Powered by Jasper Roberts - Blog

Cinta antara Burung.

8 comments


Dikatakan berjuta-juta manusia menangis selepas melihat gambar ini di Amerika dan Eropah tidak ketinggalan juga di Asia apabila gambar ini disiarkan akhbar-akhbar tempatan. Ianya merupakan gambar yang menyentuh perasaan mengenai sepasang burung tersebut.



 Gambar 1 - Burung betina ini mengalami kecederaan yang boleh mengakibatkan maut selepas ia dilanggar oleh sebuah kereta akibat terbang dalam ketinggian yang rendah.



 Gambar 2 - Burung jantan cuba membantu dan membawa makanan kepada burung betina dengan penuh kasih sayang diantara haiwan tersebut.


 Gambar 3 - Burung jantan membawa makanan sekali lagi dan terkejut apabila mendapati burung betina sudah tidak lagi bergerak, biarpun dia telah cuba menggerakkannya beberapa kali.



 Gambar 4 - Burung jantan telah memahami bahawa pasangannya itu telahpun mati, namun dia masih cuba untuk menggerakkannya.


 Gambar 5 - Burung jantan kemudiannya berdiri dan bersiul tanda ia dalam kesedihan.


Gambar 6 - Akhirnya burung jantan ni mengalah dan meratapi kematian pasangannya dengan penuh kesedihan bahawa burung betina tidak akan kembali padanya lagi. 
Moral : walaupun haiwan tidak mempunyai akal, tapi mereka tetap mempunyai hati dan perasaan.




info dari:
http://yongsaiyo.blogspot.com

A Festival of Lights and Love DIGI

1 comments

digi evangelist

Pada perayaan Deepavali yang akan menjelang esok, Pihak Digi akan mejalankan satu kutipan sumbangan untuk disumbangkan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik. Marilah bersama-sama artis dan individu lain untuk menyumbang kepada mereka.

Bagaimana, cara anda untuk menyumbang? Anda perlu hanya lakukan dengan cara membeli DiGi eksklusif 'oli Peruvom' CallerTunes ™ di antara 23 September hingga 23 November 2011. Beberapa artis menyumbang JAY, Mariappan, PSYCHO.unit, tade The Don, Reshmonu dan banyak lagi!

Semua hasil dari pembelian anda akan di salurkan ke Yayasan Pendidikan, Kebajikan dan Penyelidikan (EWRF) untuk menjalankan kem pendidikan bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar sekolah rendah yang kurang bernasib baik di sekolah-sekolah Tamil!

Maklumat selebihnya anda bolehlah ke SINI....

Reka Cipta Logo

8 comments

Hai all...hari ini koz nak pamirkan hasil reka cipta logo yang telah koz hasilkan.Kegunaa logo ini adalah melambangkan sesebuah blog/website atau company. Walaupun kecil tetapi ia memberi impak yang besar kepada pemiliknya.

Logo juga akan memberi gambaran profesional kepada blog/website anda kerana pelanggan lebih mudah mengingati gambar daripada perkataan. Pelanggan anda akan mudah mengigati logo anda jika ia dihasilkan dengan simple dan teratur serta mengunakan warna yang sedap di pandang. Di situ la datangnya pepatah “A picture paints a thousand words”...Betulkan???

Okey pendekkan cerita koz telah hasilkan logo ini dengan menggunakan segala krativiti yg koz ada. Alhamdulillah ia diterima oleh company yang membuat tempahan dengan koz.

Jika korang nak tahu, harga sesebuh logo itu terletak pada krativiti penciptanya. Design di atas koz hasilkan dengan bayaran rm 1XXX ke atas...Alhamdulillah lagi sekali.

Bagi yang ingin membuat tempahan design bolehlah ke SINI. Jangan risau soal harga boleh di runding nanti.

Koz juga sedia menerima tempahan lain seperti tempahan header, watermark, banner promot, template dan macam-macam lagi.

Sekian...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net