Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Guru Kaunseling Yang Terlampau

1 comments



Kisah ini berlaku di mana seorang guru kaunseling yang baru sahaja bermula perkerjaan barunya di sebuah sekolah. Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat, dia terlihat seorang pelajar yang berdiri seorang diri dihujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"

Hot! Karier Safee Sali Terancam

2 comments


Nasib Mohd Safee Sali bersama skuad kebangsaan mungkin terancam apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didakwa mengambil tindakan menggantung 25 kelab Liga Super Indonesia (ISL).

Berita penggantungan membabitkan kelab diwakili Safee, Pelita Jaya FC itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang menerima surat rasmi dari PSSI, lewat petang semalam.

“Benar, FAM ada menerima laporan berhubung penggantungan beberapa kelab dari pihak PSSI. Ia dinyatakan secara rasmi dengan tujuan kelab-kelab yang digantung ini tidak boleh menjalin sebarang hubungan rasmi dengan negara luar termasuk Malaysia.

“Antara kelab-kelab yang dimaksudkan itu adalah Pelita Jaya yang diwakili penyerang negara, Safee,” katanya.

Sebelum ini kes penganjuran ISL yang didakwa sebagai ‘liga haram’ kerana tidak diiktiraf PSSI hebat dibincangkan sejak tahun lalu hingga membabitkan campur tangan Fifa yang mahu perkara itu diselesaikan segera Mac lalu.

ISL sebelum ini adalah liga utama Indonesia sebelum kepimpinan baru PSSI diterajui Djohar Arifin Husin mengiktiraf Liga Premier Indonesia hingga liga negara itu terbahagi dua.

Bagaimanapun penggantungan oleh PSSI ke atas kelab Pelita Jaya menimbulkan tanda tanya sama ada Safee yang menandatangani kontrak lanjutan dua tahun dengan bayaran lebih RM2 juta bersama kelab itu boleh menyarung jersi Harimau Malaya dalam tempoh penggantungan itu.

Azzuddin menegaskan, berdasarkan maklumat yang diberikan PSSI kedudukan Safee masih selamat.
“Tetapi, laporan itu tidak menyentuh berhubung larangan pemain negara (Safee) untuk beraksi dengan skuad kebangsaan. Buat masa ini, FAM dimaklumkan pemain atau mana-mana pasukan negara tidak dibenarkan mengadakan sebarang urusan rasmi dengan kelab-kelab yang digantung itu,” katanya yang enggan mendedahkan nama kelab terbabit.

sumber

Hot! Syamsul Yusof Sedia Kahwin

Jom! comments



Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengakui bersedia untuk meneruskan fasa kehidupannya ke alam rumah tangga selepas melihat kerjayanya dalam bidang seni semakin kukuh.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, selepas pelbagai kejayaan dan pengiktirafan yang diraih terutamanya sebagai pengarah, hatinya sudah mula terdetik untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami pula.

“Alhamdulillah, pada usia muda sebegini, terasa seperti mimpi sahaja apabila filem-filem saya diiktiraf dalam negara ini.

“Segala usaha selama ini dengan bantuan ayah dan krew produksi membuatkan saya berdiri kukuh seperti sekarang.

“Dan kerana itu, sekarang hati saya mula terdetik untuk ke arah itu (berkahwin). Mahu kahwin dan cepat-cepat dapat anak,” katanya.

Bagaimanapun, Syamsul yang enggan mendedahkan kekasihnya itu menambah, perasaan ingin berkahwin itu sekadar perancangannya sahaja dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Kita hanya merancang, tetapi semua itu ketentuan Allah. Moga jodoh saya dipercepatkan. Saya harapkan doa daripada semua,” ujarnya.

Menerusi Anugerah Blokbuster 2011 pada Sabtu lalu, filem arahan Syamsul iaitu KL Gangster menang besar selepas berjaya meraih bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat.

Malah filem Khurafat arahannya turut menang bagi kategori Filem Takut Terhebat.

Sementara itu, disebabkan pelbagai kejayaan yang diraih filem KL Gangster sepanjang tahun ini, Syamsul berharap agar “prekuel” filem tersebut iaitu KL Gangster 2 yang akan ditayangkan pada awal tahun depan dapat menandingi filem berkenaan yang pertama.

“Saya tahu ramai yang menantikan KL Gangster 2 dan itu sangat merisaukan. Saya takut kerana penonton akan meletakkan harapan yang tinggi selepas kejayaan KL Gangster.

“Insya-Allah, ia dapat memuaskan hati semua yang menyaksikannya kerana filem prekuel ini lebih aksi dan mempunyai sudut syot’ yang berbeza,” katanya. – MStar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net