Powered by Jasper Roberts - Blog

Zahnita Wilson Lahirkan Bayi Perempuan Anak Kedua

4 comments


Zahnita Wilson telah selamat melahirkan anak keduanya pada jam 7.38 pagi tadi. Dikatakan Zahnita Wilson dan bayi perempuannya berada dalam keadaan sihat dan nama bayi perempuan Zahnita Wilson ialah Zasha. Tahniah diucapkan buat Zahnita dan suami.

Laman Web Pengganas Di Malaysia

Jom! comments



Laman web rasmi Al-Qaeda telah didaftarkan di Kuala Lumpur.

Tawhed.net- dikatakan merupakan laman web pengganas terbesar di dunia - telah ditutup pada pukul 4 petang Rabu selepas The Star melayari laman tersebut dikesan oleh mereka.

Namun ia bukan berakhir di situ: pakar keganasan memberitahu ia merupakan strategi al-Qaeda yang akan bertapak di sesebuah negara dan berpindah selepas pergerakan mereka dikesan.

Tawhed.net- dalam laporan Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat adalah “perpustakaan utama talian al-Qaeda”-ia mengandungi mesej dari Ayman Al Zawahiri, pemimpin al-Qaeda selepas kematian Osama bin Laden dan memaparkan temu bual dengan suspek pengganas yang ditahan.

Ia menggalakkan pelayar untuk terus menghubungi pentadbir laman web yang menjanjikan setiap pertanyaan akan diberi perhatian.

Pembekal rangkaian tempatan, Piradius Sdn Bhd memberitahu The Star: “Selepas menerima amaran dari anda kami telah menyiasat laman web tersebut dan tutup kerana melanggar polisi rangkaian kami,”.

Tawhed bukan laman web al-Qaeda yang pertama yang dibuat di Malaysia.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata penyiasatan telah dilakukan.

“Kami akan terus memantau kehadiran laman web yang lain yang menjadikan Malaysia sebagai pangkalan web mereka,” katanya.

Pakar-pakar pencegah keganasan berkata Malaysia tidak asing bagi al-Qaeda untuk menjadikan sebagai lokasi web mereka. Mereka akan bertukar-tukar maklumat melalui dalam talian yang bertapak di negara ini.

Pakar memerangi keganasan, Dr Shantie Mariet D’Sauza berkata: “ Malaysia dipilih kerana sebab-sebab kemudahan seperti harga lebih rendah bagi pelayan, atau kelemahan dalam sistem yang boleh mereka sasarkan.

Ketua Pusat Antarabangsa Keganasan Politik dan Penyelidikan, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Prof Rohan Gunaratna menyifatkan tawhed.net sebagai pengganas terbesar dan laman web pelampau terbesar di dunia.

Gunaratna berkata dalam dua laman web yang aktif mempengaruhi masyarakat ialah www.ansar.info dan www.al-qimmah.net yang dikendalikan di luar negara telah mempengaruhi rakyat Malaysia yang didakwa di Lubnan itu.

Pengarah Serantau Persatuan Antarabangsa, Andrin Raj berkata lamanweb merupakan sebahagian forum militan yang aktif dalam talian.

Sementara itu pihak polis memberitahu mereka sedang memantau keadaan dengan teliti jika terdapat mana-mana laman web yang dihoskan di Malaysia yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Aznil dan Adibah Noor pengacara Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19

6 comments


Pasangan pengacara Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19 iaitu Aznil Hj Nawawi dan Adibah Noor bakal mempertaruhkan gaya bersahaja dan usik-mengusik dalam menerajui acara itu pada 17 November depan.

Menurut Aznil yang julung kali bergandingan dengan Adibah, dia bersedia untuk menampilkan kelainan pada kemunculannya bagi mengekalkan prestij anugerah seiring dengan 19 tahun usia penganjurannya.

"Sesuatu yang baru perlu kami perkenalkan selepas 19 tahun AIM dianjurkan. Saya kira untuk tempoh itu, penggiat seni dan penonton juga sudah matang untuk melihat perjalanan majlis yang selaras dengan prestijnya.

"Kita sering ambil jalan mudah (penganjuran) dengan membariskan pelawak sebagai hos bagi menceriakan suasana.

"Sudah tiba masanya tugas itu digalas oleh pengacara yang sebenar dan di situlah cabaran kami untuk mengacara dan menjaga momentum majlis agar tidak lesu dan hambar," katanya.

Aznil berkata demikian ketika ditemui mStar Onlinedi sini pada Selasa selepas sidang media pengumuman pengacara dan persembahan artis pada malam anugerah nanti.


Sebahagian daripada artis dan individu terliat dalam AIM 19 pada tahun ini.
Malam anugerah yang bertemakan "Black & White Glam Glitz" itu akan diadakan pada 17 November depan di Stadium Malawati, Shah Alam, dekat sini.

Siaran langsung anugerah akan disiarkan bermula pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134).

Ia bermula dengan acara Karpet Glamor yang disiarkan pada pukul 8.30 malam kendalian Awal Ashaari dan peserta On Air, Dahlia Shazwan.

Katanya, keutamaan yang diberikan pada malam itu adalah untuk mengawal perjalanan majlis dan penyampaian anugerah agar tidak meleret seperti yang kerap berlaku.

Jelas Aznil, beberapa kesilapan dilakukan para penyampai anugerah seperti bergurau-senda secara berlebihan dan meleret atau beraksi bingung ketika di pentas menjejaskan kelancaran acara.

"Pada kali ini, kami mahu mengawal kekurangan itu dengan muncul bersama setiap kali penyampai anugerah mahu menyampaikan trofi."Nadi majlis terletak pada kami. Kami perlu bijak mengimbanginya agar ia ceria dan tidak meleret. Ia akan melibatkan usikan dan gurauan ringkas dalam menjaga momentum majlis," katanya.

Ditanya tidakkah pendekatan itu dilihat seolah-olah dia mahu mendominasi acara, Aznil berkata, perkara itu tidak timbul kerana ia bertujuan untuk menjaga perjalanan majlis mengikut aturan masa dan pengisian yang ditetapkan.

"Bukan saya mahu mendominasi AIM tetapi bagi mengelakkan kesilapan dan kekalutan yang sering kita lihat pada sesebuah anugerah daripada berulang.

"Kita tidak mahu AIM dilihat seperti anugerah santai dan tidak serius kerana ia berprestij dan sudah mencecah 19 tahun," katanya.

Dalam pada itu, Adibah berkata, keserasian yang mereka miliki walaupun tiada pengalaman mengacara bersama sebelum ini memberikan keyakinan tugas itu mampu dilaksanakan dengan baik kelak.

"Saya percaya keserasian antara kami akan memudahkan lagi tugas mengendali AIM walaupun ini adalah pertama kali kami digandingkan.

"Gaya usik-mengusik dan spontan yang kami pertaruhkan itu akan memberikan kelainan dan mengawal momentum acara," katanya yang sudah empat kali mengacarakan AIM.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Datuk Siti Nurhaliza & Hafiz, Shila Amzah, Stacy, kumpulan May, Lefthanded, Klangit, Forteen, GX4, Mojo, One Nation Emcees dan Jimmy Palikat.

Ia turut. diserikan barisan penyampai antaranya Datuk Hattan, Dr Fazley, Nora Danish, Siti Sarah, Yassin dan Heliza Helmi.AIM 19 mempertandingkan 16 kategori.

sumber Mstar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net