Powered by Jasper Roberts - Blog

Widget Jam Flash Untuk Blogspot

12 comments


Salam semua, sebentar tadi baru sahaja koz siapkan widget jam flash terbaru. Hasill widget ini korang bolehlah lihat di bahagian sidebar dan dibawah ini.
Buat masa ini koz dapat siapkan satu design sahaja, insyallah nanti koz akan update design-design yang lain okey^^...Harap korang suka design widget jam flash ini.

Dan kalau ada apa-apa cadangan untuk tukar ayat ucapan tu korang beri cadangan di kotak comments di bawah okey. Kerja sama anda amat koz hargai.

Jom pasang Widget Jam Flash ini di blog korang. Cara-caranya seperti langkah di bawah:-

Langkah 1

Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

Langkah 2

Copy dan paste code ini di HTML/Javascript

<center><embed height="250" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://www.omsairamshop.com/wp-content/uploads/2012/10/widget-jam.swf" title="Widget Jam" type="application/x-shockwave-flash" width="250" wmode="transparent"></embed><script language="javascript" src="http://kozumiro.blogspot.com/">Budak Nakal</script></center>

Langkah 3

Code warna merah korang boleh ubah saiz yang korang suka.

Save dan lihat hasilnya.

Farid Kamil dan Diana Danielle Nikah 3 November

Jom! comments


Info terkini berkenaan tarikh pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle telah terjawap. Farid Kamil telah mengumumkan Diana Danielle dan dirinya akan bernikah pada 3 November 2012 ini.

Farid Kamil telah memberi kenyataan di bawah kepada portal Murai:-

"Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami."

Tahniah diucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle, moga perhubungan ini akan kekal selama-lamanya. Semoga segala persiapan dan perancangan pernikahan dan perkahwinan berjalan lancar.Amin...


Hajat Kamal Adli berlakon filem aksi tercapai

Jom! comments


Selepas kejayaan filem Kongsi yang mencatat kutipan RM8.2 juta pada 2011, aktor dan pengarah muda berbakat besar, Farid Kamil kembali lagi dengan garapan terbarunya iaitu genre aksi komedi yang lebih segar berjudul Pe3, sekali gus diharapkan memenuhi cita rasa penggemar filem di luar sana.

Selain Farid selaku teraju utama dan penulis skripnya, ia turut menampilkan pelakon popular, Kamal Adli dan Diana Amir untuk memantapkan lagi filem ke-67 terbitan Metrowealth (MIG) ini.

Secara peribadi, Kamal mengakui tidak sabar menanti Pe3 di pawagam tanah air kerana penggambarannya sudah lama berakhir iaitu kira-kira dua tahun lalu.

“Terus terang, saya memang minat berlakon dalam filem aksi dan akhirnya ia kesampaian apabila ditawarkan beraksi dalam filem ini. Pada masa sama, saya memang suka bekerja dengan pengarah muda seperti Farid kerana kami sama-sama muda dan ‘sekepala’. Dia juga banyak idea dan mempunyai misi yang tinggi dalam bidang pengarahan filem.

“Walaupun dia memegang kerusi pengarah dan pada masa sama watak utama dalam filem ini, Farid tetap ‘cool’ ketika di lokasi. Dia juga boleh menerima idea dan pandangan pelakon lain untuk memantapkan lagi jalan cerita filem ini,” katanya.

Mengenai wataknya dalam filem itu, juara Hero Remaja 2008 ini berkata, dia membawa watak Fumi, seorang jurugambar bebas yang jatuh hati dengan Lina, adik kepada ketua gengster, Megat.

“Megat juga mengajar Fumi untuk berjinak-jinak dalam dunia gengster dan menjadi jahat sepertinya. Karakter Fumi adalah gengster yang penakut kerana dia takut pegang senapang seperti yang biasa dilakukan kumpulan gengster,” katanya.

Pelakon berasal dari Pekan, Pahang yang juga kekasih kepada pelakon jelita, Intan Ladyana ini turut menimba pengalaman berharga ketika berlakon dalam filem itu.

“Antara pengalaman menarik ialah ketika melakonkan babak Fumi pergi merompak dengan menaiki jet ski di bawah jambatan Pulau Pinang. Justeru, sepanjang sehari suntuklah saya menaiki jet ski dan menikmati keindahan kawasan sekitarnya di pulau itu.

“Sudah namanya filem aksi, sudah pasti kecederaan tidak dapat dielakkan dan tangan kanan saya terkoyak ketika tertumbuk kamera dalam salah satu babak dalam filem ini. Selepas darah berhenti mengalir, kami teruskan penggambaran sehingga babak itu selesai.

“Sekalipun cedera, saya tidak serik berlakon dalam filem aksi kerana jiwa saya serasi dengan filem sedemikian. Impian saya untuk bawa watak yang lebih mencabar dalam filem aksi selepas ini,” katanya.

Bagi Diana pula, dia sudah bersedia menerima kritikan daripada peminat kerana belum berhijab ketika berlakon dalam filem itu, dua tahun lalu.

“Ia adalah filem terakhir lakonan saya ketika belum berhijrah dulu. Saya harap peminat faham dan dapat terima Pe3 adalah filem lakonan ketika belum bertudung.
Justeru, melalui penjelasan ini, tidak akan timbul isu yang saya sudah buka tudung untuk berlakon dalam filem ini,” katanya.

Seperti Kamal, Diana juga serasi bekerja dengan Farid kerana sudah beberapa kali bergandingan dalam filem sebelum ini.

“Sebab itu, kami tiada masalah untuk mencari keserasian termasuk melakonkan babak abang dan adik seperti dikehendaki dalam filem ini. Begitu juga berlakon babak bercinta dengan Kamal kerana kami juga pernah bekerjasama sebelum ini.

“Saya juga menganggap diri bekerja sambil bercuti ketika terbabit dalam penggambaran filem ini dulu. Maklumlah, filem ini juga memaparkan banyak tempat menarik yang juga tarikan dari segi pelancongan di sekitar Pulau Pinang,” katanya.

Bercerita lanjut wataknya sebagai gadis seksi sebagai Lina, kata Diana, watak adik kepada ketua gengster, Megat juga lebih sebagai penyeri dan tarikan pada filem itu.

“Sebenarnya, Lina tidak tahu kegiatan abangnya sebagai ketua gengster. Apa yang dia tahu abangnya memiliki kedai menjual kereta mewah.

“Sebagai adik, hubungan Lina dengan abangnya, Megat cukup rapat dan dia sangat disayangi abangnya itu. Lina juga bercinta dengan Fumi dan mereka juga akhirnya berkahwin selepas itu.

“Apa yang dapat disimpulkan, peminat yang meminati filem genre aksi, Pe3 pasti memenuhi cita rasa dan menambahkan lagi koleksi mereka,” katanya yang baru selesai penggambaran telefilem Mati Hidup Kembali untuk saluran Astro Oasis.

Filem yang membabitkan kos mencecah RM2 juta ini mengisahkan geng perompak yang terkenal di Pulau Pinang yang diketuai Megat. Megat seorang yang cekap dalam merancang strateginya sehingga pihak polis tidak berjaya menangkapnya.

Barisan pelakon yang turut membintangi filem ini ialah Along Eyzendy (Along), Taiyuddin Bakar (Chat), Soya (Chendol), bakat baru di bawah pengurusan MIG Talent, Fyza Kadir (Fyza), Tauke Raja Lawak (nelayan 1), Yus Raja Lawak (nelayan 2) dan ramai lagi. Ia bakal menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 18 Oktober ini.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net