Powered by Jasper Roberts - Blog

Natasha Hudson Elak Berlakon Babak Romantik

Jom! comments




Pelakon Natasha Hudson kini menitikberatkan tawaran lakonan yang diterima demi menjaga batas dan adab sebagai muslimah sejak mula berhijab pada awal April lalu.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 30, berkata, atas kesedaran dan tanggungjawab itu dia akan mengelakkan babak-babak romantik atau bersentuhan dengan pelakon lelaki lain dalam drama atau filem.

“Setakat ini belum ada lagi tawaran watak atau babak yang romantik, intim dan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain sejak saya bertudung.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh terlalu cerewet terhadap tawaran yang diterima kerana ini (lakonan) adalah kerjaya saya.

“Mujurlah, kebanyakan pengarah dan penerbit peka dan menghormati batas-batas bagi pelakon yang bertudung seperti saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pemenang trofi Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin ini mula bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada penghujung Mac lalu.

Justeru itu, Natasha berkata, dia kini memberikan keutamaan pada bidang pengacaraan dan urusan syarikat produksi miliknya dan suami Carleed Khaza iaitu Dream Cloud Productions.

“Atas kesedaran terhadap batas-batas pergaulan dan adab saya memberikan lebih tumpuan pada kerja-kerja belakang tabir dan pengacaraan sekarang.

“Saya banyak membantu suami untuk kerja-kerja produksi syarikat kami Dream Cloud. Saya juga aktif menyiapkan rekaan terbaru koleksi hijab yang dijual secara dalam talian,” ujarnya.

Bagaimanapun, ujar Natasha, dia perlu bijak mengimbangi antara lakonan, pengacaraan dan perniagaan kerana belum bersedia untuk berundur diri daripada dunia lakonan.

“Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon sepenuhnya buat masa ini kerana ia adalah minat dan kepuasan saya.

“Cuma, saya perlu bijak mengimbangi dan memilih tawaran lakonan yang bersesuaian dengan penampilan dan status sekarang,” kongsinya.

Mengenai kehidupannya yang kini hamil empat bulan, Natasha berkata, perkara itu tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam bidang seni.

“Rasanya kehamilan pada kali ini lebih baik daripada pengalaman pertama ketika mengandungkan anak sulung Nessa Helena.

“Setakat ini, saya tidak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik cuma mudah berasa letih sahaja. Selagi larat, saya akan bekerja macam biasa,” jelasnya.

Natasha diijabkabulkan dengan komposer dan penyanyi rap Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, pada 15 April lalu di Masjid Wilayah, di sini.

Gambar Anak Nabil Raja Lawak

14 comments


Berita mengembirakan dimana Nabil raja lawak telah mendapat cahaya mata pertamanya. Berita mengembirakan ini dikongsi bersama peminatnya apabila telah menjadi bapa. 

Isteri Nabil iaitu Nazirah telah selamat melahirkan anak perempuannya yang seberat 2.67 kilogram pada jam 8.40 pagi tadi. Tahniah diucapkan kepada Nabil dan Nazirah.




Emma Maembong nak jadi pelukis

2 comments




Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 20, berkata, sebelum bergelar artis dia banyak menghabiskan masa dengan melukis dan menggemari lukisan jenis animasi dan potrait.

Pelakon Emma Maembong berhasrat untuk meneruskan lagesi bapanya iaitu seorang pelukis terkenal negara, Ismail Maembong dan terlibat secara serius dalam bidang itu.

"Sejak berusia 12 tahun lagi saya sudah didedahkan dengan dunia lukisan oleh ayah dan beliau adalah sumber inspirasi saya dalam bidang tersebut.

"Sebelum ini kami sering menghabiskan masa bersama dengan melukis sehingga pukul tiga atau empat pagi dan beliau banyak memberikan inspirasi kepada saya sebagai seorang pelukis," ujarnya kepada mStar Online.

Kelibat Emma boleh disaksikan menerusi drama bersiri Cinta Itu Milikku terbitan Orangetree Production yang sedang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Selain Emma, drama bersiri 24 episod itu turut menampilkan Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, Emma berkata, dia tidak pernah berasa malu untuk mengakui dirinya 'anak ayah' kerana sangat rapat dan manja dengan bapanya itu.

Emma memberitahu hubungan mereka rapat selepas ibu bapa mereka bercerai ketika usianya masih kecil dan dia tinggal bersama bapanya itu.

"Ayah seorang yang sangat tegas namun jarang sekali dia memarahi saya dan adik-beradik lain kalau ada kesilapan kami lakukan. Dia sentiasa menggunakan nasihat untuk menyedarkan kami.

"Hubungan kami sangat rapat kerana saya tinggal bersamanya sejak kecil selepas ibu bapa bercerai dan banyak perkara tentang kehidupan saya belajar daripadanya terutama seni lukisan," ujarnya kepada mStar Online.

Cerita Emma lagi, sejak kecil dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan akan mengikut ke mana sahaja beliau pergi.

"Kerana restu daripada ayah saya menjejakkan kaki sebagai pelakon dan doa beliau membuatkan saya sentiasa tabah dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia hiburan ini walaupun masih baru," katanya.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net