Powered by Jasper Roberts - Blog

Biodata Yana Samsudin

15 comments

Bila di sebut sahaja nama Yana samsudin pasti semua sudah tahu bahawa Yana baru sahaja dinobatkan sebagai Heroin Terhebat di Anugerah BlokBuster 2012. Kali ini jom kita kenal lebih mendalam berkenaan Yana Samsudin ini.

Biodata Yana Samsudin
Nama sebenar Yana: Norliana Samsudin
Nama panggilan: Yana
Tarikh Lahir Yana: 25 September 1984
Umur Yana: 28 tahun

Tempat Lahir Yana: Yong Peng, Johor
Tahap Pendidikan Yana: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam
Status Yana: Bujang
Kerjaya Yana: Penyanyi, pelakon dan pengarah

Filem lakonan Yana: 7 Perhentian, Mami Jarum Junior, Main-Main Cinta, Histeria, Shh… Dia Datang, Adnan Sempit, Aku Masih Dara, Kongsi dan Bini-Biniku Gangster,

Drama lakonan Yana: E-toyol.com, Bionik, Lu’Lu, Siti Kelembai, 3 Janda dan Suri Bakawali, Bini-Biniku Perkasa
Album Yana: Yana Ceria (2004)
Filem arahan Yana: Selamat Pagi Cinta

Pencapaian Yana: Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 (Adnan Sempit),Heroin Terhebat di Anugerah BlokBuster 2012

Gambar Hot! Yana Samsudin terkena sihir

5 comments


Baru-baru ini Yana samsudin telah memenangi kategori Anugerah Heroin Terhebat di Anugerah Blokbuster menerusi filem Bini-Biniku Gangster. Tahniah diucapkan kepada kak yong kita ini.

Kini Yana akan muncul dalam filem seram iaitu Minyak Dagu. Di dalam filem ini, Yana memegang watak sebagai Emelda iaitu tunang kepada Azam yang di lakon oleh Fezrul Khan. Akan tetapi perhubungan mereka terputus dan kemudian Emelda bernikah dengan Johan Lakonan oleh Fizo Omar.

Diatas pernikahan mereka, Azam mula berdendam dengan Emelda sehingga menyihirkannya dengan minyak dagu. Macam-macam perkara aneh terjadi selepas itu...Nak tahu lebih lanjut, tunggu kemunculan filem Minyak Dagu ini dipenghujung tahun ini.




sumber MIG

Sinopsis dan Promo Strawberi Cinta

2 comments


Strawberi Cinta yang mengisahkan tentang Ichigo (Yana Samsudin) yang datang ke Malaysia dari Jepun untuk mencari sesuatu. Di Malaysia, Ichigo bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong. Dapatkah Ichigo bertemu dengan apa yang dicari? Jangan lupa saksikan Strawberi Cinta di pawagam 6 Disember ini.

Trailer Strawberi Cinta

Scene Strawberi Cinta







Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net