Powered by Jasper Roberts - Blog

Yus Jambu Rancang Untuk Kahwin Guna Duit Kemenangan MLM 2012

2 comments


JOHOR BARU: Pelawak Yussry Edoo atau Yus merancang untuk membelanjakan sebahagian wang kemenangan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) yang berlangsung pada malam Jumaat lalu untuk persiapan majlis perkahwinannya.
Yus, 36, berkata, dia berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.
"Setakat ini saya tiada mempunyai sebarang perancangan untuk membelanjakan wang kemenangan sebanyak RM125,000 itu tetapi sebahagiannya akan digunakan untuk persiapan perkahwinan saya," jelasnya.
Yus bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya menambat hatinya itu dan memberitahu mereka telah berkenalan selama beberapa tahun.
Pada pertandingan akhir itu, Jambu yang turut dianggotai oleh Zamatul Amri Zakaria atau Tauke, 36, dinobatkan sebagai naib juara MLM 2012 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 dan sebuah trofi.
Manakala kumpulan Jozan (Johan dan Zizan) muncul juara Jozan dan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi.
Jambu bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangan mereka di MLM 2012 bagi meraikan peminat dalam masa terdekat.
Sementara itu, kumpulan Shiro (Shahrol dan Ajak) mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.
Dalam pada itu, Tauke berkata, mereka juga merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran bersama penyokong dan Kelab Sahabat Tauke bagi menghargai sokongan semua peminat sepanjang pertanndingan itu.
Kata Tauke, majlis berkenaan berkemungkinan akan diadakan di Perlis namun masih belum menetapkan tarikh sebenar kenduri tersebut.
"Seminggu dua ini kami mahu bercuti terlebih dahulu untuk merehatkan minda dan selepas itu baru kami merancang untuk majlis berkenaan.
"Yus akan bercuti di Perlis manakala saya akan menghabiskan masa untuk memancing," ujarnya.
Mengulas mengenai kemenangan pada MLM 2012, Tauke berkata, mereka berpuas hati dengan kedudukan naib juara yang disandang mereka dan menganggap ia sebagai rezeki dari Tuhan.
Tambah Tauke, antara faktor lain kemenangan mereka mungkin disebabkan persembahan mereka pada musim ini konsisten sejak minggu pertama.
"Berbanding musim lalu, persembahan kami kurang menyengat namun mengambil pengalaman untuk memerbaiki untuk pertandingann tahun ini.
"Ahamdulillah semua lawak yang ditonjolkan berjaya menambat hati peminat dan juri," jelasnya.
Tambahnya lagi, mereka akan meneruskan perjuangan Jambu sebagai kumpulan selagi diterima peminat.

Sinopsis Drama Sehangat Asmara Astro

2 comments



Drama Sehangat Asmara merupakan adaptasi novel karya Aisya Sofea akan dilakonkan oleh pelakon Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena. Drama bersiri 33 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui anda semua di Astro Mustika HD, saluran 134 bermula 21 Januari 2013, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam. 

Sinopsis Drama Sehangat Asmara Astro Mustika HD

Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. 

Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. 

Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?


Download Drama Sehangat Asmara

Episod 1 Drama Sehangat Asmara
Episod 2 Drama Sehangat Asmara
Episod 3 Drama Sehangat Asmara
Episod 4 Drama Sehangat Asmara

GABUNGAN Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) Mahu FAM Bertindak

2 comments


Gempita mahu FAM bertindak
Ahli Gempita mengadakan bantahan di luar pekarangan stadium berhubung kehadiran beberapa askar Komando yang lengkap bersenjata di Kota Bharu, Selasa lalu. Foto: Rosli Talib.
GABUNGAN Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pendirian tegas ekoran kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang lengkap bersenjata ketika aksi Kelantan-Johor Darul Takzim di Kota Bharu, Selasa lalu.

Penyelarasnya, Mohd Shaharuddin Abdul Latif berkata, FAM perlu menilai perkara itu dengan serius bagi mengelakkan ia menjadi ikutan pasukan lain.

“Kita mahu FAM segera mengambil pendirian mengenai perkara ini jangan anggap ia perkara remeh, tidak perlu membawa askar bersenjata ketika perlawanan bola sepak berlangsung, adakah Kelantan tidak aman,” katanya.

Anggota tentera terbabit dipercayai JMF  berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga tamat permainan.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah menafikan dakwaan itu.

Titah baginda, askar terbabit merupakan Pasukan Kor21 Gerak Khas (komando) yang ditugaskan sebagai persediaan sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyaksikan perlawanan dan ia merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Perkara ini penting untuk memastikan keselamatan Sultan Johor dan ia bukan perkara baru kerana prosedur ini sama dalam program besar seperti Kembara Mahkota Johor.

Penyelaras The Red Warriors Negeri Sembilan, CM Saidi turut melahirkan rasa tidak puas hati.

“Kehadiran askar telah mengundang provokasi. Saya rasa jika tiada askar bersenjata sudah pasti perlawanan berjalan dengan lancar," katanya.

Bantahan aman yang diadakan selepas perlawanan dihadiri kira-kira 100 ahli Gempita.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu media dua hari lalu bahawa langkah meletakkan anggota tentera satu prosedur biasa buat kerabat diraja dan perkara itu sejajar dengan polisi JMF yang ditugaskan menjaga keselamatan baginda.

Azzuddin juga berharap perkara ini tidak desensasikan oleh mana-mana pihak selain menggesa penyokong-penyokong bola sepak tempatan tidak terkeliru dengan kehadiran JMF Selasa lalu.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net