Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Siti Fazurina Kahwin Lari, Keluarga Kesal

1 comments



Siti Fazurina pelakon drama bersiri Trilogi Cinta dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal tanpa pengetahuan keluarganya.

Siti Fazurina Mohd Famir dan Haikal bernikah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,"

Bayi kembar hilang dalam kandungan ibunya

2 comments



Detik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri. Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri

Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.

“Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar mangsa.

“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.

Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak. Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri

Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan. Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri

“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” jelas Norliana lagi. Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Misteri

Norliana juga turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarganya dua hari lepas bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku ini. Pengamal perubatan itu juga menyatakan bahawa bayi kembar itu benar-benar hilang dalam kandungan.

Persiapan Perkahwinan Musnah Dalam Kebakaran

1 comments




Kebakaran yang berlaku semalam telah mengakibatkan tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang dikongsi mereka musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan di Kampung Pandan Dalam, Ampang.

Kejadian kira-kira 11.15 pagi itu turut memusnahkan sebuah lagi rumah yang tidak berpenghuni.
Mangsa, Erma Usman, 23, yang tinggal bersama neneknya berkata ketika kejadian, dia sedang tidur di ruang tamu dan hanya menyedari kebakaran itu apabila dikejutkan jiran yang mengetuk pintu rumahnya.

"Saya nampak api marak di bahagian dapur. Saya hanya sempat mengambil kad pengenalan sebelum lari keluar rumah dan terus menghubungi pihak bomba," katanya dalam nada sedih kerana persiapan perkahwinannya yang dijadual berlangsung tahun depan musnah dijilat api.


Erma yang melangsungkan pertunangan November lepas bagaimanapun bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri, sambil berkata beliau mengalami anggaran kerugian RM40,000.


Neneknya tiada di rumah ketika kebakaran itu yang turut menjejaskan enam individu daripada dua keluarga lain.

Sementara itu, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Mohd Nizam Abd Razak berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.15 pagi dan tiba di lokasi kebakaran tiga minit kemudian.

Lima jentera bomba dengan 51 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Cheras, Hang Tuah, Sungai Besi dan Ampang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata nilai kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net