Powered by Jasper Roberts - Blog

Akibat putus tunang wanita seksi ini tiduri 200 lelaki rakan internetnya

2 comments


Kebanyakan wanita melayari Internet untuk mencari pakaian, kasut atau tawaran diskaun apabila putus cinta namun berlainan pula dengan seorang pengurus kelab malam ini, Louise Grant, 25, menggunakannya untuk mencari teman tidur.

Grant berkata, sehingga kini dia sudah meniduri 200 lelaki yang ditemui di Internet atau secara purata seorang lelaki setiap lima hari. Katanya, pada satu ketika dia pernah melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki dalam hari yang sama.

Gadis yang berasal dari Manchester tersebut mula menggunakan Internet untuk seks selepas putus tunang dengan kekasihnya tiga tahun lalu. Dia yang berasa kesunyian kemudian menggunakan laman webFacebook dan hari berikutnya Grant keluar bersama lelaki pertama diikuti dengan hubungan seks.

SUMBER

Video Tentera Assad Zalimi Remaja Hingga Mati

8 comments


Video ini memaparkan detik-detik di mana seorang remaja telah dizalimi sehingga mati oleh Tentera Assad Zalimi. Di nasihat kepada anda yang lemah semangat supaya tidak mengambil langkah untuk menonton video kejam ini.


Lisa Surihani Kekok Digelar Artis 'Stailo'

Jom! comments


Lisa Surihani
PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani berasa kekok apabila dirinya dianggap sebagai artis yang bergaya (stailo) sehingga dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Stailo pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012.
Lisa, 27, berkata, hakikatnya dia adalah seorang wanita yang ringkas dalam penampilan dan tidak mempunyai pengetahuan atau naluri fesyen yang tinggi sejak dulu lagi.
“Biar betul saya seorang yang stailo (bergaya)? Saya sangat terkejut dan tersentuh juga apabila orang nampak saya sebagai artis yang stailo.
“Apa pun, ia satu penghargaan buat saya. Kalau ada yang mengundi saya untuk kategori itu, ia adalah sesuatu yang manis,” katanyai.
Selain kategori itu, isteri kepada pengarah filem Yusry Abdul Halim ini turut tercalon sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.
ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April depan di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Menyambung perbualan, Lisa berkata, pada hakikatnya dia sering menjadikan artis wanita lain sebagai sumber rujukan dalam berfesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu imej.
“Sebenarnya, lebih ramai artis wanita mempunyai penampilan fesyen lebih baik.
“Malah, saya sendiri pun menjadikan segelintir artis wanita kita sebagai rujukan seperti Scha Al Yahya, Liyana Jasmay dan Nabila Huda.
“Saya adalah pengikut fesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu penampilan dalam industri kita,” katanya.
Terbaharu, Lisa sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudulMaskara arahan Nizam Zakaria.
Dalam drama berkonsepkan urban itu, Lisa berlakon di samping Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.

sumber: Mstar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net