Powered by Jasper Roberts - Blog

Persiapan Perkahwinan Musnah Dalam Kebakaran

1 comments




Kebakaran yang berlaku semalam telah mengakibatkan tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang dikongsi mereka musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan di Kampung Pandan Dalam, Ampang.

Kejadian kira-kira 11.15 pagi itu turut memusnahkan sebuah lagi rumah yang tidak berpenghuni.
Mangsa, Erma Usman, 23, yang tinggal bersama neneknya berkata ketika kejadian, dia sedang tidur di ruang tamu dan hanya menyedari kebakaran itu apabila dikejutkan jiran yang mengetuk pintu rumahnya.

"Saya nampak api marak di bahagian dapur. Saya hanya sempat mengambil kad pengenalan sebelum lari keluar rumah dan terus menghubungi pihak bomba," katanya dalam nada sedih kerana persiapan perkahwinannya yang dijadual berlangsung tahun depan musnah dijilat api.


Erma yang melangsungkan pertunangan November lepas bagaimanapun bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri, sambil berkata beliau mengalami anggaran kerugian RM40,000.


Neneknya tiada di rumah ketika kebakaran itu yang turut menjejaskan enam individu daripada dua keluarga lain.

Sementara itu, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Mohd Nizam Abd Razak berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.15 pagi dan tiba di lokasi kebakaran tiga minit kemudian.

Lima jentera bomba dengan 51 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Cheras, Hang Tuah, Sungai Besi dan Ampang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata nilai kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Budak diseret 10km

1 comments



NIBONG TEBAL: Seluruh badannya hancur hingga menampakkan tulang, manakala kepalanya pula berkecai dan hanya meninggalkan cebisan rambut.

Begitu keadaan mayat seorang kanak-kanak, Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Salam, 3, yang diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaikinya bersama keluarga yang terbabas kerana mengelak bangkai haiwan di atas jalan.

Lebih memilukan apabila mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.

Mayat mangsa dalam keadaan mengerikan itu ditemui pengguna lebuh raya di tepi jalan berhampiran Hentian Sebelah Sungai Bakap, dekat sini, sebelum memaklumkannya kepada polis.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku jam 8.45 malam apabila kereta Ford Laser yang dinaiki mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini.

Mayat bot karam sukar diangkat

3 comments



Perkara aneh dan ganjil telah berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net