Powered by Jasper Roberts - Blog

Cara Beristirehat

4 comments

Apa macam...ada gaya tak...hahha...Jeles koz tengok kucing ni baring haha...koz takda peluang pun nak beristirehat lagi ni, banyak sangat keje kene buat ni...^ ^...Sapa ada masa tu berehatlah gaya macam kucing tu buat hihii...

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011

4 comments


Hai all hari ini ada berita baik kepada korang....

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards pada tahun ini akan  bermula dengan pencalonan, di mana anda dapat mendaftar blog kegemaran anda untuk anugerah kategori yang bersesuaian. Pencalonan adalah terbuka kepada semua blogger, dan Nuffnang.com meletakkan kuasa di tangan anda untuk memberitahu kami siapa yang layak untuk dicalonkan untuk kategori ini seperti di bawah.




Tempoh pencalonan bermula 24 Oktober 2011, dan pencalonan akan ditutup pada 11:59, 2 November 2011.

Selepas pencalonan ditutup, blog yang dicalonkan akan menjalani proses pemilihan oleh panel hakim untuk menentukan finalis yang akan meneruskan ke peringkat seterusnya

Cara mendaftar anda boleh ke sini >> http://awards.nuffnang.com/2011/nominate/

Pantun Keluarga Bahagia

4 comments


Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net