Powered by Jasper Roberts - Blog

(Video) Separuh Mati Wanita Ini Ditakutkan Ala-Ala Bang Bang Boom

7 comments


Sudah jadi semacam trend di seluruh dunia untuk membuat lawak jenaka realiti seperti Bang Bang Boom dan Wakenabeb yang terdapat di Malaysia sekarang. Ada yang benar-benar menarik, namun ada jugak yang luar batasan. Kadang-kadang, penerbit pun tak faham batas dan bila nak berhenti apabila membuat lawak.

Daripada lawak berubah menjadi lawak bodoh, terutama dalam kes klip di bawah ini. Klip berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang baru habis kerja di Brazil dan ingin pulang ke rumah dipermainkan oleh krew sebuah program lawak realiti. apa lagi, jom terjah...


SUMBER

Lisdawati dan Rita Rudaini Berdamai

Jom! comments


Lisdawati
KUALA LUMPUR: Permusuhan di antara pelakon Lisdawati dan Rita Rudaini hampir 7 tahun kembali jernih apabila kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berdamai selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Kerana Sarah.
Lisdawati berkata, bersempena dengan tahun baru 2013 ini, dia berazam untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja termasuklah Rita dan mahu bekerjasama dalam drama berkenaan yang masih lagi dalam penggambaran.
"Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.
"Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya.
Pada tahun 2006, Rita dan Lisdawati dikatakan bermasam muka selepas berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya melakonkan adegan terakhir drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang.
Aksi tersebut berubah menjadi sebuah pergaduhan besar sehingga melibatkan kes polis apabila Lisdawati mendakwa Rita sengaja mencederakannya.
Rita Rudaini
Sementara itu, Rita pula berkata, perkara tersebut sudah lama selesai dan tiada apa-apa isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.
"Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.
"Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum," ujarnya.

TRW - JDT sama hebat

1 comments


JDT - TRW
Aksi pemain Kelantan dan Johor Darul Takzim ketika bersaing dalam perlawanan malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1
TENDANGAN percuma pemain import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza minit ke 74 memastikan pasukan berbelanja besar pulang dengan satu mata apabila seri 1-1 menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohamed Ke IV, semalam.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan minit ke 38 hasil jaringan cantik Mohd Norfarhan Muhammad yang melakukan rembatan deras sambil berlari menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Zamir Selamat.

Bermula wisel pertama, Kelantan terus melakukan serangan untuk mendapatkan gol awal dengan menggunakan sepenuhnya hantaran tinggi kepada Keita Mandjou dan Indra Putra Mahyuddin yang berada di bahagian hadapan.

Rentak 25 minit separuh masa pertama sungguh mendebarkan dengan tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai permainan apabila posisi tengah dikuasai sepenuhnya Shakir Shaari dan Mohd Badhri Radzi berbanding dengan Shafiq Rahim yang dilihat sedikit tenggelam.

Gol tuan rumah akhirnya menjelma hasil rembatan deras kaki kanan Mohd Norfarhan minit 38 menggembirakan penyokong The Red Warriors yang memenuhi stadium.

Menyedari gol penyamaan perlu dicari, jurulatih Johor Darul Takzim mengeluarkan Nurul Azwan Roya dan memasukkan bintang La Roja 2008, Daniel Guiza untuk menambahkan sengat di bahagian serangan.

Ternyata percaturan Fandi menjadi apabila Guiza menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti menewaskan Khairul Fahmi Che Mat 16 minit sebelum tamat perlawanan.

Dalam perlawanan berasingan, rekod tanpa kalah Lions XII lebur selepas tewas 0-1 kepada pasukan berstatus kelab PKNS di Stadium Shah Alam hasil jaringan Mohd Nazrin minit 79.

Pendahulu Liga Super, Pahang terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menjadikan Negeri Sembilan mangsa terbaru hasil kemenangan 2-1 dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Dua gol Pahang dijaringkan Mohd Fauzi Roslan manakala gol sagu hati pelawat hasil gol sendiri pemain tuan rumah Hazri.

Juara Sumbangsih, ATM terus melakar kemenangan menewaskan T-Team 3-0 dalam aksi di Stadium Paroi. Gol tuan rumah dijaringkan Shukor Adan, Rezal Zambree Yahya dan Marlon Alex James.

Perak pula terus mengalami kekalahan 0-1 kepada Felda United di laman sendiri. Aksi sebelah petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu , menyaksikan Selangor menewaskan Terengganu 2-1 . Gol pelawat dijaringkan oleh S. Kunanlan minit keenam dan Amri Yahyah pada minit ke-16 sementara gol Terengganu dihasilkan Jean-Emmanuel Effa Owona minit ke-17.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net