Powered by Jasper Roberts - Blog

Aku Seorang Designer Freelancer

8 comments

Aku Seorang Designer Freelancer

Aku Seorang Designer Freelancer - Salam semua, hari ini kozumi kurang sihat mungkin sebab kepenatan kurang rehat. Doakan kesihatan kozumi kembali pulih ya, mekasih..Amin..amin...

Okey berbalik pada tajuk di atas "Aku Seorang Designer Freelancer " itulah status kozumi sekarang ini setelah keputusan ini di ambil kozumi sendiri beberapa tahun lepas. Sebelum kozumi mengambil keputusan ini, kozumi adalah seorang Animator iaitu seorang yang melaksanakan tugas untuk menghasilkan cerita-cerita kartun dalam bentuk Animasi 2D.

Banyak cerita kartun yang telah kozumi hasilkan semenjak bergelar animator di beberapa buah studio di dalam malaysia ini. Rindu juga  untuk aktif semuala dalam bidang ini, tapi apakan daya sewaktu kozumi berkerja dalam bidang ini, keadaan ekonomi beberapa studio dalam Malaysia ini agak goyang.

Kozumi memilih kerja sebagai Designer ini pun atas dasar minat yang semakin hari semakin mendalam semenjak mula aktif berblog dahulu. Skill design kozumi pada masa itu masih lagi tahap bayi yang baru mula merangkak, comel je dengarkan hahaha.

Kini semakin hari kozumi dapat rasakan peningkatan dalam kualiti design kozumi, Alhamdulillah. Bekerja dalam keadaan tidak terikat pada mana-mana syarikat nampaknya dapat menenangkan minda kozumi kerana jadual dan waktu kerja kozumi adalah mengikut jadual sendiri. Jadi tiadalah masalah untuk kejar masa untuk bangun ke tempat kerja dan sepanjang 8jam terperap di dalam opis untuk siapkan kerja seperti zaman-zaman kerja sebagai animator dahulu.

Masa untuk berehat pun panjang juga,mengikut pada jadual tempahan jugalah, kalau banyak tempahan masuk jadi kozumi kenalah buat jadual. Kalau tiada jadual memang tak siaplah kerja, kalau tak siap kerja tiadalah pendapatan.

Kalau dari segi pendapatan seorang Designer Freelancer pula, ikut pada jumlah kemasukkan tempahan design, kalau banyak masuk banyaklah dapat, kalau sikit maknanya kene pasang strategi untuk upkan kembali pendapatan (ada caranya, ikut kretiviti sendiri).


Bagi seorang Designer Freelancer , haruslah memilki 1 lubuk untuk mendapat income tetap setiap bulan seperti mempromosi diri sendiri kepada mana-mana syarikat yang bersesuaian untuk menjadi designer tetap untuk melaksanakan bahan-bahan designer untuk kegunaan syarikat berkenaan.

Dengan cara ini kita bolehlah ikat kontrek mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Bila dah dapat tu kenalah sentiasa peka dan serius dengan tanggungjawap kita sebagai seorang designer dalam syarikat itu.


Mungkin ini sahaja yang dapat kozumi kongsikan kepada tatapan pengunjung blog kozumi ini, insyallah ada masa terluang nantikanlah perkongsian artikel kozumi selanjutnya.

Tempahan Design Header Blog Eridy

7 comments

Tempahan Header Blog

Tempahan Design Header Blog Eridy - Salam semua, hari ini kozumi hendak tunjukkan hasil design yang di tempah oleh pemilik blog http://eridy.com/ yang menggunakan service tempahan Header blog. Idea header yang di minta simple sahaja tapi amat kemas dan cantik bila di follow.

Next tempahan pula akan kozumi laksanakan insyallah akan kozumi kongsikan di blog ini, jadi sentiasalah follow blog kozumi ya^^.

Misteri Villa Nabila - Budak Hilang di Villa Nabila

7 comments

Misteri Budak Hilang di Villa Nabila - Salam semua, hari ini kecoh 1 malaysia kabar berkenaan kehilangan 23 orang budak di Villa Nabila. Cerita kisah kebenaran benda ini masih belum pasti adakah benar ataupun kabar angin semata-mata, yang kozumi tahu cuma hanya 1 orang sahaja budak hilang atau report yang di buat keluarga budak berkenaan yang tidak balik rumah, dan tidak pasti budak itu hilang di mana.

Keadaan di jalan-jalan berhampiran Villa Nabila ini memang tengah sesak, kozumi pun tak tahulah apalah ramai sangat yang duduk di luar kawasan Villa Nabila ini, lebih baik duduk rumah sahaja. Kalau pun benar budak sorang itu ada di dalam, biar sahaja pihak polis dan bomba buat kerja mereka.




Apa-apa pun kozumi doakan yang baik moga budak yang hilang itu berada dalam keadaan selamat dan kembali kepada ahli keluarganya. Amin...Amin...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net