Powered by Jasper Roberts - Blog

Subsidi Gula Dikurangkan Sebanyak 20 sen

Jom! comments


Subsidi Gula Dikurangkan Sebanyak 20 sen

KUALA LUMPUR – Subsidi gula telah dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula hari ini. Tindakan pengurangan subsidi itu mendapat sokongan daripada persatuan pengguna serta pengamal kesihatan.

“Namun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilo yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta,”

Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut turut diambil kira dari jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.
Harga gula di malaysia 2012
Berdasarkan rekod, gula yang sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak 4 kali sejak 1 Januari 2010, iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 – (18 Julai 2010), RM0.20 – (4 Disember 2010) serta kali terakhir pada 10 Mei 2011 iaitu (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram hingga kini.

Kenaikan tersebut juga disebabkan beberapa faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan kepada perubahan sesuatu harga barang.

Najib berkata, di sebalik pengurangan subsidi barangan kawalan tersebut, kerajaan berharap peniaga tidak bertindak bagi membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.

“Gula yang diambil secara berpatutan adalah lebih baik, namun jika diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun,”

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Beliau berkata, peruntukan tersebut juga adalah bai menampung perbezaan harga serta kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini. – Info

Nabila Huda sayangkan Johan As'ari

3 comments




"Saya sayang dia!" itulah ayat yang keluar daripada mulut pelakon Nabila Huda, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Johan As'ari.
Nabila Huda dan Johan As'ari bercinta
Bagaimanapun, kenyataan itu bukan bermaksud Nabila sedang bercinta dengan aktor yang terkenal menerusi drama bersiri, Juvana itu.

Jelas Nabila, dia dan Johan hanya berkawan baik.

"Ikhlas saya katakan, saya memang sayangkan dia, tetapi kami sekadar kawan baik.

"Mungkin orang melihat kami seperti pasangan kekasih, namun tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangka," katanya ketika ditemui selepas pelancaran drama terbaru lakonannya, Julia di Sri Pentas TV3, kelmarin.

Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia selesa bersama Johan memandangkan Johan menerima dia seadanya.

"Dia tidak kisah berkawan dengan saya walau pun saya seorang yang lasak dan ringkas.

"Itu yang membuatkan kami jadi rapat, apa pun ia bukan jaminan bahawa hubungan kami akan menjadi lebih serius," kata ibu kepada Keisha Laila, 2 tahun setengah ini.
Hubungan cinta Nabila Huda dan Johan As'ari
Dalam pada itu, Nabila berkata, dia juga sering memberi nasihat kepada pemuda berusia 26 tahun itu mengenai kerjaya dan imejnya.

"Memang saya banyak membimbing dia jika perkara itu berkaitan dengan karier, lagi pun dia masih muda, perlu memberikan perhatian kepada karier terlebih dahulu.
Nabila Huda dan Johan As'ari berkahwin
"Bagi saya, Johan masih belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan dan saya mahukan lelaki yang matang serta mampu menerima saya dan anak," katanya.



Tiga perogol gadis bawah umur ditahan

2 comments



Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam setelah  ditahan pihak polis kerana  dituduh merogol seorang gadis bawah umur secara bergilir-gilir dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor kawasan projek pertanian komoditi Kampung Janglau, Rompin, 17 September lalu.

Pertuduhan terhadap, Mohamad Redzuan Noorazlan, 19, dari Sungai Puteri Rompin, Mohamad Hafis Haikal Rahayub, 18 dari Kampung Janglau dan Ahmad Sauqi Abdul Rahman, 18 beralamat di Kuarters Pusat Pembangunan Komoditi Janglau dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam mereka, Mohd Fadzli Mohd Ramly bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Samsuddin itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga rakan terbabit didakwa merogol mangsa yang baru berusia 13 tahun sembilan bulan secara bergilir-gilir antara jam 11.30 hingga 12 tengah malam, 17 September lalu.

Berikutan perbuatan mereka itu, satu laporan polis dipercayai dibuat keluarga mangsa sehingga membawa kepada penahanan tertuduh awal pagi 19 September lalu.

Bagi kesalahan itu mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagaimana pun Mohd Fadzli tampil membuat rayuan mewakili anak guamnya memohon jumlah itu dikurangkan.

Dalam rayuannya itu, Mohd Fadzli memberi alasan, tertuduh pertama bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan RM500 sebulan dan terpaksa menanggung ibu serta empat adiknya.

“Sementara itu, tertuduh kedua yang mempunyai enam adik beradik masih ditanggung keluarga dengan hasil pendapatan bapanya sebagai nelayan manakala Ahmad Sauqi terpaksa menyara keluarga termasuk lima adiknya dengan pendapatan sebanyak RM800 sebagai kelindan lori,” katanya.

Disebabkan kemampuan keluarga ketiga-tiga tertuduh yang terhad dia memohon kepada mahkamah agar menetapkan jaminan ke atas anak guamnya sebanyak RM2,000.

Bagaimana pun jumlah yang dimohon itu ditolak mahkamah kerana terlalu rendah sedangkan hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan tersebut penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah juga tidak dapat mempertimbangkan rayuan tertuduh untuk mendapatkan separuh daripada jumlah  yang ditawarkan sebaliknya menetapkan jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin manakala 29 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes itu  seterusnya dalam mahkamah sama.

sumber sinar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net