Powered by Jasper Roberts - Blog

Tomok dan isterinya berlakon

1 comments

Penyanyi Tomok berasa bertuah apabila isterinya, Rahayu Abbas (Ayu) sanggup meluangkan masa untuk berlatih bersamanya bagi mendapatkan watak terbaik dalam karya yang dia lakonkan.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata, apabila menerima sesebuah tawaran watak dalam filem, dia akan memastikan latihan secukupnya dibuat sebelum memulakan sesi penggambaran.

"Saya sedar, sebagai pendatang baru di dunia lakonan, banyak perkara yang perlu diasah.

"Walaupun ada sesi pembacaan skrip bersama pelakon lain, rasanya ia tidak cukup untuk saya bersedia di set.

"Maka latihan berlakon akan disambung di rumah pula di mana Ayu menjadi gandingan watak saya. Alhamdulillah, saya bersyukur dan bertuah kerana ada dia," katanya.

Tambah Tomok, isterinya juga merupakan pengkritik utama dalam setiap filem yang dilakonkan, selain menjadi penyokong terhadap karier barunya itu.

Sementara itu, selepas membuat percubaan di bidang lakonan menerusi filem pertamanya, Mantera dan terbaru, Istanbul Aku Datang yang akan ditayangkan pada 8 November ini, Tomok mengakui dia seronok melalui pengalaman sebagai pelakon.

"Selepas mendengar respons daripada ramai pihak, rasanya perjalanan (lakonan) boleh diteruskan.

"Yang penting saya mahu setiap lakonan yang disampaikan mendapat impak kepada penonton yang menyaksikannya, dan pada masa sama, saya akan perbaiki setiap kelemahan yang ada," ujarnya.

Kata Tomok lagi, walaupun kerjaya pelakon memerlukan pengorbanan masa yang besar, namun dia masih lagi boleh mengimbangkan antara karier nyanyian, lakonan dan keluarga.

sumber Mstar

Kereta terbakar ketika isi NGV

1 comments



Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.

Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.

Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak.

“Pekerja cuba menutup saluran utama itu namun gagal menyebabkan hos mengeluarkan api dan menyambar terus kepada enjin kereta.

“Saya dan isteri berada di luar kenderaan manakala anak (T Priyadharyshyini) berada dalam kereta bertindak melompat keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui ketika kejadian.

Insiden menyebabkan Tehinagaran mengalami kecederaan kecil apabila tangan dan kepalanya melecur manakala anak dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian menyebabkan anak saya trauma kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku.

“Dianggarkan lebih RM10,000 kerugian dialami apabila dua telefon bimbit, GPS dan alat permainan DVD hangus dalam kebakaran,” katanya.

Sejurus kejadian, dua jentera bomba dari Gombak Selatan dan Selayang tiba di tempat kejadian.

Anggota bomba dengan kekuatan seramai 11 orang mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran.

Ketua operasi, Nasir Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran saluran gas.

Hot! Aaron Aziz masuk hospital

5 comments

Berita terbaru mengatakan pelakon lelaki popular iaitu Aaron Aziz dikejarkan ke hospital pagi ini berikutan demam teruk dialaminya sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman mikro Twitter, hari ini.Menurut Diyana, Aaron mengalami demam teruk akibat pneumonia.Namun, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit selepas menerima rawatan.

Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam. Diyana menulis, terima kasih atas ucapan daripada semua.

"Sekarang dah turun sikit," katanya.

Diyana juga memberitahu bahawa Aaron sudah mengalami batuk sebelum ini dan menolak untuk menerima rawatan.

"Sebelum ke Cape Town, memang dia dah batuk dan sakit sikit, mungkin waktu filming Promo basah for the whole day. Him being him tidak akan ke doktor!" katanya kira-kira 30 minit lalu di laman Twitter miliknya.

Pelakon utama filem KL Gangster itu dikatakan semakin pulih.

Diyana memberitahu peminat, "Alhamdullillah, he's getting better. On drips and antibiotics helps."

Namun begitu, sampai bila pelakon kelahiran Singapura itu akan ditahan di wad masih belum diketahui.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net