Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Syamsul Yusof Sedia Kahwin

Jom! comments



Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengakui bersedia untuk meneruskan fasa kehidupannya ke alam rumah tangga selepas melihat kerjayanya dalam bidang seni semakin kukuh.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, selepas pelbagai kejayaan dan pengiktirafan yang diraih terutamanya sebagai pengarah, hatinya sudah mula terdetik untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami pula.

“Alhamdulillah, pada usia muda sebegini, terasa seperti mimpi sahaja apabila filem-filem saya diiktiraf dalam negara ini.

“Segala usaha selama ini dengan bantuan ayah dan krew produksi membuatkan saya berdiri kukuh seperti sekarang.

“Dan kerana itu, sekarang hati saya mula terdetik untuk ke arah itu (berkahwin). Mahu kahwin dan cepat-cepat dapat anak,” katanya.

Bagaimanapun, Syamsul yang enggan mendedahkan kekasihnya itu menambah, perasaan ingin berkahwin itu sekadar perancangannya sahaja dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Kita hanya merancang, tetapi semua itu ketentuan Allah. Moga jodoh saya dipercepatkan. Saya harapkan doa daripada semua,” ujarnya.

Menerusi Anugerah Blokbuster 2011 pada Sabtu lalu, filem arahan Syamsul iaitu KL Gangster menang besar selepas berjaya meraih bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat.

Malah filem Khurafat arahannya turut menang bagi kategori Filem Takut Terhebat.

Sementara itu, disebabkan pelbagai kejayaan yang diraih filem KL Gangster sepanjang tahun ini, Syamsul berharap agar “prekuel” filem tersebut iaitu KL Gangster 2 yang akan ditayangkan pada awal tahun depan dapat menandingi filem berkenaan yang pertama.

“Saya tahu ramai yang menantikan KL Gangster 2 dan itu sangat merisaukan. Saya takut kerana penonton akan meletakkan harapan yang tinggi selepas kejayaan KL Gangster.

“Insya-Allah, ia dapat memuaskan hati semua yang menyaksikannya kerana filem prekuel ini lebih aksi dan mempunyai sudut syot’ yang berbeza,” katanya. – MStar

Gambar Rossa bertudung bakal menunaikan ibadah haji

1 comments


Dikatakan Penyanyi Indonesia iaitu Rossa bakal menunaikan ibadah haji dalam waktu terdekat. Rossa telah tampil dengan mengenakan hijab dalam satu majlis membacaan Al-Quran di Jakarta beberapa hari lalu.



Hot! Nabila Huda tampil mohon maaf

1 comments


Nabila Huda yang mencetuskan kontroversi dengan penampilan gaun hitam seksi pada majlis Anugerah Blokbuster Sabtu lalu, meminta maaf kepada peminatnya jika tindakannya itu menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tidak faham kenapa benda ini boleh jadi isu kerana jika hendak dibandingkan dengan artis zaman dulu, penampilan mereka adalah lebih berani daripada saya.

“Tetapi saya tidak mahu panjangkan isu ini dan saya minta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan penampilan saya pada majlis anugerah itu dan selepas ini saya tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Penampilan Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 28, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ayahnya sendiri, penyanyi rock terkenal, Amy Search.

Menjawab mengenai pemakaian ‘tube’ ketika dirinya menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, Nabila berkata, “mengenai pemakaian ‘tube’ itu saya sendiri yang nak pakai, bukan pihak Astro yang suruh."

"Yalah sebab masuk TV kan dan memang saya nak cover bahagian perut itu.

“Saya cari tube itu semasa berada di belakang pentas dan memang saya pakai tube itu atas kemahuan saya sendiri,” katanya yang kini sibuk menghabiskan penggambaran drama bersiri Julia yang kini sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 petang.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net