Powered by Jasper Roberts - Blog

Elavarasan puas hati komitmen skuad Penyu

Jom! comments


Elavarasan puas hati komitmen skuad Penyu
Ismail Faruqi (kiri) muncul wira skuad Penyu setelah bejaya menyamakan kedudukan 1-1 ketika menentang Felda United, kelmarin.- FOTO: FAIZOL ANUAR
PENGENDALI pasukan Terengganu, E Elavarasan tetap berpuas hati komitmen ditunjukkan barisan anak buahnya meskipun sekadar seri 1-1 menentang Felda United, di Kuala Terengganu kelmarin, lapor ZUBIR SULAIMAN.

Malah, bekas jurulatih Felda United, Melaka dan Public Bank FC itu optimis pasukannya mampu bangkit sekali gus mempamerkan prestasi lebih memberangsangkan dalam aksi seterusnya.

"Pemain cuba jaringkan gol dan menguasai perlawanan pada babak pertama. Tapi, ketumpulan barisan penyudah menghalang kita menambah jaringan.

"Benteng pertahanan kita juga kurang fokus hingga membenarkan penyerang mereka, Mohammed Ghaddar berjaya membolosi gawang," katanya.

Untuk pertemuan seterusnya, Elavarasan akui mahu merombak sedikit formasi dan berharap pemain memperbaiki persefahaman menjelang aksi kedua liga dalam kunjungan ke Paroi berdepan Negeri Sembilan, esok.

FAM: Mat Yo hanya perlu bayar RM299,000

Jom! comments


Norshahrul Idlan Talaha (Matyo)
Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (Matyo)
NORSHAHRUL Idlan Talaha, yang turut dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar RM299,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), bukannya RM1 juta seperti yang dituntut oleh badan itu baru-baru ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.


"Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, pemain tersebut hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.
"Pasukan asal tidak berhak menuntut bayaran perpindahan, jadi Kelantan hanya berhak menuntut tebusan (nilai)kontrak kepada Mat Yo (yang berbaki) selama 13 bulan sahaja.

"Maka jawatankuasa yang bersidang hari ini memutuskan bahawa bayaran yang dituntut Kafa  tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak ," katanya ketika pemberita di Wisma FAM, hari ini.

Polis Tembak Mati Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan

1 comments


BUKIT MERTAJAM: Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang diburu setelah meloloskan diri daripada tahanan ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-dua penjenayah itu ialah Mohd Fairuz Adam yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, juga daripada geng Joe Mafia.
"Siasatan awal polis mendapati mereka cuba keluar dari negeri ini. Kereta yang digunakan pula dipercayai diperoleh daripada geng Joe Mafia yang masih bebas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Khamis.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai dua penjenayah itu pada pukul 12.30 tengah hari di sekitar Kubang Semang dan berjaya menjejaki mereka 15 minit kemudian.
Polis berjaya menembak mati dua daripada tujuh tahanan yang melarikan diri.
"Polis mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan tetapi mereka ingkar dan terus memecutkan kereta menghala ke Kampung Padang Ibu berhampiran Kampung Pelet.
"Penjenayah itu kemudiannya masuk ke laluan mini tar (jalan kampung) dan polis terus mengejar mereka lebih kurang tiga kilometer lagi sebelum melepaskan tembakan pada tayar kereta menyebabkan pemandunya hilang kawalan," katanya.
Beliau berkata, kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudiannya terbabas ke tebing tali air dan di situ berlaku tembak menembak dengan anggota polis yang mengejar mereka.
Siasatan awal polis mendapati pistol yang digunakan oleh penjenayah berkenaan diperolehi daripada geng Joe Mafia.
Abdul Rahim berkata, polis kini meneruskan usaha memburu lima lagi penjenayah yang masih bebas dan operasi itu membabitkan 259 anggota termasuk daripada Unit Udara dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Polis menggunakan anjing daripada Unit K9 untuk mengesan suspek yang melarikan diri di kawasan ladang kelapa sawit.
"Kesemua penjenayah ini bergerak dalam dua kumpulan, satu kumpulan adalah geng Joe Mafia yang berjaya ditembak mati hari ini manakala lima lagi bergerak dalam kumpulan lain. Kami nasihatkan mereka menyerah diri," katanya.
Beliau berkata, polis juga menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah iaitu Mohd Sharimy Nor didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi.
Abdul Rahim turut menasihat orang awam agar tidak memberi perlindungan kepada lima penjenayah terbabit dan jika didapati ada yang memberi perlindungan, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan.
"Siasatan polis juga mendapati ada orang awam yang memberi penjenayah ini makanan seperti roti, kami harap orang awam dapat beri kerjasama kepada polis," katanya.
Dalam kejadian pada jam 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda. BERNAMA

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net