Salam semua, hari ini kozumi nak kongsikan minat kozumi dalam dunia Autoshow. Seperti paparan gambar diatas ini adalah kereta milik kozumi. Gambar ini di ambil masa Autoshow di Educity Johor Bahru.
Kereta kozumi jenis Proton BLM sahaja, disebabkan minat pelbagai pengubahsuaian telah kozumi lakukan, korang boleh tengok sendiri gambar di paparkan.
Kozumi tak nafikan pasti ramai yang akan cakap ini adalah satu pembaziran, akan tetapi ia adalah salah satu hobi bagi diri kozumi, dalam segi pembelanjaan memang kena bijak, kena bina tabung khas untuk modified kereta ini. Asingkan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mengelak pembelanjaan lebihan jika melaksanakan proses pengubahsuaian kereta.