Powered by Jasper Roberts - Blog

Ciri-ciri awek impian jejaka

6 comments


Bagi lelaki atau Si jejaka pasti mempunyai ciri-ciri gadis atau awek impian mereka sendiri. Jika di lihat pada sesetengah lelaki, mereka lebih mengutamakan awek bertudung untuk dijadi sebagai isteri. Ada juga yang memilih awek yang tidak bertudung, terpulang pada pilihan masing-masing.


Bagi kaum lelaki, mereka mahukan teman mereka yang sempuna untuk menjaga keperluan mereka. Bagi sesetengah lelaki, bukan cantik diluar jadi pilihan mereka sahaja tetapi cantik di dalam juga. Kelembutan, kebolehan mengurus dan menjaga maruah suami dan diri sendiri yang menjdai pilihan terbaik.


Antara ciri-ciri selebihnya adalah seperti pandai memasak kerana awek yang pandai memasak ini dapat memuaskan selera suami selepas pulang kerja dan dengan ciri ini juga dapat menjimatkan lagi pembelanjaan makan di luar.

Ciri berikutnya awek yang pandai menjaga anak. Ini lebih kearah kasih sayang. Jika awek tu pandai menjaga kanak-kanak, pastinya dia juga pandai menjada anaknya sendiri kelak.
Kalau bab bergaya dan berdandan juga penting untuk awek itu pelajari. Kerana dengan cara ini dapat menarik rasa sayang itu lebih dari sebelumnya. Lagi-lagi kalau awek itu cun, mana tak sayangnya suaminya.


Ciri awek berikutnya seorang yang pandai berkata-kata. Senang nak ambil hati mak dan ayah mertua bila dah berkahwin nanti. Dan awek tu mesti pandai berdikari maksudnya tidak bergantung kepada duit mak ayah semata-mata.
Last sekali Pandai Agama, ini adalah wajib sebab kalau nak tahu awek tu pandai agama, tengok bila dah masuk waktu solat. Ciri awek beginilah yang dapat membantu jejaka untuk mendidik anak-anak dalam agama semasa suami sibuk mencari rezeki.



keyword yang ada di google seperti awek idaman, awek bertudung, awek comel, awek cun, gadis bertudung cun, gadis comel, gadis cute, awek impian dan sebagainya.


Hot! Guru Kaunseling Yang Terlampau

1 comments



Kisah ini berlaku di mana seorang guru kaunseling yang baru sahaja bermula perkerjaan barunya di sebuah sekolah. Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat, dia terlihat seorang pelajar yang berdiri seorang diri dihujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"

Hot! Karier Safee Sali Terancam

2 comments


Nasib Mohd Safee Sali bersama skuad kebangsaan mungkin terancam apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didakwa mengambil tindakan menggantung 25 kelab Liga Super Indonesia (ISL).

Berita penggantungan membabitkan kelab diwakili Safee, Pelita Jaya FC itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang menerima surat rasmi dari PSSI, lewat petang semalam.

“Benar, FAM ada menerima laporan berhubung penggantungan beberapa kelab dari pihak PSSI. Ia dinyatakan secara rasmi dengan tujuan kelab-kelab yang digantung ini tidak boleh menjalin sebarang hubungan rasmi dengan negara luar termasuk Malaysia.

“Antara kelab-kelab yang dimaksudkan itu adalah Pelita Jaya yang diwakili penyerang negara, Safee,” katanya.

Sebelum ini kes penganjuran ISL yang didakwa sebagai ‘liga haram’ kerana tidak diiktiraf PSSI hebat dibincangkan sejak tahun lalu hingga membabitkan campur tangan Fifa yang mahu perkara itu diselesaikan segera Mac lalu.

ISL sebelum ini adalah liga utama Indonesia sebelum kepimpinan baru PSSI diterajui Djohar Arifin Husin mengiktiraf Liga Premier Indonesia hingga liga negara itu terbahagi dua.

Bagaimanapun penggantungan oleh PSSI ke atas kelab Pelita Jaya menimbulkan tanda tanya sama ada Safee yang menandatangani kontrak lanjutan dua tahun dengan bayaran lebih RM2 juta bersama kelab itu boleh menyarung jersi Harimau Malaya dalam tempoh penggantungan itu.

Azzuddin menegaskan, berdasarkan maklumat yang diberikan PSSI kedudukan Safee masih selamat.
“Tetapi, laporan itu tidak menyentuh berhubung larangan pemain negara (Safee) untuk beraksi dengan skuad kebangsaan. Buat masa ini, FAM dimaklumkan pemain atau mana-mana pasukan negara tidak dibenarkan mengadakan sebarang urusan rasmi dengan kelab-kelab yang digantung itu,” katanya yang enggan mendedahkan nama kelab terbabit.

sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net