Powered by Jasper Roberts - Blog

Tempahan Header PuanBee.com

6 comments










Hai all...hari ini koz akan pamirkan hasil design header animasi (flash) yang di tempah oleh pemilik blog puanbee.com. Header yang koz hasilkan ini mempunyai ciri kasih sayang sesama keluarga, memang kena dengan PuanBee kan kan^ ^.

Header yang koz hasilkan ini menggunakan Adobe Flash dan designnya mengikuti cita rasa PuanBee sendiri.
Pada header tersebut jika anda menghalakan cursor akan terhasil satu animasi yang simple.

Jadi di harap PuanBee gembira dengan header yang koz hasilkan untuk blog PuanBee.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan anda bolehlah ke SINI untuk mengetahui cara untuk membuat tempahan. Di situ juga koz ada memaparkan beberapa jenis design dalam pelbagai jenis seperti design header, design banner, design watermark, design logo dan banyak lagi.


Undian Pasukan Kebangsaan - Bola sepak Sukan SEA 2011

6 comments


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Malaysia bakal berhadapan misi getir bagi mempertahankan pingat emas bola sepak temasya Sukan SEA apabila diundi bersama tuan rumah, Indonesia dan Thailand, dalam kumpulan A.
Selain itu, kumpulan itu turut disertai oleh Singapura dan Kemboja.
Undian acara bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011 berlangsung di Stesen Televisyen Indonesia Studio 4 RCTI (Rajawali Citra Televisi Indonesia) di Jakarta Barat, Indonesia, hari ini.
Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos, Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina.
Proses undian itu turut disiarkan menerusi talian Internet.
Menerusi undian itu, skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee, akan membuka saingan dengan menentang Singapura pada 9 November diikuti Thailand (11 November), Kemboja (15 November), Indonesia pada 17 November.
Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 November di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan. - Bernama



Keputusan undian kumpulan bolasepak Sukan SEA 2011:
Kumpulan A:
MALAYSIA
INDONESIA
SINGAPURA
THAILAND
KEMBOJA
Kumpulan B:
VIETNAM
LAOS
BRUNEI DARUSSALAM
TIMOR LESTE
MYANMAR
FILIPINA
Jadual perlawanan peringkat kumpulan(Kumpulan A) Sukan Sea 2011:
9 November 2011 – MALAYSIA VS SINGAPORE
11 November 2011 – MALAYSIA VS THAILAND
15 November 2011 – MALAYSIA VS KEMBOJA
17 November 2011 – INDONESIA VS MALAYSIA
19 November 2011 – Separuh akhir
21 November 2011 – Perlawanan akhir/final



keyword: sukan sea 2011, sukan Sea 2011, indonesia sukan sea, 2011 sukan sea indonesia, undian sukan sea 2011, pasukan kebangsaan sukan sea, pasukan maut sukan sea, harimau malaya sukan sea

Menasihati Orang Yang Gila

3 comments



Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas
hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan
mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun.

Datang pula pengarah
hospital,
"Mat!!Turun Mat nanti jatuh",
katanya.

Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba,
"Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" 

kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak
bergerak pun untuk turun.

Dipanggilnya pihak polis,
"Mat turun
Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami
bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!.

 Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman
Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu.

"Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang
lampu"Tolonglah Man ya!

Jawab Man
"Ohhh!!!Itu senang saja" 

Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata,
"Man! Man nak pilih alat yang
mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. 

"Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang
lampu itu.

Man pun berteriak,

Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak
turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas
hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat.

"Kenapa Mat turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?

Jawab Mat;
"Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni
apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net