Powered by Jasper Roberts - Blog

Sofia Jane Tarik Diri Pementasan Teater

Jom! comments


Penerbit Eksekutif teater Tun Dr Siti Hasmah iaitu Datin Umie Aida menghormati keputusan aktres Sofia Jane yang menarik diri daripada pementasan itu kerana masalah jadual.

Umie yang juga Pengarah Urusan World Islamic Network Television (WIN TV) berkata, sebagai rakan artis dia terpaksa menerima pendirian Sofia walaupun rombakan kali ketiga dalam produksi itu mungkin meninggalkan persepsi kurang manis kepada khalayak.

"Pertukaran dan masalah dalaman dalam sesebuah produksi adalah perkara biasa yang boleh diatasi. Kami pun sudah mendapat pelakon Eja bagi menggantikan Sofia jadi masalah itu tidak timbul lagi.

"Cuma saya akui agak terkilan juga kerana rombakan ini berlaku untuk kali ketiga. Pada awalnya, saya bimbang kerana ia membabitkan Tun Dr Siti Hasmah kerana para pelakon terlibat untuk watak itu sudah bertemu beliau.

"Apabila berlaku pertukaran lagi, tentulah saya berasa malu pada beliau tetapi ia berada di luar kawalan. Mujurlah, beliau memahami. Benda sudah hendak jadi, terpaksalah terima," katanya.

Sementara itu, pengarahnya Erma Fatima berkata, dia menasihatkan Sofia untuk menarik diri memandangkan aktres itu tidak dapat mengikuti jadual latihan yang diatur.

"Saya cakap pada dia untuk tarik diri kerana pihak kami tidak boleh mengikut permintaan jadual Sofia yang bertentangan dengan jadual produksi.

"Dia tidak boleh hadiri latihan hingga lewat malam sedangkan kebanyakan pelakon dan krew hanya boleh berlatih pada sebelah malam kerana masing-masing ada komitmen lain pada siang hari.

"Jadi, apabila dia tidak dapat hadir sejak sesi pembacaan skrip lagi, maka adalah lebih baik dia berundur diri. Dia faham dengan keadaan itu dan menerimanya kerana soal jadual latihan membabitkan persetujuan semua pihak yang terlibat," katanya.

Ditanya perkembangan semasa persiapan teater itu, Erma berkata, secara dasarnya teater itu sudah bersedia untuk dipentaskan sejak menjalani latihan kira-kira dua minggu lalu.

"Semua proses sudah selesai dan secara dasarnya ia sudah bersedia untuk dipentaskan. Pada fasa ini, kami hanya memperkemaskan lagi aspek lakonan dan penghayatan sahaja," katanya.

Kontroversi teater ini bermula apabila Adlin Aman Ramlie menarik diri sebagai pengarah dan digantikan Erma Fatima.

Tidak hanya membabitkan pelakon, tarikh asal pementasan yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos lalu itu turut ditunda dua kali iaitu pada 14 September dan terbaru pada 9 hingga 19 November depan di Istana Budaya.

sumber Mstar

Artis Lelaki Jadi Mak Nyah

Jom! comments


Kekurangan pelawak wanita di negara ini membuatkan pihak produksi yang menerbitkan rancangan berbentuk komedi terpaksa menggunakan khidmat pelawak yang sama setiap kali memerlukan golongan itu dalam sesebuah rancangan.

Menurut pengurus saluran Astro Warna, Bob Azrai, keadaan itu juga membuatkan khidmat pelawak lelaki diperlukan bagi membawa watak wanita dengan berkehendakkan mereka tampil sedemikian.

"Jika sesiapa yang sedar, industri hiburan kita mempunyai pelawak wanita yang sangat sedikit. Boleh dikira dengan jari.

"Perkara ini menyukarkan pihak produksi untuk mencari pelakon wanita yang boleh berlawak.

"Sebab itulah kebanyakan rancangan komedi di negara ini mempunyai 'mak nyah' sedangkan ia adalah lakonan oleh seorang lelaki yang menggalas watak wanita," katanya.

Bob ditemui pada sesi rakaman rancangan terbaharu terbitan Astro Warna iaitu Elak-Elak di sini, Rabu.

Tambah Bob, keadaan itu juga membuatkan pihaknya akan mencari semula pelawak wanita yang berbakat menerusi uji bakat program Raja Lawak yang pernah diadakan sebelum ini.

"Pihak kami akan mencari pelawak wanita yang dilihat berpotensi untuk menjadi pelawak yang bagus.

"Mungkin tidak ramai yang bagus, tetapi sekurang-kurangnya bakat mereka boleh diasah," ujarnya.

Sementara itu, Elak-Elak merupakan sebuah rancangan komedi berkonsepkan keagamaan di mana setiap pengakhiran persembahan lawak yang dibuat akan dirungkaikan menerusi mesej-mesej pedoman oleh Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.

Rancangan itu akan dibarisi pelakon Saiful Apek dan bekas peserta Raja Lawak iaitu Jihan, Arin dan Rahim.

Ia akan disiarkan setiap Khamis bermula 20 Disember depan, pada pukul 10 malam.

Siaran sebanyak 13 episod itu akan menggunakan judul “Elak” antaranya Elak Alim Kucing, Elak Fitnah, Elak Bohong, Elak Gosip, Elak Riak, Elak Derhaka, Elak Syirik dan Elak Khalwat.

Selebriti seperti, Joey, Yasin, Aznil Nawawi, Tauke (Raja Lawak), Angah, Nabil dan Achong akan dijemput menjayakan rancangan itu.


sumber Mstar

Neelofa Selesa Dengan Hans Isaac

1 comments



Neelofa menganggap Hans Isaac sebagai rakan rapatnya yang sentiasa dihubunginya jika ada kelapangan kerana dia berasa selesa berkawan rapat dengan Hans Isaac.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, berkata, Hans merupakan rakan lelaki yang akan dihubunginya apabila dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

Justeru, kata Neelofa, dia tidak menafikan mereka pernah keluar bersiar-siar pada waktu terluang.

"Saya tidak mahu mengiakan atau menafikan apa-apa terjadi tetapi Hans adalah di kalangan kenalan rapat saya," katanya.

Neelofa berkata, selepas ini dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kisah cinta bersama Hans kerana mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu perkara ini meleret-leret dan saya perlu hormati perasaan Hans yang baru kematian ibunya, baru-baru ini," katanya.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net