Powered by Jasper Roberts - Blog

Muka Baru Blog Macam Cantik je

15 comments

Template Cantik, aparan Blog Cantik, Macam Cantik Je

Malam ini dapat juga setup dan kemas kini blog yang telah lama tidak berubah wajah, setelah menghabiskan hampir 2jam, Alhamdulillah akhirnya siap juga mereka paparan blog ini berwajah baru.

Perubahan dibuat pada template blog dan pembuangan beberapa widget yang tidak penting supaya napak lebih kemas dan tersusun. Dan setelah beberapa bulan tidak menggunakan khidmat Nuffnang akhirnya kozumi membuat keputusan untuk berkerja sama dengan Nuffnang semua dengan memasang banner periklanan mereka. 

Mudah-mudahan kehadiran blog budak nakal ini semula dapat diterima hihihi...

Bina Pendapatan Bersama Blogger

6 comments

buat duit blog, income dari blog

Salam semua, hari ini koz telah mendapat mood berblog semula setelah beberapa bulan menyepi untuk aktif berblog, semua ini gara-gara kerana terlalu sebuk melayan kerja tempahan dari pelanggan kozumi setelah setahun mengambil keputusan untuk membina kewangan dari sudut itu.

Seperti sedia maklum, permulaan kozumi untuk aktif berniaga dalam mereka grafik lahirnya dari blog, kerana dari bloglah kozumi mula membina perniagaan sendiri dengan cara kecil-kecilan. Pada permulaan perniagaan mereka grafik kozumi amat bersyukur walaupun pendapatan mencecah sehari RM50-RM70, dan semakin lama keuntungannya meningkat dari masa kesemasa, dan kekadang dalam 1 hari pendapatan kozumi boleh mencecah RM300-RM400 jika kena pada masanya, mungkin bukan setiap hari boleh mendapat pendapatan sebegitu tetapi syukur sangat sekurang-kurangnya dapat juga digunakan untuk bayar duit sewa rumah atau pun kereta.
Siapa kata yang blog tidak dapat bina kewangan?Insyallah boleh jika kena pada gaya dan langkah anda menguruskan blog masing-masing. Untuk membina kewangan di dalam blog ada pelbagai cara salah satunya dengan menggunakan kaedah memaparkan periklanan samada dari Nuffnang ataupun Komli dan lain-lain lagi...cuba dahulu baru dapat anda merasai.

Ada juga sesetengah blogger yang rajin untuk mengikuti mana-mana event atau review dari pelbagai syarikat dan restoran untuk meluaskan perikalan mereka. Insyallah jika kena pada masanya mungkin atas jemputan mereka anda akan mendapat bayaran untuk anda memperkenalkan bisnes mereka di dalam blog anda sama ada dalam bentuk promosi artikel ataupun banner. Di situ juga anda dapat membina income sampingan bukan?

Jadi rezeki itu sebenarnya mudah untuk di dapati jika kena pada caranya, banyakkanlah belajar dari rakan-rakan blogger yang lain untuk mendapatkan pelbagai ilmu untk membina income melalui blog.


Stevia Pemanis Semulajadi

4 comments


Royal Sweetener Stevia - Sebelum anda baca lebih detail mengenai Stevia, apa kata anda baca fakta-fakta yang tercatit di bawah ini dan renungkan adakah Anda atau Keluarga anda ada yang tergolong di dalam kelompok ini.

FAKTA:
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu.
Didapati bahawa satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menghidapinya.
Pengambilan pemanis berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik iaitu Diabetes, Hypertension, Obesity dan Metabolic syndrome.





BUKAN senang untuk menerima hakikat jika ibu atau bapa anda didiagnos menghidapi diabetes. Perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.

Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung.

Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.

Apakah itu gula?

Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa, madu dan sirap mapel.

Adakah kita mengambil terlampau banyak gula?

Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari. Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian anda datangnya daripada gula. Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had. Kita sepatutnya mengambil gula tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori) bagi wanita dan sembilan sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki( yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika).

Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh AHA. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda.

Pemanis tiruan

Seperti yang anda ketahui, pemanis tiruan dikatakan 'bebas gula' dan boleh menjadi satu pilihan baik untuk menggantikan gula. Persoalannya, adakah ia benar dan selamat? Mungkin anda boleh melayari laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang 'aspartame; sucralose; side effects; dangers.'

Mungkin anda pernah terbaca bahawa makanan dan minuman, minuman berkarbonat, yogurt, makanan yang dimasak dengan ketuhar, malah minuman segera tiga dalam satu mengandungi pemanis tiruan. Sebelum membeli, periksa label makanan untuk mengesan sebarang pemanis tiruan yang tersembunyi.

Pemanis semula jadi - ekstrak stevia

Ia dikenali sebagai 'daun manis' atau stevia rebaudianaStevia 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Ekstrak ini diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun stevia.

Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.

Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik.

Terkini, terdapat minuman segera tiga dalam satu bebas gula yang dimaniskan dengan ekstrak stevia di pasaran. Minuman ini bebas gula mengandungi tiga perisa iaitu putih, coklat malt dan oat dan bijirin (vanilla) dimaniskan dengan stevia, pemanis semulajadi. Minuman segera ini bebas gula ini disyorkan untuk anda dan pesakit diabetes untuk hidup lebih sihat.

Minuman segera Eversweett bebas gula ini boleh dibeli di semua kedai farmasi persendirian, rangkaian-rangkaian farmasi terpilih, kedai runcit dan pasar mini di seluruh negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121007/kn_02/Bahaya-gula-berlebihan




KHASIAT :
-Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
-Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
-Melawaskan pembuangan air kencing.
-Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
-Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
-Membantu sistem penghadaman makanan.
-Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
-Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
-Mengurangkan masalah keradangan.




Royal Sweetener Stevia merupakan ekstrek Stevia yang memiliki kandungan 0 % KALORI. Sesuai digunakan untuk pengganti gula dan sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis dan Diabetes..

Untuk Tempahan di SINI.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net