Powered by Jasper Roberts - Blog

Rezeki Shila Amzah dapat tawaran di China

Jom! comments


Shila Amzah dapat tawaran di China

Shila Amzah dapat beberapa tawaran di China, demkianlah impak susulan kejayaannya menggondol hadiah utama dalam pertandingan Asian Wave 2012 baru-baru ini sekaligus berjaya mencuri hati rakyat disana. Shila Amzah telah mendapat beberapa tawaran untuk mengembangkan bakat ke negara China.

“Saya telah mendapat beberapa tawaran dari China, tapi keputusan muktamad mengenainya akan diumumkan kemudian,”

ujarnya yang ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Di peringkat akhir, Shila yang telah menyanyikan tiga lagu berlainan bahasa iaitu ‘Gemilang’, nyanyian asal Jaclyn Victor, ‘Grenade’ oleh Bruno Mars dan ‘Zheng Fu’ oleh Na Ying telah berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia sekali gus meraih pujian daripada banyak pihak.

“1Malaysia memang sesuai dengan persembahan dan membawah tuah pada saya pada hari itu. Ia persembahan yang berwarna-warni sebagaiman warna-warni yang ada di Malaysia.

“Saya berasa sungguh bertuah memenangi pertandingan ini dan bersyukur pada Allah dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya,”
kata Shila Amzah.

Gambar Hot! Emma Maembong dan Neelofa

21 comments


Emma Maembong dan Neelofa Mohd Noor, kedua-dua artis ini merupakan artis yang semakin lama semakin medapat perhatian dan nama mereka semakin melonjak naik. Dengan kecantikkan dan keayuan yang dimiliki kedua-dua artis ini pasti menarik minat ramai jejaka-jejaka di luar sana. 

Walaupun pelbagai isu dan kontrovesi sering melanda Emma Maembong dan Neelofa. Tetapi mereka tetap meneruskan kerjaya mereka sebagai anak seni. 



Gambar pernikahan One Sofazr dan Ainul Shariza

2 comments



Setelah 2 tahun lebih bercinta, kini akhirnya One Sofazr atau nama sebenar Wan Shah Baharom bernikah dengan kekasihnya, Ainul Shariza, yang juga seorang guru tingkatan di sebuah sekolah di Cheras.

Hubungan cinta mereka banyak melalui rintangan serta halangan. Namun, syukurlah segalanya telah selamat berlangsung dan mereka telah pun disatukan. One Sofazr amat bersyukur sebab semuanya selamat serta majlis berlangsung dengan lancar.

Majlis akad nikah itu telah berlangsung pada hari Sabtu lalu, 29 September 2012, jam 11 pagi di rumah keluarga Ainul Shariza di Taman Jaya, Cheras dengan wang hantaran sebanyak RM10 ribu. Pihak lelaki menerima 5 dulang hantaran berbalas 3 dulang hantaran.

“Setelah bernikah kini hidup saya berubah serta merta. Jiwa lebih terasa tenang serta seronok, happy di samping isteri. Berbeza dengan zaman bujang saya dulu. Rasa tanggungjawab sebagai ketua keluarga itu makin menebal.”

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net