Powered by Jasper Roberts - Blog

Sungai Tercantik Di Dunia

57 comments


Cano Crystals merupakan sungai yang tercantik di dunia yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.

Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.

Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.

Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja. 








Kejaiban ini juga tidak lama, hanya beberapa hari saja. Mungkin ini juga yang menambah keistimewaan Cano Cristales. Setelah memasuki musim kemarau, Cano Cristales berubah menjadi biasa saja, seperti sungai-sungai pada umumnya.








Sebenarnya pada aliran air sungai, ianya memegang peranan penting dalam hadirnya "mujizat" itu. Aliran air berperanan dalam mengatur jumlah cahaya matahari yang masuk hingga ke dasar. Pada musim hujan, aliran air akan mencegah cahaya matahari mencapai dasar sungai.








Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ.



Budak Kahwin Nenek usia 61 Tahun

15 comments



Seorang budak lelaki berusia lapan tahun mengambil keputusan untuk mengahwini seorang nenek berusia 61 tahun selepas diarahkan berbuat demikian dalam mimpi oleh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia.




 

Perkahwinan di antara pasangan yang mempyunyai jarak usia jauh merupakan sesuatu yang jarang kita dengar. Kadangkala lelaki tua meminang wanita muda itu seperti biasa kita dengar. 

Namun begitu, di Afrika, terdapat seorang budak yang baru sahaja berusia lapan tahun telah berkahwin dengan seorang wanita yang sudah bersatus nenek. Perkahwinan ini dirancang atas sebab sayang di antara kedua-duanya. Unik bukan?






Tshwane (Afrika Selatan): Seorang murid sekolah berusia lapan tahun melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang mungkin seusia dengan neneknya.

Sanele Masilela melangsungkan perkahwinan itu di depan 100 tetamu dengan ibu anak lima, Helen Shabangu, walaupun wanita berkenaan masih mempunyai suami.

Pasangan itu bertukar cincin dan bercium di majlis yang diadakan di Tshwane, Afrika Selatan.

Sanele mendakwa dia berkahwin kerana diarah oleh nenek moyangnya.

Keluarganya yang membelanjakan kira-kira RM7,500 untuk majlis itu berkata, ia hanya bersifat ritual dan tidak sah dari segi undang-undang.

“Saya memberitahu ibu, saya ingin berkahwin kerana itu yang saya mahukan. Saya gembira dapat berkahwin dengan Helen. Apabila dewasa kelak, saya akan kahwin dengan wanita seusia saya,” kata Sanele.

Patience, Ibu Sanele yang berusia 46 tahun berkata: “Datuk Sanele mengarahkannya berkahwin sebelum dia mati. Dia memilih Helen kerana sayangkan wanita itu. “Dengan berbuat demikian, nenek moyangnya pasti gembira. Jika kami menghalangnya, sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas keluarga kami.” Helen ketika mengulas perkahwinannya itu berkata: “Itu yang dimahukan nenek moyangnya.”

Ada Berapa Musim Kat Malaysia ?

2 comments



Di sebuah sekolah rendah di Pulau Kecik Besar Sedang, seorang cikgu sedang mengajar anak-anak muridnya tentang musim-musim yang ada di dunia. Sebelum memulakan pembelajaran, cikgu tu pun bertanya satu soalan.



Cikgu : Di Malaysia, ada berapa musim dalam setahun?


Murid-murid : Dua, Cikgu ! *jawab mereka dengan bangganya*


Cikgu : Apakah musim tersebut?


Murid-murid : Musim rambutan dan musim durian ! 




Sepatah kata Iman Hayfa :

Hehe. Budak-budak zaman sekarang neyh, aneh-aneh pemikiran mereka. =P

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net