Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Memey tidak mahu bermadu

1 comments


Walaupun sudah merasa bahagia dengan hubungannya yang sudah berbaik dengan pelakon wanita Abby Abadi, isteri kepada Norman Hakim, Memey Suhaiza meluahkan rasa dia tidak mahu bermadu dengan perempuan lain.

Sebelum ini, umum mengetahui hubungan antara Abby dan Memey tidak begitu baik berikutan Norman ditangkap khalwat dengannya hingga membawa kepada perceraian antara Abby dan Norman.

Pun begitu, kuasa Tuhan, hubungan Memey dan Abby kembali jernih pada Ramadhan lalu.

Memey memberitahu, dia bersyukur kerana dianugerahi nikmat bahagia selepas beberapa tahun tidak bersua muka dengan Abby.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih.

“Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masing-masing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik,” kata Memey yang dipetik dari majalah Mingguan Wanita, terbitan bulan ini.

Disebabkan ramai yang melihatkan mereka sudah mampu untuk menjadi kawan, ramai peminat yang menyuarakan pendapat supaya Norman dan Abby rujuk semula.

Namun, Memey enggan berfikir perkara-perkara yang negatif hingga boleh mengganggu kesihatan dan fikirannya.

Jujur Memey meluahkan hasrat hatinya, dia tidak mahu hidup bermadu seperti yang disarankan orang ramai kerana sudah bahagia dengan kehidupan bersama Norman.

“Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh.

“Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya,” katanya.

Hot! Percintaan Bubu Dan Syahrini berakhir

Jom! comments


HUBUNGAN penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini dengan seorang ahli perniagaan Malaysia, Raja Mohammad Syazni Raja Mohamad Rashid dikatakan berakhir minggu lalu, selepas dua tahun menjalin cinta.

Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 30, yang berasal dari Sukabumi, Indonesia itu sebelum ini mengelak apabila media tempatan membangkitkan isu itu.

“Tidak ada, belum ada rencana,” jawab Syahrini ringkas sebelum mengakhiri perbualan ketika ditanya soal perancangan masa depan dengan kekasihnya, yang dikenali sebagai, Bubu.

Namun, semalam Syahrini membuat kenyataan di sebuah rancangan TV Indonesia mengesahkan status hubungan mereka sudah berakhir, namun masih berkawan dengan Bubu.

“Kami sudah sepakat mengakhiri hubungan ini, minggu lalu dan mengambil keputusan untuk menjalin hubungan sebagai teman biasa sahaja.

“Sudah dicuba hampir dua tahun kami bersama, perkara yang sama tetap menjadi masalah, saya pun berfikir negatif terus, energi (tenaga) juga menjadi buruk sehingga memberi kesan kepada pekerjaan,” katanya.

Mengakui masih sayang antara satu sama lain, namun hanya kini sekadar atas status berkawan.

Bubu dan keluarganya dikatakan tertekan dan tidak selesa apabila menjadi tumpuan media masa sejak hubungan mereka didedah kepada umum.

“Saya sudah jelaskan dengan keluarga di Malaysia dan dia (Bubu) bahawa jika satu hari diketahui media, akan jadi seperti ini akhirnya, dan itu terjadi hari ini (minggu lalu).

“Tiada perlu ada yang saya salahkan dalam hal ini. Saya sudah biasa, tetapi dia (Bubu) dan keluarganya tidak biasa. Kami berdepan dengan konflik yang besar di tengah jalan dengan ketidaksediaannya dia (Bubu) atas pemberitaan di media,” katanya.

Beberapa bulan lalu, gambar mesra Bubu bersama seorang wanita yang dipercayai bernama Virta Maladi tersebar di laman sosial.

Virta kemudiannya tampil membuat pengakuan yang menggemparkan apabila mengaku masih menjalin hubungan yang rapat dengan Bubu meskipun ketika itu Syahrini dan Bubu masih berhubungan.

“Kalau dia (Bubu) di Jakarta, dia pasti akan menghubungi saya. Saya cuma berharap hubungan kami akan baik-baik saja. Dibilang (dikata) teman, ya teman tetapi kalau dibilang (dikata) pacar (kekasih), ya macam mana ya… tidak tahu, bingung,” katanya ketika ditemu bual media Indonesia.

Meskipun menjalin hubungan tanpa status, Virta mengakui hubungannya dengan Bubu masih mesra sama seperti dulu.

Ketika diminta mengulas soal hubungan cinta Syahrini dan Bubu, Virta menyifatkan hubungan itu sudah tidak seperti dulu.

“Hubungan mereka sudah tidak semesra dulu, boleh dikatakan mungkin sedang ‘break’.

“Aneh saja, pacarnya (kekasihnya) saja tidak datang ketika sambutan ulang tahun dan lebaran (hari raya) juga dia tidak datang. Ya kalau ada pacar (kekasih) seperti itu, sabar saja,” katanya yang pernah bekerja sebagai penari.

Tambahnya, “saya saja yang bukan siapa-siapa masih sempat ditemui (Bubu) sebelum puasa.”

Virta mengaku pernah bergambar mesra dengan Bubu pada 13 April jam 3 pagi di sebuah vila milik Bubu.

Dia mengatakan menerima ajakan daripada Bubu untuk berpesta dari tengah malam hingga ke pagi.

Ketika dibangkitkan soal itu, Syahrini mengatakan bahawa Bubu hanya orang biasa yang berhak untuk berkawan dan bersosial dengan siapa sahaja.

“Dia bukan orang hiburan, dia hanya orang biasa. Jadi dia berhak untuk berkawan dan bersosial dengan siapa sahaja. Itu hak seseorang,” jelasnya.

Sebelum ini, Syahrini mendedahkan kekasihnya, Bubu awal Mei lalu dan mengakui sudah bertemu Bubu ketika sambutan tahun baru pada 2010.

Pasangan ini mula bercinta pada Februari 2011

Hot! Penjelasan Raja Ema isu buka tudung

Jom! comments




Kata Raja Ema, isu bertudung itu agak sensitif dan sedikit sebanyak mengguris hatinya dan keluarga kerana ia terlalu diperbesarkan orang yang tidak tahu menahu cerita yang sebenar.

“Memang saya pernah bertudung sekejap dulu sebelum buka tudung ketika baru berkahwin dengan Sheqal dan anak-anak pun masih kecil ketika itu. Tapi, saya masih bertudung dan berpakaian menutup aurat apabila menghadiri majlis yang sesuai seperti kenduri kendara dan ke masjid.

“Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi,” katanya.

Walaubagaimana pun, menurut Raja Ema, dia tetap menyimpan hasrat untuk menutup aurat sepenuhnya apabila sampai masanya nanti.

“Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu.

“Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut,” katanya.

Turut ditanya tentang perubahan wajah beliau yang nampak lebih muda dan jelita pada usia pertengahan 40-an, Raja Ema mengakui dia sangat mementingkan aspek kecantikan luaran dan dalaman, sejak dulu.

sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net