Powered by Jasper Roberts - Blog

Keutamaan kerja Shila Amzah di China

Jom! comments


Shila Amzah: 'Sekarang keutamaan kerja saya di China'-
KEBELAKANGAN ini nama penyanyi yang semakin ayu mengenakan hijab sejak Ramadan lalu, Shila Amzah mekar meniti di bibir-bibir peminat hiburan tanah air.

Hal ini berikutan kejayaannya yang berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan Shanghai Asian Wave yang diadakan pada 20 September lalu.

Kejayaan Shila meraih kejuaraan itu membolehkannya memperoleh dana bernilai lebih RM1 juta, merangkumi rakaman album, konsert dan promosi albumnya di China.

“Buat masa ini, keutamaan kerja saya adalah di China kerana sekarang saya berada di bawah pengurusan Shanghai Media Group di mana mereka sudah merancang konsert jelajah saya di sana," katanya.

Tambah Shila, "selain itu, saya turut diundang untuk menjadi artis pembukaan konsert penyanyi terkenal serta juri yang mengadili pertandingan Shanghai Asian Wave, Erik Moo pada November ini."

Sementara itu, dalam usahanya untuk mencipta nama di bumi China, Shila juga sudah mendaftar dan menghadiri kelas Mandarin untuk mengasah lagi pertuturannya dalam bahasa itu.

“Saya kini sudah memasuki kelas bahasa Mandarin kerana kalau kita mahu menambat hati peminat di sana, kita kena menguasai bahasa mereka dulu,” katanya yang akan menyanyikan lagu Mandarin ciptaan penyanyi terkenal Taiwan Wong Lee Hom dalam albumnya akan datang.

Selain itu, nama Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, turut tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Patah Seribu.

“Mengenai pencalonan akhir AIM ini, saya berbesar hati dan bangga apabila tercalon bersama-sama idola saya iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Nora.

“Bagi saya sudah tercalon sebagai finalis pun, alhamdulilah, dan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk kedua-dua kategori yang dicalonkan itu kerana seperti sedia maklum, calon-calon lain semuanya merupakan penyanyi yang berpengalaman serta berbakat besar dalam industri seni tanah air kita.

“Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menghadirkan pada majlis itu nanti kerana terikat dengan aktiviti seni sebagai penyanyi undangan pada konsert penyanyi terkenal serta juri yang mengadili pertandingan Shanghai Asian Wave, Erik Moo pada 17 November nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Senarai Pendek Calon AIM19 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

Anugerah AIM19 akan berlangsung pada 17 November ini di Stadium Melawati, Shah Alam, jam 8.30 malam.

Stacy teringin untuk berlakon

1 comments


PENYANYI wanita yang terkenal dengan kelincahannya menari, Stacy atau nama sebenarnya, Stacie Angie Anam, 22, teringin untuk berlakon filem atau drama untuk melebarkan lagi sayapnya dalam bidang seni ini.

“Saya ada juga keinginan serta berminat untuk berlakon selain daripada menyanyi saja, tetapi ada saja kekangan kerana saya sangat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk terikat dengan komitmen seni yang lain buat masa ini.

“Lagi satu halnya ialah saya jenis suka fokus dalam melakukan sesuatu kerja dan biarlah buat masa ini saya tumpu pada bidang nyanyian dulu.

“Kalau nak berlakon pun saya kena baiki dulu loghat Sabah yang sememangnya pekat dan menebal dalam diri saya,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Stacy kini dalam proses untuk menghasilkan mini albumnya yang akan mengandungi lagu-lagu yang lebih berentak santai dan relaks untuk peminatnya.

“Walaupun sebelum ini saya lebih dikenali dengan lagu-lagu yang berentak ‘fast’ tetapi apabila saya keluar dengan lagu yang lebih berunsur balada contohnya seperti Kisah Dongeng, syukur peminat dapat menerima perubahan itu kerana sebagai seorang penyanyi, saya nak buktikan kekuatan vokal yang saya ada dan selalunya lagu berentak balada dilihat dapat menguji sejauh mana kehebatan suara seseorang penyanyi itu,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pengumuman Senarai Pendek Calon Anugerah Industri Muzik ke-19.

AIM kali ini Stacy tercalon untuk tiga kategori iaitu Album Terbaik (Stay-C), Video Muzik Terbaik (Pelangi Senja arahan Ghaz Abu Bakar) dan Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Kasanova).

Bercakap mengenai pencalonannya kali ini, Stacy menyatakan, “saya sangat menyukai video muzik lagu Pelangi Cinta yang bagi saya sangat unik serta lagunya yang mendayu tapi saya tidak meletak harapan yang terlalu tinggi untuk semua kategori yang dicalonkan."

"Tercalon sebagai finalis pun saya sudah rasa cukup bersyukur," katanya.

Stacy juga menyatakan yang dia baru kembali dari kampung halamannya di Sabah selepas berehat selama sembilan hari akibat demam campak yang dihadapinya.

“Sekarang jika tidak terikat dengan sebarang aktiviti seni, saya lebih senang menghabiskan masa di rumah bersama anak angkat yang kini sudah berusia sembilan bulan, Bella Valentina yang turut dijaga oleh ibu saya,” katanya yang kini semakin sibuk dengan pelbagai undangan persembahan pentas.

Janda tomboy dicekup khalwat

Jom! comments


Janda ‘tomboy’ dicekup, memadu asmara di hotel murah-Tindakan seorang janda berpakaian ala ‘tomboy’ memadu asmara bersama teman lelaki dengan menjadikan bilik hotel murah sebagai port untuk melepaskan nafsu membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami bagaimanapun dipercayai cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mendakwa dia berasal dari Kuala Lumpur.

Namun, siasatan lanjut oleh pegawai penguat kuasa syariah mendapati, dia sebenarnya berasal dari Kampung Padang Jambu dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh, masih bujang dan kini menetap di Tanah Lot.

Pasangan berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum diikat jamin ahli keluarga.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 5 November atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, pasangan itu yang masing-masing berumur 30 dan 40-an itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net