Powered by Jasper Roberts - Blog

Mayat bot karam sukar diangkat

3 comments



Perkara aneh dan ganjil telah berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.

Kenyataan Mengenai Kekecohan Di Sungai Petani Kedah

Jom! comments


Mengenai khabar angin mengenai berlakunya rusuhan dan kematian 3 lelaki seperti yang disebarkan di beberapa buah blog dan media sosial adalah tidak benar sama sekali. 

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan khabar angin dan sentiasa mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian terlebih dahulu. Keadaan semasa di Sungai Petani adalah tenang dan terkawal.




info: Facebook

Hot! Chef Riz dan Ana Dahlia bercerai

1 comments



Chef Riz dan Ana Dahlia bercerai, inilah berita yang diterima apabila Chef Riz dan Ana Dahlia bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang  Selangor pada 10 Disember lalu.

Penceraian ini dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka berdua selain perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan yang turut menjadi penyebab perpisahan ini.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net