Powered by Jasper Roberts - Blog

Youtube Maharaja Lawak Mega Musim 2 Episod 2

Jom! comments


Maharaja Lawak Mega Musim 2 Episod 2 sebentar tadi amatlah menarik dan ada perningkatan lawak pada setiap kumpulan yang bertanding.

Pada koz sebentar tadi persembahan paling mantap ditujukkan oleh kumpulan Jozan dan Jambu. Memang gempak giler lawak-lawak mereka.

Jom saksikan Video Youtube Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Pertama.

Maharaja Lawak Mega 2012 setiap Jumaat jam 10 Malam tayangan serentak di Astro Warna (132), Astro Mustika HD (134) dan Astro On-The-Go!

Youtube Maharaja Lawak Mega Musim 2 Episod 2

Kumpulan R2



Kumpulan Da Di Du



Kumpulan Jozan



Kumpulan Balas



Kumpulan PMai



Kumpulan Boboi



Kumpulan Bandung Joker



Kumpulan SayWho



Kumpulan Jambu



Kumpulan Shiro



Kumpulan Sabon


15 orang yang dikehendaki Polis

1 comments


Dalam 15 individu yang dicari Seorang wanita antara yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata dan pecah rumah sekitar Timur Laut sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, identiti mereka diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan ke atas 12 laporan kes samun dan pecah rumah di lapan kawasan di sekitar Pulau Pinang.

“Jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM300,000. Kesemua individu yang dicari itu berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu tersebut menghubungi polis Timur Laut di talian 04-228 2222 bagi membantu siasatan.

Nenek diugut Cucu dengan Sabit

1 comments



Seorang penganggur yang mengugut mencederakan neneknya dengan sabit mendapat balasan apabila dia dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman terhadap Wan Muhamad Fakhriain Wan Mohd Azhar, 21, dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Dia didakwa mengugut Zainab Yaakub dengan sabit di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini, jam 11 pagi, 19 November lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah menyebabkan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor memutuskan hukuman itu dan berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan.

Sebelum itu, Wan Muhamad Fakhriain pergi ke tempat kerja ibunya dan mengamuk di sana sebelum disuruh pulang tetapi mengamuk pula di rumah serta cuba mencederakan Zainab dengan sabit.

Zainab yang takut dengan perlakuan agresif cucunya itu bertindak melaporkan kepada polis. Tertuduh ditahan hari sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net