Bila disebut perkataan Yeo’s, teringat kembali zaman kanak-kanak yang telah lama ku tinggalkan. “Air soya” dan “teh bunga”, itulah kegemaranku dari dulu. Tidak lupa juga “air laici” yang pasti jadi kegemaran kanak-kanak. Bila hendak makan nasi pula, wajib ada “kicap tongnam”. Jangan harap nak makan nasi, kalau tiada “kicap tong nam”. Kalau di sekolah, “air soya” menjadi pengalas perut. Biasalah budak terlebih aktif, yang penting ada “air soya”, bertenagalah sepanjang hari.
Semasa bersekolah di sekolah berasrama penuh pulak, siap-siap stok “kari ayam” bertin-tin. Sekolah asramalah katakan, ada masa takda selera nak makan lauk yang disediakan, maka kari ayam yang bertin-tin inilah yang jadi kegemaran masa darurat. Hehe. Pada masa itu, zaman dahulu kalalah sangat, ayam vindaloo belum ada lagi. Kalau tidak, lagi bertambah tin-tin yang dibawa balik ke asrama. Lagi satu makanan ruji budak-budak di asrama semestinya mi segera. Oh Mi Cintan Ayam, aku terpikat padamu. Hihi. Kadang-kadang bila malas nak masak air panas, makan mentah macam itu saja. Alahai, bila dikenang kembali, tersenyum seorang diri.
Kisah dulu-dulu jadi kenangan, tapi kegemaran tidak pernah berubah. Sampai sekarang “kicap tongnam” wajib ada di rumah. “Air soya” pun masih jadi pilihan utama, apatah lagi sekarang ni ada Soyrich tanpa gula. Zaman sekarang ini, macam-macam penyakit ada. Nasib baiklah aku dah terbiasa dengan minuman sebegini. Kalau zaman kanak-kanak aku suka air “teh bunga”, sekarang tambah satu lagi teh kegemaranku iaitu “teh hijau”. Bila demam, aku minum “teh hijau” atau “teh kundur” pasti reda panasnya. Kenapa? Tak percaya? Cubalah sendiri.
Lagi satu, aku suka “justea”. Bila sebut perkataan “justea” ni, aku teringat pada anak saudaraku. Masa itu dia masih kecil, dia sangat suka cebisan kecil aloe vera yang ada dalam “justea” sampai sanggup minta tin itu dipotong. Bila difikirkan, ada kebaikan dari perbuatan dia itu iaitu jangan membazir. Habiskan sampai cebisan aloe yang terakhir. Sekarang dia pun dah besar, kegemaran tetap sama iaitu “justea” hinggakan kami mengusik yang rupa dia dah macam budak yang terlukis pada tin atau kotak “justea” itu. Hehe.
Kalau nak dicerita pengalaman dari A sampai Z, memang boleh jadi novel. Tapi apa yang telahku tulis ini adalah sekadar perkongsian mengenai satu jenama. Pasti ada yang hairan bila aku menggunakan pembuka dan penutup kata pada perkataan tertentu. Itulah penekananku pada pentingnya jenama ini dalam hidupku. Tidak perlu disebut jenamanya, asal aku minta pada ibu, belikan “air soya”, dia pasti tahu Yeo’s jenamanya. Dari dulu hingga kini, Yeo’s akan terus jadi pilhanku yang nombor satu.
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Jangan lupa follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.