Powered by Jasper Roberts - Blog

Kereta JPJ Dibakar Orang Awam

2 comments



Sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditebalikan dan dibakar oleh orang awam berikutan kemalangan di Ayer Tawar yang melibatkan 10 kenderaan, termasuk dua bas sekolah dan sebuah lori, berhampiran lampu isyarat.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, empat pegawai JPJ yang berada di dalam kereta pacuan empat roda tersebut melihat sekumpulan perusuh mara ke arah mereka.

11 kenderaan terlibat dalam kemalangan manakala 15 orang tercedera.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kenderaan JPJ tersebut cuba memintas dan menghentikan sebuah lori.

Pemandu lori berkenaan bagaimanapun menekan brek secara mengejut bagi mengelak daripada terlanggar kenderaan JPJ itu.

Tindakan brek secara mengejut itu mengakibatkan kenderaaan lain di belakang lori merempuh antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Timbalan Supt Ahmad Mat Isa, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis sedang menyiasat punca kemalangan.

Beberapa anggota polis yang dilaporkan berada di tempat kejadian dikatakan gagal mengawal kemarahan orang ramai.

Penyu dapat wang ‘sagu hati’

Jom! comments


Mohd Affize Faisal Mamat
Affize memilih untuk menyarung jersi ATM, musim ini.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan pasukan ATM supaya membayar wang ‘sagu hati’ RM5,000 kepada skuad Terengganu dalam tempoh 30 hari berkuat kuasa semalam.

Ini kerana pertikaian kedua pasukan mengenai pemain Harimau Muda A, Mohd Affize Faisal Mamat yang dilepaskan FAM tetapi memilih untuk bergabung dengan pasukan juara Piala Sumbangsih.

Mengikut peraturan FAM, pemain perlu kembali ke pangkuan pasukan negeri asal selepas melepasi had umur 23 tahun.

Sebaliknya, Affize bertekad menyarung jersi ATM dan pasukan negeri asal tidak berhak memaksa beliau bermain bersama mereka.

“ATM boleh menurunkan Affize berkuat kuasa semalam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pelik!!! Bumi Dijual Di Yahoo! Auction

Jom! comments


Di era yang canggih ini, ramai orang yang memanfaatkan internet untuk melakukan transaksi. Salah satu transaksi yang setiap hari dilakukan adalah transaksi jual beli. Sebut saja eBay dan YahooAuction, kedua laman ini setiap hari dijadikan media untuk menjual dan membeli. eBay dan Yahoo Auction adalah pasar tempat melelong atau menjual apapun di dunia maya.

Oleh kerana para penjual bebas menjual apapun yang dimilikinya maka tak hairanlah kedua laman tersebut di penuhi dengan benda-benda aneh dan tak masuk akal. Jika sebelumnya ada kaki perajurit perang AS, Kotoran burung yang menyerupai wajah Michael Jackson yang di jual, kini yang tak kalah aneh atau lebih tepatnya sangat aneh adalah planet kita, bumi di jual di Yahoo Auctions.Seorang lelaki dari Jepun mendedahkan bahawa dia telah di berikan bumi oleh Tuhan melalui mimpinya.


Selama ini dia memutuskan untuk tidak menjual bumi kerana dia masih memiliki cukup wang. Namun kerana terhimpit masalah ekonomi, kini dia memutuskan untuk menjual bumi kita ini. Harga yang di tawarkan hanya $ 0.86 USD. Tapi kerana semakin banyaknya bidaan, kini harga bumi naik menjadi $ 123.000.000. Kedengarannya ini sangat mustahil, kerana seperti yang kita ketahui, bumi adalah milik bersama. Namun masih ramai orang yang melakukan bidaan.

SUMBER

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net