Powered by Jasper Roberts - Blog

Farting In Class

3 comments


Little Bobo farts in his classroom while Teacher Mary teaches. Teacher Mary gets really upset and throws him out. So, Bobo goes and sits outside the class and can't stop laughing. The guru besar walks by the class and sees him sitting outside laughing. 

The guru besar : Little boy, what are you doing sitting here laughing?


Bobo : I farted in class and Teacher Mary threws me out.


The guru besar : Well then, why are you laughing?


Little Bobo : Cause the dumb idiots are sitting in the class smelling my fart and they put me outside in this beautiful and refreshing air.







Sepatah kata Iman Hayfa :

Haha. Comel jek Bobo neyh =P

Gempur Penamat Hapuskan Pengganas Sulu Dalam Tempoh 48 Jam

5 comments


Hapuskan Pengganas Sulu Dalam Tempoh 48 Jam - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan teruspencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.

Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.

Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.

Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.

Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.

Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.

Pentempuran di Sabah Pada 1 September 1993

Jom! comments


Pada 24 Ogos 1993 Pasukan Polis Marin Sabah telah menerima maklumat dari PP URM Sabah yang berpangkalan di Semporna dimana ia mendedahkan sekumpulan lanun dari Pulau Tawi-Tawi Filipina terdiri daripada 4 orang yang diketuai oleh Komander Tal telah merancang untuk melakukan rompakan bersenjata diperairan di perairan laut Tungku dan Felda Sahabat pada akhir bulan tersebut. Mereka dipercayai akan menggunakan sebuah bot laju menggunakan 2 buah injin 60 Hp dan kumpulan tersebut akan menggunakan senjata jenis M16 dan M14. Selain itu juga terdapat maklumat lain yang mendedahkan bahawa beberapa orang nelayan dari Kampung Pan Hutan yang terletak di Dent Haven telah dicederakan oleh kumpulan perompak tersebut beberapa hari sebelum itu.

Berdasarkan maklumat PPM Sandakan telah mengarahkan Insp I/10729 Zabidi Hj Md Zain untuk mengetuai sekumpulan kecil anggota PPM Sandakan dengan kekuatan 11 anggota, 2 buah bot samaran dan sebuah botronda PSC 13 menjalankan satu operasi dikawasan perairan Tambisan hingga ke Dent Havent. Seperti kebiasaan modus operandi kumpulan perompak dijangka akan menyusuri kawasan pantai dari selatan hingga ke utara Pantai Timur Sabah. Pasukan PPM telah berlepas dari Pangkalan Marin Sandakan pada 30 Ogos 1993 menuju kawasan tanggungjawab. Kumpulan PPM kemudian telah singgah dikawasan Kuala Sungai Segama dan bermalam dikawasan tersebut. Setelah memastikan kawasan tersebut terkawal, kumpulan PPM meneruskan operasi ke perairan Pulau Tambisan.

Pulau Tambisan kumpulan PPM telah singgah di Kem Bukit Pahlawan dan telah memaklumkan tentang kehadiran beliau dan anggota lain PPM di pulau tersebut dan akan bermalam di jeti berhadapan Balai Polis Pulau Tambisan. Setelah tiba di Balai Pulau Tambisan, Insp Zabidi bersama-sama 7 anggota yang lain terus bergerak ke kampung Pan Hutan untuk bertemu mangsa yang telah dicederakan oleh kumpulan lanun sementara botronda PSC 13 telah diarahkan bersedia di Pulau Tambisan kerana bekalan minyak tidak mencukupi dan Insp Zabidi terpaksa membuat catuan bekalan minyak.

Setibanya di kampung tersebut, Insp Zabidi telah bertemu dengan mangsa dan kebanyakan mangsa telah dicedarakan ditangan mereka menggunakan parang. Hasil risikan itu juga, mendedahkan kumpulan tersebut terdiri daripada 7 orang yang bersenjatakan M16 dan M14. Setelah hari hampir gelap, Insp Zabidi dan kumpulannya telah balik semula ke Pulau Tambisan untuk membuat persediaan disamping menambah bekalan minyak yang baru tiba dari Sandakan.

Pada pagi 1 September 1993 jam lebih kurang 0630 pagi semasa Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain sedang bersiap sedia untuk meneruskan operasi, sebuah assault craft ATM yang diketuai oleh Lt Suhardi telah datang ke tempat Insp Zabidi dan memaklumkan bahawa beberapa orang kampung berhampiran kemnya baru dirompak di kawasan perairan Utara Pulau Tambisan. Tanpa berlenggah masa, Insp Zabidi telah mengarahkan semua anggota dan bot keluar memburu kumpulan lanun tersebut. Turut serta dalam gerakan tersebut adalah assault craft yang diketuai Lt Suhardi.


Disebabkan terlalu banyak bot dikawasan tersebut, Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semasa meninjau dan cuba mengenal pasti bot lanun tersebut, kumpulan lanun tersebut telah melepaskan tembakan setelah menyedari kehadiran bot PPM. Maka berlakulah satu pentempuran yang hebat. Pihak tentera telah melepaskan satu das tembakan 203 tetapi tidak menena sasaran. Kumpulan lanun tersebut telah melarikan diri dan meninggalkan sebuah pum bot yang dirompak oleh mereka dan sebuah Mother Boat yang mengandungi beberapa buah enjin sangkut yang telah dirompak. Pihak tentera telah menunda bot yang dirompak tersebut balik ke Pulau Tambisan sementara kumpulan PPM terus bertempur dan mengejar kumpulan lanun tersebut.

Pada permulaan pertempuran tersebut, kebanyakan peluru yang dilepaskan oleh PPM kelihatan seperti "Masuk Angin" dimana ia jatuh lebih kurang 15 meter daripada laras senjata. Bayangkan bagaimana kekuatan peluru GPMG dan M16 apabila ditembak. Namun tembakan tersebut tidak pergi jauh. Pada masa itu, kekuatan adalah dipihak kumpulan lanun tersebut. Mereka dengan berani terus melepaskan tembakan kearah PPM. Menyedari hal ini, salah seorang orang lama PPM telah melaungkan Azan. Selesai sahaja laungan Azan tersebut, dengan kuasa Allah tembakan dari PPM mula menakutkan kumpulan lanun tersebut. Satu demi satu kelihatan ahli kumpulan lanun tersebut terkena tembakan. Melihat keadaan ini, anggota PPM lebih bersemangat dan terus mengejar kumpulan lanun tersebut.

Dalam insiden kejar mengejar tersebut, botronda PSC 13 terpaksa berpatah balik disebabkan bekalan minyaknya hampir habis disamping keadaan laut agak berombak. Insp Zabidi dan 7 anggota yang lain terus memburu lanun-lanun tersebut hingga melepasi perairan sempadan. Semasa tembak menembak tersebut kelihatan 2 dari 7 orang lanun tersebut dilihat terpelanting ke laut dipercayai berjaya ditembak sementara bot samaran PPM turut ditembusi dengan peluru namun tiada kecederaan berlaku dipihak PGM. Insp Zabidi terpaksa mengarahkan kumpulan PPM berpatah balik ke Pulau Tambisan setelah menyedari bekalan minyak hampir habis dan peluru yang dibawa hanya tinggal 1 kelopak setiap orang.

Insp Zabidi menggambil keputusan untuk bergerak menuju ke Dent Haven kerana bekalan minyak yang ada tidak membolehkan mereka sampai ke Pulau Tambisan. Semasa perjalanan balik itu sebuah bot samaran telah kehabisan minyak dan terpaksa ditunda oleh bot samaran yang dinaiki oleh Insp Zabidi. Tidak lama kemudian bot samaran yang dinaki oleh Insp Zabidi turut kehabisan minyak dan mereka terpaksa berdayung hampir 2 jam untuk sampai ke Dent Haven. Bekalan minyak dan makan yang dibawa oleh botronda PSC 13 telah tiba di Dent Haven menjelang petang dan seterusnya setelah selesai mengisi minyak dan menikmati bekalan makanan, mereka pulang ke Pulau Tambisan untuk membuat Laporan Polis mengenai kejadian tersebut. Tambisan Repot 29/93 bertarikh 1 September 1993 berkaitan.

Hasil dari risikan pihak URM PGM telah mendedahkan 2 orang dari ahli kumpulan lanun tersebut telah terbunuh sementara 5 orang termasuk Komander Tal telah cedera dimana beliau sendiri telah mengalami cedera parah akibat ditembak didada dan patah tulang bahu. Selang beberapa bulan, pihak PPM Sandakan telah dimaklumkan bahawa Komander Tal turut terbunuh selepas 2 minggu pertempuran tersebut kerana cedera parah.

Pegawai dan anggota PPM yang terlibat dalam pertempuran tersebut :
Bot Samaran

1. Insp Zabidi Md Zain
2. SM Damit Bandan
3. Kpl Sindran Amat
4. Kpl Rosli Md Yusof
5. Konst Ahmad Ismail
6. Konst Mohd Shahmi Mohd Isa
7. Konst Yusaini Daud
8. Konst Kandasamy Tharmarajo

Botronda PSC 13
1. Kpl Mohd Amin
2. Konst Ismail
3. Konst Labis @ Mat Shahril

Atas keberanian Insp Zabidi dan anggota PPM yang lain, mereka telah dianugerahkan Surat Penghargaan oleh Ketua Polis Bahagian Sandakan sementara Lt Shaidi dari Platun 2 Kompeni A 21 RAMD telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani oleh Yang Dipertuan Agong pada tahun 1997.


Supt Zabidi kini bertugas di Jabatan KDN/KA Bukit Aman


Kawasan Pertempuran


Bot samaran yang digunakan oleh PGM


Botronda PSC 13

sumber CVK

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net