Powered by Jasper Roberts - Blog

Gadis 15 Tahun Ini Mati Kerana Overdos Dadah

4 comments


Seorang lelaki ditahan untuk disiasat kerana mungkin berkait dengan kes kematian seorang gadis 15 tahun yang disyaki overdos. 

Gadis ini telah tiba di rumah selepas parti di salah sebuah pub di Liverpool. Tetapi sejurus menjejak kaki di rumah, dia pengsan dan dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia.

 

Bintang Mencari Bintang Tv3

3 comments



Bintang Mencari Bintang merupakan program terbaharu terbitan TV3 berjudul yang menggilap bakat baru berdasarkan sketsa komedi dan nyanyian tidak mempunyai persamaan dengan program komedi sedia ada.

Penerbit eksekutifnya, Muhamad Suffian Isa berkata, walaupun program berbentuk komedi telah banyak diketengahkan oleh stesen lain namun pihaknya memberi jaminan rancangan realiti itu akan memberikan kelainan.

"Program ini diterbitkan bukan untuk meniru sesiapa dan pengisiannya nanti akan memberikan kelainan kepada penonton.

"Malah pada tahun 2007 kami pernah merancang untuk menerbitkan program pencarian pelawak namun kurang mendapat sambutan," jelasnya.

Seramai enam orang artis yang dipanggil “sifu” akan menerajui program itu seperti Raja Azura, Senario, Harun Salim Bachik, Zizan Razak, Sabri Yunus dan Afdlin Shauki.

Bintang Mencari Bintang bakal memperlihatkan setiap sifu mempunyai dua orang peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000.

Bagi uji bakat yang bakal bermula pada 19 Januari ini, dua nama besar iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Ajai akan memilih peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya sebelum dipilih oleh enam sifu sebagai anak didik mereka.

Peserta hendaklah berusia 18 hingga 28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan (tidak melebihi dua orang). Mereka yang memiliki bakat melawak dan menyanyi digalakkan hadir untuk uji bakat.

Berikut adalah tarikh dan lokasi uji bakat:

1) 19 & 20 Januari 2013 - AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang.

2) 26 & 27 Januari 2013 - Centerpoint Kota Kinabalu, Sabah.

3) 2 & 3 Februari 2013 - Boulevard Kuching, Sarawak.

4) 8 & 9 Februari 2013 - Kota Bharu Trade Centre, Kelantan.

5) 16 & 17 Februari 2013 - Plaza Angsana, Johor Bahru

6) 23 & 24 Februari 2013 - AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Rajagobal: 'Sebagai jurulatih, saya juga mahu menang'

2 comments



K Rajagobal Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagopal
MESKIPUN mengakui berdepan laluan sukar dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2015, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap optimis dan berjanji akan memberi aksi terbaik pada kejohanan itu.

"Kita kena terima hakikat dalam saingan ini melibatkan pasukan yang kuat.

"Tapi, kita kena positif dan cuba melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Skuad kebangsaan akan mengharungi kelayakan Piala Asia 2015 dalam Kumpulan D yang turut membabitkan pasukan dari Qatar, Bahrain dan Yaman.

Dalam pada itu, ketika mengulas keraguan peminat terhadap kemampuan skuad kebangsaan, Rajagobal menegaskan, beliau akan mengambil cabaran itu dan membuktikan tahap kemampuan skuad Harimau Malaya.

"Semua orang akan bercakap, tetapi kita perlu sentiasa optimis. Dalam perlawanan bola sepak, ada kalah dan menang. Sebagai jurulatih, siapa yang mahukan kekalahan. Kita harus berfikiran terbuka.

"Jadi, saya berharap kami akan melakukan sesuatu dan pemain harus bersedia dari segi mental dan fizikal," jelas beliau.

Pada masa sama, Rajagobal turut menegaskan, beliau tidak mengamalkan dasar tutup pintu, malah sentiasa  mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

Katanya, peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

"Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

"Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus tetapi perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain," ujarnya.

Tambah Rajagobal, "ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih."

"Apapun, saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini,” katanya.

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan FAM merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari ini.

Menurut Rajagobal, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net