Powered by Jasper Roberts - Blog

Teh Paling Mahal Di Dunia Adalah Teh Terjijik Di Dunia

1 comments

Kopi luwak dari pencernaan najis musang yang berasal dari Indonesia merupakan kopi termahal di dunia. Dari situlah, timbul idea seorang pakar dari China, An Yanshi, untuk membuat ramuan teh termahal di dunia.


An Yanshi yang juga seorang pensyarah mengatakan, teh paling mahal di dunia ini dibuat dari najis panda. Dia telah mengumpulkan lima tan najis panda untuk mencipta teh yang pelik.

Dia percaya, teh yang dibuat dari najis panda mampu menaikkan aroma dan rasa yang unik bagi peminumnya. Teh najis panda dijual dengan harga £50 000 untuk 1kg.

"Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang baik dan hanya menyerap sekitar 30% dari apa yang mereka makan. Itu bererti, najis mereka kaya dengan serat dan nutrisi, " jelas Yanshi seperti dipetik dari Metro.

Teh termahal di dunia

"Teh najis panda akan mengeluarkan aroma istimewa seperti kacang," katanya. 

Bagi meneruskan hasratnya, Yanshi mengumpulkan najis tersebut dari pusat Panda di Chengdu, Sichuan, Selatan China. Dia merancang ingin menempa nama dalam Guiness World Record untuk 'Teh Termahal Di Dunia'.

Hingga hari ini, kopi luwak dikenali sebagai kopi termahal di dunia. 450 gram kopi tersebut dijual dengan harga £100.


ABPBH2012 - Senarai Calon

Jom! comments



Berikut adalah senarai lima finalis untuk ABPBH2012 nagi setiap kategori.  ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Antara kategori yang di pertandingkan seperti penyanyi lelaki popular ABPBH2012 ,penyanyi wanita popular ABPBH2012, artis Duo ABPBH2012, artis baru lelaki ABPBH2012 , artis baru wanita ABPBH2012 , pelakon filem lelaki popular ABPBH2012 , pelakon filem wanita popular ABPBH2012 , pelakon tv lelaki popular ABPBH2012 , pelakon tv wanita popular ABPBH2012 dan macam-macam lagi. Senarai ima finalis untuk ABPBH2012 seperi di bawah:-
Penyanyi Lelaki Popular
1) Aizat
2) Hazama
3) Black
4) Faizal Tahir
5) Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
1) Jaclyn
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Black/Malique
2) Hafiz/Adira
3) Mojo
4) Jimmy Palikat/One Nation Emcees
5) Sleeq/ Najwa Latif
Artis Baru Lelaki Popular
1) Aiman Hakim Ridza
2) Izzue Islam
3) Jimmy Palikat
4) Shah Iskandar
5) Taiyudin Bakar
Artis Baru Wanita Popular
1) Ainan Tasneem
2) Emma Maembong
3) Hanez Suraya
4) Nad Zainal
5) Wawa Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Pelakon Filem Wanita Popular
1) Neelofa
2) Nora Danish
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin
Pelakon TV Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Beto Kusyairy
4) Fahrin Ahmad
5) Johan As'ari
Pelakon TV Wanita Popular
1) Fasha Sandha
2) Izara Aishah
3) Nabila Huda
4) Neelofa
5) Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular
1) Angah
2) Jepp
3) Johan
4) Nabil Ahmad
5) Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Jihan (Raja Lawak)
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Datuk AC Mizal
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular
1) Adibah Noor
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Neelofa
5) Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Johan
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Nabil
Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) DJ Lin
KATEGERI ONLINE (DALAM TALIAN)
Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Sofi Jikan
5) Zizan Razak
Gandingan Di Layar Serasi
1) Aaron Aziz/ Nadiya Nissa
2) Adi Putra/ Nora Danish
3) Aiman Hakim Ridza/ Izara Aishah
4) Johan/ Zizan Razak
5) Shaheizy Sam/ Yana Samsuddin
Watak Animasi Tempatan Popular
1) Anak-Anak Sidek
2) BoboiBoy
3) Kacang
4) Upin & Ipin
5) Usop Sontorian
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial
1) Aaron Aziz
2) Shila Amzah
3) Stacy
4) Yana Shamsuddin
5) Zizan Razak
Artis Lelaki Stailo
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Awal Ashaari
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Artis Wanita Stailo
1) Lisa Surihani
2) Melissa Francis
3) Nora Danish
4) Stacy
5) Yana Samsuddin
Artis Asia Paling Popular
1) Aaron Aziz
2) Big Bang
3) Shila Amzah
4) Super Junior
5) Zizan Razak

Belajar Dari Kekalahan

Jom! comments


Khyril Muhymeen
Penyerang Kedah, Khyril Muhymeen (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain UiTM FC, Mohd Firdaus.
MASIH gugup.” Itu reaksi jurulatih pasukan UiTM, Azman Eusoff ketika mengulas mengenai kekalahan 0-2 ketika menentang Kedah di Stadium Hang Tuah, kelmarin.

Turun selaku pasukan berstatus underdog, Azman berkata, pemainnya nyata masih gagal mengatasi sindrom terlalu menghormati lawan apabila dengan mudah melepaskan gol yang tidak sepatutnya.

“Memang saya kecewa dengan sesetengah pemain yang gagal mengaplikasikan rancangan dengan baik. Kesilapan tersebut memberi peluang kepada pasukan lawan untuk mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama.

“Namun begitu, saya tetap berpuas hati dengan keseluruhan perlawanan, terutama semangat pemain yang segera bangkit selepas babak kedua,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam masa sama, turut menyifatkan pertemuan pertama itu sebagai satu proses pendedahan buat anak buahnya yang dibarisi penuntut UiTM, Azman berkata, kekalahan tersebut memberi mereka peluang memperbaiki kelemahan untuk mengharungi saingan seterusnya.

Dua gol kemenangan skuad Hijau Kuning dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Khyril Muhymeen pada minit ke-30 dan 33.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net