Powered by Jasper Roberts - Blog

Ika Nabila sukar lakonkan watak romantik

5 comments


PELAKON yang sedang meningkat naik, Ika Nabila, mengakui sukar melakonkan babak romantik bersama aktor Syazwan Zulkifli menerusi drama Darjat.

"Kami perlu bercinta menerusi drama ini, bayangkan sebagai kawan baik, memang tiada perasaan cinta pada dia.

"Jadi, saya perlu pupuk dan asah perasaan tersebut dalam drama ini. Lebih sukar apabila melihat dia saya mula berasa janggal dan terpaksa melawan semua itu," kata bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam ini.

Ditayangkan menerusi Slot Azalea, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang di TV3, drama 20 episod arahan Jet Lee ini turut dibintangi Talha Harith.

Membawa watak gadis yang lemah lembut, Ika yang ditemui ketika majlis sidang media pelancaran drama itu di Sri Pentas, berkata, ia juga memberikan cabaran yang besar untuknya.

"Memang agak sukar melakonkannya memandangkan saya bukanlah gadis yang begitu, malah jauh lebih lasak dan kasar.

"Bagaimana pun  atas tunjuk ajar pengarah saya akhirnya dapat membawakan watak itu," ujarnya.

Selain sibuk memberikan perhatian kepada bidang lakonan, Ika memberitahu dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian.

Jelasnya, dia masih mendapat undangan mengadakan persembahan dan menjayakan konsert.

"Bila saya menyanyi, ramai yang tidak perasan kehadiran saya dalam bidang ini. Sangka mereka, saya hanya seorang pelakon.

"Saya akui rezeki memang lebih cerah dalam  bidang lakonan, pun begitu, saya masih aktif menyanyi sehingga ke hari ini," kata pelantun lagu Tiada Rasa ini.

Berkongsi perkembangan terbarunya, Ika berkata, dia kini dalam proses mencari material bagi single terbaru.

"Pada masa yang sama saya juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan, bagaimana pun keputusannya masih belum dibuat," katanya bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Tanda Putera yang akan ditayangkan November ini.

sumbner sinar

Video awek comel tidak sedar dirakam

3 comments


Sangat comel awek manis ini bila berada di depan camera, tapi memang kesianlah sebab dia sendiri tidak sedar yang dirinya sedang dirakam semasa syok melihat dirinya berada di depan camera.

Kebiasaan bila berada di kedai menjual latop pasti pemilik kedainya menyediakan camera cam untuk mempromosikan latop yang dijual. Apa-apa pun bagi awek-awek diluar sana hati-hati ya, jangan biarkan diri anda menjadi sasaran berikutnya.

Hot! Memey tidak mahu bermadu

1 comments


Walaupun sudah merasa bahagia dengan hubungannya yang sudah berbaik dengan pelakon wanita Abby Abadi, isteri kepada Norman Hakim, Memey Suhaiza meluahkan rasa dia tidak mahu bermadu dengan perempuan lain.

Sebelum ini, umum mengetahui hubungan antara Abby dan Memey tidak begitu baik berikutan Norman ditangkap khalwat dengannya hingga membawa kepada perceraian antara Abby dan Norman.

Pun begitu, kuasa Tuhan, hubungan Memey dan Abby kembali jernih pada Ramadhan lalu.

Memey memberitahu, dia bersyukur kerana dianugerahi nikmat bahagia selepas beberapa tahun tidak bersua muka dengan Abby.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih.

“Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masing-masing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik,” kata Memey yang dipetik dari majalah Mingguan Wanita, terbitan bulan ini.

Disebabkan ramai yang melihatkan mereka sudah mampu untuk menjadi kawan, ramai peminat yang menyuarakan pendapat supaya Norman dan Abby rujuk semula.

Namun, Memey enggan berfikir perkara-perkara yang negatif hingga boleh mengganggu kesihatan dan fikirannya.

Jujur Memey meluahkan hasrat hatinya, dia tidak mahu hidup bermadu seperti yang disarankan orang ramai kerana sudah bahagia dengan kehidupan bersama Norman.

“Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh.

“Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya,” katanya.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net