Powered by Jasper Roberts - Blog

Pangsapuri Beringin Puchong Sekali Lagi Diancam Kejadian Tanah Runtuh

Jom! comments




Keselamatan kira-kira 300 penghuni sebuah blok Pangsapuri Beringin di sini terancam susulan kejadian tebing runtuh kali kedua berhampiran bangunan itu pada Selasa.
Kejadian pertama berlaku pada 19 Feb lepas, namun penduduk mendakwa kerja membaik pulih lambat disiapkan sehingga kejadian sama berulang sekitar 4.30 petang Selasa .
Menurut mereka, seorang jurucakap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)mengarahkan penghuni blok B pangsapuri itu berpindah ke sebuah dewan berhampiran sebagai langkah keselamatan.
Seorang penghuni, Siti Zaleha Dalli, 38, menyifatkan kejadian kali ini lebih teruk berbanding yang pertama.
"Saya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira 4.30 petang oleh anak saya sebelum saya sendiri melihat sebahagian besar daripada tebing bersebelahan bangunan telah runtuh. "Saya difahamkan paip pembentungan dan paip air yang pecah menyebabkan keadaan jadi teruk. Jarak tanah yang runtuh begitu hampir dengan rumah saya," katanya kepada Bernama.
Siti Zaleha turut melahirkan kekecewaan dengan kerja pembaikan susulan insiden pertama dahulu yang didakwa agak perlahan. "Bila jadi seperti ini, nak tidur pun tak senang, takut keadaan boleh mengancam nyawa. Kalau hujan, kami bertambah risau kerana tanah semakin mendap," katanya.
Seorang lagi penghuni, L.Vijayan, 31, turut berasa kecewa kerana menganggap kerja membaik pulih melibatkan pembinaan tembok sementara itu hanyalah penyelesaian jangka pendek.
"Pada kira-kira 2 pagi, saya dapat tahu ada paip pecah, masa itu hujan lebat tapi saya tidak sangka keadaan akan jadi seteruk ini sebab anggap tembok sementara yang dibina boleh bertahan, tetapi keadaan jadi sebaliknya," katanya. Sementara itu, seorang penghuni blok A yang hanya mahu dikenali sebagai Pong, 57, mendakwa kawasan berhampiran pangsapurinya menunjukkan kesan mendapan.
"Saya harap pihak berwajib dapat ambil tindakan secepat mungkin untuk menjamin keselamatan penduduk," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati sebahagian tanah yang runtuh itu memasuki bahagian belakang deretan rumah teres terletak tidak jauh dari blok B pangsapuri berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu dan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kejadian masih disiasat, katanya. -BERNAMA

Hot! Fazura Enggan Beraksi Mesra

1 comments

 


Pelakon Fazura berkata ada pihak salah faham mengenai pendiri annya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem sehingga mempersoalkan gandingan terbaharunya dengan Shaheizy Sam.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 30, sesetengah pihak beranggapan selepas membuat keputusan itu dia tidak boleh bersentuhan dengan lelaki tetapi perkara itu tidak benar sama sekali.
"Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon.
“Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki.
"Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran 'Raikan Cinta' anjuran TV3 di e@Curve, di sini, Selasa.
Fazura dan Shaheizy Sam digandingkan dalam drama Kisah Cinta yang akan disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April depan di saluran berkenaan.
Fazura (tengah) bersama para pelakon 'Kisah Cinta'.
Dalam pada itu Fazura berkata, dia terkejut apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain.
"Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain," ujarnya.
Menerusi drama Kisah Cinta terbitan BZ2121 Production, Fazura mengakui seronok apabila dapat digandingkan bersama Sam di mereka memiliki keserasian apabila berlakon bersama.
Drama itu mengisahkan sebuah cinta yang berputik daripada pertemuan yang tidak diingini di mana Fazura sebagai Azalea mahu menuntut mayat bapanya manakala Shah (Sam) menuntut mayat ibunya.
Konflik tercetus apabila ibu bapa mereka kononnya dikatakan pasangan suami isteri.
Kisah Cinta turut dibarisi pelakon lain seperti Nadia Aqilah, Ungku Ismail, Kuza, Arash Mohd, Nazim othman dan Fazlina Ahmad Daud.

Apa Kata Nafsu, Akal Dan Iman Kita ?

1 comments




Sebagai seorang manusia, terutamanya muslim, kita mesti akan pernah merasai keadaan di mana hati kita berperang-berang untuk membuat pilihan sama ada nak ikut kata nafsu, akal atau iman diri sendiri, kan? Okay, aku bagi contoh untuk korang senang paham dan nilai.


Situasi 1 :  Esok ada kelas subjek yang korang sangat lemah dan malas sangat nak datang sebab cikgunya pun macam boring jek mengajar. Tiba-tiba...


Nafsu : Eh, jom lah ponteng kelas esok !

Akal : Betul jugak. Sekali-sekala ponteng, apa salahnya...

Iman : Jangan,, menuntut ilmu tu kan amanah dari Allah ?




Situasi 2 :  Korang baru balik sekolah petang dan bercadang nak tidur sekejap lepas solat Asar memandangkan badan korang terasa letih sangat lepas seharian kat sekolah. Tiba-tiba, mak korang masuk bilik dan membebel itu ini tak bagi korang tidur. Maka, berkatalah ...


Nafsu : Heeee,, mak aku ni kuat berleter lah !

Akal : Malas lah aku nak dengar mak berleter. Lepak dengan kengkawan lagi syokkk.

Iman : Tak baik kata mak macam tu,, syurga kan di bawah telapak kaki ibu ?





Situasi 3 :  Malam tadi korang tidur lambat dan terasa macam tak cukup tidur. Tengah syok menyulam mimpi, tetiba azan Subuh berkumandang memecahkan kesyahduan mimpi indah korang. Dengan mata yang malas untuk dibuka, maka berkatalah..


Nafsu : Ish,, macam malas lah pulak nak sembahyang.

Akal : Alaa.. nak tidur kejap lah lagi. Nanti bangun lah. Kalau terlepas pun, nanti kan boleh qadak.

Iman : Bangun lah sekarang, nanti terlepas waktu Subuh pulak. Solat kan tiang agama ?




Sebenarnya banyak je lagi situasi di mana kita sendiri akan berperang dengan nafsu, akal dan iman kita di saat nak buat sesuatu keputusan tu. Kalau iman kita kuat, maka baiklah keputusan yang akan diambil, tapi kalau iman dah goyah, sudah semestinya kita akan mudah tewas dengan nafsu. Betul kan?




Sepatah kata Iman Hayfa :

Astaghfirullahal'azim... Aku rasa macam kebanyakan waktu asek ikut kata nafsu dan akal jek. Huhu. Korang pulak macam mana?



Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net