Powered by Jasper Roberts - Blog

Air Paling Sedap Di Dunia

3 comments

 

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

SUMBER

Rosmadi: Selesai isu Butler-Hodak tanpa libatkan FAM

Jom! comments


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) berharap krisis yang berlaku antara jurulatih T-Team, Peter Butler dengan rakan sejawatannya, Bojan Hodak dapat diselesaikan secara profesional bagi mengelak tumpuan terjejas dalam saingan Liga Super.

Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya mahu melihat kedua-dua jurulatih itu menyelesaikan krisis secara profesional, bukan secara sentimen dan sebagainya.

"Setakat ini saya belum mengetahui perkara tersebut tapi saya akan siasat dan mengetahui secara terperinci kes ini terlebih dahulu.

"Saya juga akan bersemuka dengan Bojan dan berbincang sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambah Rosmadi, "sebagai pihak pengurusan, saya berharap krisis ini dapat diselesaikan secara profesional."

"Mereka pun bukanlah calang-calang jurulatih, mereka jurulatih yang hebat, jadi lebih baik selesaikan masalah ini d iluar, tak payah melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

Rosmadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Butler yang berkeras tidak mahu bersemuka dengan Hodak, sebaliknya mahu meneruskan niat melaporkan penghinaan jurulatih Kelantan itu terhadap ibunya kepada FAM.

Butler berkata, beliau akan melaporkan kejadian itu kepada FAM dalam masa terdekat ini kerana jurulatih Kelantan berusia 42 tahun itu tidak mahu memohon maaf kepadanya.

Baru-baru ini, Hodak didakwa menghina mendiang ibu Butler ketika perlawanan Liga Super antara T-Team dan Kelantan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Pengendali Kelantan itu dikatakan bertutur dalam bahasa Croatia yang tidak difahami pengadil perlawanan dan Butler.

Enggan mengulas dengan lebih lanjut, Rosmadi berkata, "buat masa ini saya tidak mahu komen banyak, biar saya berbincang dan meneliti kes ini terlebih dahulu."

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai prestasi semasa Kelantan yang dilihat hilang rentak setelah hanya mengumpul empat mata dalam tiga perlawanan setakat ini, Rosmadi tetap yakin pasukan gergasi Pantai Timur itu akan bangkit pada perlawanan seterusnya.

"Saya tetap berpuas hati dengan prestasi Kelantan setakat ini.

"Bagi saya, biasalah dalam bola sepak, ada naik dan turunnya. Bukannya selalu kita akan menang.

"Jadi, jangan kerana kalah dua tiga kali kita sudah hilang keyakinan," katanya yang yakin pasukan Kelantan mampu mengekalkan pencapaian musim lalu.

Anne Ngasri Hamil setelah Sebulan Nikah

1 comments


Anne berharap agar segera berbadan dua selepas hampir sebulan bernikah dengan Mohd Sumali. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Anne Ngasri mengakui dia mungkin telah berbadan dua berdasarkan beberapa petanda seperti mula mual dan loya yang dialaminya sejak kebelakangan ini.
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, dia berharap simptom-simptom memberi mesej baik iaitu sedang hamil selepas mendirikan rumah tangga dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Sumali Reduan, 41, pada 22 Disember lalu.
“Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.
"Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu,” katanya.
Turut diperkenalkan pada majlis santai itu adalah dua lagi pengacara SIS iaitu pelakon Diana Amir dan Shabana, pengacara Hijab Stailista Ameera Zaini dan pengacara Saffiya, Liyana Hisham.
Ditanya mengenai perkahwinannya, Anne berkata, suaminya seorang yang ringkas dan berfikiran terbuka kerana tidak meletakkan sebarang sekatan untuk dia terus bergiat dalam bidang seni.
Anne di samping dua teman pengacara program SIS iaitu Shabana (kiri) dan Diana Amir.
“Alhamdulillah, kami bahagia dengan pengalaman baharu ini. Dia sangat memahami kerjaya saya.
“Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Kami saling menyokong dan membantu antara satu sama lain,” katanya yang memiliki tiga anak Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, daripada perkahwinan terdahulu.
Mengenai tanggungjawab sebagai pengacara SIS, Anne berkata, ia adalah kerjasama pertama dengan TV9 walaupun dia pernah mengacarakan pelbagai program televisyen lain sebelum ini.
“Pengalaman mengacara memang ada tetapi bersama TV9, ini adalah kerjasama yang pertama kali.
“Saya teruja untuk mengendalikan program ini kerana ia mengupas isu-isu yang dialami wanita dalam kehidupan semasa,” katanya.
Program itu bakal disiarkan selama setengah jam bermula 26 Januari ini pada setiap Sabtu pukul 11 pagi.
Sebuah lagi program terbaharu TV9 untuk tahun ini iaitu Hijab Stailista juga bakal ditayangkan bermula tarikh yang sama pada pukul 11.30 pagi.
Manakala program Safiyya yang memasuki tahun ketiga disiarkan bermula 13 Januari lalu pada setiap Ahad pukul 11 pagi.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net