Powered by Jasper Roberts - Blog

Anggota Bomba Rebah Semasa Memadam Kebakaran

1 comments


Kebakaran yang belaku di bilik pameran di sebuah kedai tembikar di Batu 4 Jalan Kapar semalam mengakibatkan seorang anggota bomba pengsan dipercayai kerana keletihan selepas mengambil tempoh lama dalam usaha memadam kebakaran itu.

Kebakaran berlaku sekitar jam 2 petang dan ia bermula di bahagian tengah bangunan sebelum merebak ke stor penyimpanan dan bilik pameran yang terletak di bahagian belakang kedai seramik itu.

Kebakaran tersebut nyata memberi kesukan kepada anggota bomba bagi memadam kebakaran kerana material seramik iaitu tanah liat sukar untuk dipadamkan. Usaha memadamkan kebakaran itu melibatkan 39 anggota termasuk pegawai Bomba dari tujuh balai.



Hot! Farid Kamil berdepan Hukuman Penjara

4 comments


Farid Kamil Berdepan Hukuman Penjara 2 tahun - Berita ini telah tersebar beberapa hari lepas atas tindakan Farid kamil mengenakan pakaian tentera tanpa persetujuan atau kebenaran pihak tentera.

Kini pihak tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera.



Kesalahan ini atas Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.


Tentera Israel tembakan amaran ke arah sukarelawan Malaysia

1 comments



Israel beri tembakan amaran ke arah sukarelawan Malaysia - Tentera Israel yang berada di Ezata bersebelahan sempadan Gaza di sini melakukan tembakan amaran ke arah sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012.

Tembakan amaran itu diikuti dengan dua buah helikopter Israel berlegar-legar di udara di sepanjang sempadan Gaza-Ezata ketika kawasan itu dikunjungi sukarelawan Malaysia.

Sukarelawan Malaysia berada di kawasan itu yang merupakan kawasan pertanian untuk menyampaikan dana Aman Palestin bagi pembangunan tanah pertanian yang sebelum ini dirosakkan tentera Israel. - UTUSAN

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net