya bengkak seolah-olah ada ketumbit pada mata. Saya tak pasti apa puncanya. Mungkin juga faktor persekitaran, stres dan tak cukup rehat menjadi puncanya.

“Pernah sekali keluar darah kotor daripada selaput mata tau! Sekarang pun masih ada nanah di kelopak mata. Walaupun ianya kering, tapi membuat saya tak selesa.

“Kebetulan pula waktu tu saya baru nak mula shooting siri drama Antara Laut China Selatan (TV2). Shooting diteruskan juga kerana tak sempat nak cari pengganti. Mujurlah teknik mekap banyak membantu touch up mata saya ni.
“Bila kawan-kawan tanya punca sakit mata, saya sempat bergurau dan cakap ini adalah akibat mengintai nenek sebelah rumah. Selalunya orang selalu kaitkan sakit mata dengan sikap yang suka mengintai kan… Hehe.

“Insya-Allah.. shooting dijangka selesai dalam masa terdekat. Saya akan menjalani pembedahan mata Isnin ni. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye.

"Saya akan berehat sekejap daripada sebarang penggambaran sehingga keadaan mata saya pulih sepenuhnya. Ia dijangka boleh kembali sembuh dalam masa yang singkat”

Moga pembedahan Aiman berjalan lancar dan doakan Aiman cepat sembuh selepas jalani pembedahan.


sumber

Hot! Ramlah Ram Diugut di Facebook dan Twitter

2 comments

Ramlah Ram Diugut Selepas Akaun Facebook, Twitter Digodam

Penjenayah siber berjaya menggodam beberapa laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram sehingga meletakkan status serta mesej berbaur ugutan terhadap penyanyi itu dan juga beberapa artis lain.

Presiden Kelab Peminat Ramlah Ram Group (RRG), Idmiszal Soaid berkata, dia menyedari perkara itu pada pagi Sabtu lalu apabila terbaca di sebuah blog yang mengatakan laman Twitter milik Ramlah digodam.

"Tidak lama kemudian iaitu pada pukul 3 petang hari yang sama penggodam itu menghantar mesej berbaur ugutan dalam Twitter Ramlah yang ingin memusnahkan semua akaun laman sosial milik Ramlah termasuklah Facebook, E-mel danakaun YouTube.

individu yang menamakan dirinya sebagai 'Force Encryption' sengaja menggunakan wajah orang lain untuk menggodam laman sosial Ramlah Ram.
"Lebih menakutkan apabila penggodam mengugut (di Facebook) mahu menggodam telefon bimbit serta komputer riba Ramlah bertujuan untuk mendedahkan foto-foto peribadi miliknya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Selasa.

Tambah Idmiszal, Ramlah yang baru pulang dari Terengganu pada malam Sabtu lalu terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira pukul 1 pagi (Ahad) selepas mendapat tahu kejadian tersebut.

Malah, sebagai langkah keselamatan, Ramlah bertindak menghubungi beberapa bank bagi menyekat akaun-akaunnya agar segala urusan dihentikan buat sementara waktu.

Status menerusi akaun Twitter ini bukan tulisan Ramlah Ram kerana ia sudah dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.
"Selain Ramlah, saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang dan dua orang ahli RRG membuat laporan serupa di Taman Pelangi, Johor kerana akaun laman sosial kami juga digodam.

"Malah penggodam itu telah menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan dia tidak sukakan sebarang promosi yang berkaitan Ramlah. Peliknya, orang yang menghantar mesej itu daripada seorang lelaki negara luar.

"Dia siap ugut mahu menggodam laman sosial artis-artis lain pula seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura," ujarnya.

Ditanya keadaan Ramlah, Idmiszal berkata, penyanyi itu menjadi fobia sehingga dia tidak berani untuk menjawab sebarang panggilan telefon.

"Dia masih lagi fobia tambahan pula pelbagai ugutan yang diterima. Begitu juga dengan kami, takut juga apabila ada yang cuba dengki mahu menjatuhkan reputasi Ramlah.

"Tambah pula dia album barunya iaitu Aspirasi Cinta akan dipasarkan pada Jumaat ini yang diterbitkan sendiri oleh RRG. Saya takut ada yang tidak senang hati," ujarnya.

Sementara itu Ramlah Ram yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon bagi mengulas kejadian tersebut.

sumber mstar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net