Powered by Jasper Roberts - Blog

Lebuhraya Persekutuan ditutup Isnin dan Selasa

Jom! comments

Lebuhraya Persekutuan ditutup

Lebuhraya Persekutuan ditutup Isnin dan Selasa - Laluan Lebuhraya Persekutuan di KM6.8 hingga KM6.6 Sungai Rasau (arah Klang) akan ditutup pada Isnin dan Selasa ini bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan rusuk jambatan projek pembinaan bertingkat dari Lebuhraya Persekutuan ke Kawasan Pembangunan Seksyen 7 di Shah Alam.

Menurut kenyataan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), hari ini penutupan itu adalah dari 11 malam hingga 5 pagi.

Berikutan itu, satu laluan kontra akan dibuka pada waktu berkenaan di KM6.6 hingga KM6.8 (arah Kuala Lumpur) pada Isnin dan Selasa.

Para pengguna dinasihat mematuhi semua papan tanda serta arahan dikeluarkan oleh PKNS. - Bernama

Wanita ditemui mati lemas

3 comments

Wanita ditemui mati lemas, Wanita dilaporkan hilang ditemui mati lemas

Wanita ditemui mati lemas - Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Jubakar Darat, Simpangan, Tumpat ditemui mati lemas dan terdampar di Pantai Sri Tujuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, mayat wanita berusia 38 tahun itu ditemui terdampar oleh pemancing di  pantai tersebut pada 6.30 petang, kira-kira satu kilometer dari kawasan perkelahan di pantai itu.

"Ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 4 Disember lepas dan pada hari sama, ada laporan daripada orang awam mengenai penemuan kereta yang digunakan oleh mangsa di kawasan sekitar.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan mendapati mangsa mati akibat lemas," katanya, di sini, hari ini.

Katanya, mayat wanita itu telah dituntut oleh ahli keluarganya sejurus selepas  bedah siasat selesai. - Bernama

Wan Nor Azlin diarah bayar RM8,220 kepada bapanya

1 comments

Gambar Wan Nor Azlin, Wan Nor Azlin diarah bayar RM8,220 kepada bapanya

Wan Nor Azlin diarah bayar RM8,220 kepada bapanya - Semalam mahkamah tinggi telah mengarahkan pelakon Wan Nor Azlin membayar RM8,220 kepada bapanya, Wan Mohd Husein Wan Ibrahim dalam permohonan taksiran ganti rugi hak milik rumah mereka, di Taman Sri Keramat.

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz, yang mewakili Wan Nor Azlin dan Razila Rashid, yang mewakili Wan Mohd Husein. Menurut Razila, defendan diarah membayar RM220 sebagai ganti rugi pemotongan kaveat kepada bapanya. "Defendan turut diarah membayar RM8,000 kepada plaintif sebagai kos," katanya.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net