Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Nabila Huda tampil mohon maaf

1 comments


Nabila Huda yang mencetuskan kontroversi dengan penampilan gaun hitam seksi pada majlis Anugerah Blokbuster Sabtu lalu, meminta maaf kepada peminatnya jika tindakannya itu menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tidak faham kenapa benda ini boleh jadi isu kerana jika hendak dibandingkan dengan artis zaman dulu, penampilan mereka adalah lebih berani daripada saya.

“Tetapi saya tidak mahu panjangkan isu ini dan saya minta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan penampilan saya pada majlis anugerah itu dan selepas ini saya tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Penampilan Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 28, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ayahnya sendiri, penyanyi rock terkenal, Amy Search.

Menjawab mengenai pemakaian ‘tube’ ketika dirinya menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, Nabila berkata, “mengenai pemakaian ‘tube’ itu saya sendiri yang nak pakai, bukan pihak Astro yang suruh."

"Yalah sebab masuk TV kan dan memang saya nak cover bahagian perut itu.

“Saya cari tube itu semasa berada di belakang pentas dan memang saya pakai tube itu atas kemahuan saya sendiri,” katanya yang kini sibuk menghabiskan penggambaran drama bersiri Julia yang kini sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 petang.

Hot! Komen Erin Malek bergambar baju tidur

Jom! comments



Isu Gambar Hot Erin Malek bergambar baju tidur yang dimuat turun olehnya sendiri baru-baru ini membuat Erin Malek tampil memberi penjelasannya sendiri.

“Gambar ini jadi isu sebab Erin ada letak nama Walid Wahid. Lagipun, Erin takda pun cakap gambar tu untuk dia sorang. Erin cakapkan ‘Good night utk saya & Good morning utk semua’. Erin sengaja letak nama Walid sebab masa tu Erin baru lepas cakap telefon dengan dia.”

“Erin sebenarnya tak baca sangat berita-berita hiburan ni. Selalunya Erin dapat tahu benda-benda macam ini daripada kekasih Erin sendiri. Dia yang selalu baca dan akan beritahu Erin. Lagipun Erin tak nak baca dan tak nak tahu apa komen-komen negatif tu. Kalau baca nanti Erin akan sakit hati dan akan patah semangat untuk bekerja.”
“Yang pasal isu gambar ni pun Erin dapat tahu daripada Walid dan dia juga yang suruh Erin buang gambar tu,” ujar Erin Malek.

Mengenang Legenda Ahmad Nesfu.

Jom! comments


                                                                            
"Walaupun rupa mu tidak ku kenal tetapi lubang hidung mu tetap menjadi pojaaaaan hati ku"..Demikian satu ayat terkenal dlm babak film Seniman bujang lapok yang di ucap kepada 1 watak yang menjadi pengarah
dalam film ini iaitu Allahyarham Ahmad Nesfu..

Kita sering berbicara mengenai nama-nama terkenal dalam sejarah tanah air lalu terlupa pada beberapa insan yang masih membuat kita ketawa walau mereka telah lama tiada di alam fana ini..

Ahmad Nesfu adalah orang Tanjung Tokong Pulau Pinang..Dan nama Ahmad Nesfu adalah memang nama sebenarnya. Pada zaman dulu Pulau Pinang melahirkan banyak tokoh-tokoh seni seperti Seniman agung Tan Sri P.Ramlee, Pelawak M.Zain, Pelakon Ahmad Daud, ,Nordin Ahmad, Pemuzik Ahmad Nawab dll..

Kerana memiliki hidung besar Ahmad Nesfu juga sering di usik dan di beri gelaran Pak Besaq (Besar).
Filem pertama lakonannya adalah Nujum Pak Belalang pada thn 1959 dan yang terakhir adalah Mat Karung Guni pada 1971.Hubungan baik nya dgn P.Ramlee menjadikan mereka berdua berlakon dlm banyak film2 yang lain seperti:-

- Antara Dua Darjat
- Musang Berjanggut
-Pendekar Bujang Lapok
-Seniman Bujang Lapok
-Ibu Mertua ku
-Tiga Abdul
-Nasib Labu Labi.

Apabila zaman filem melayu mula pudar pada tahun 70an dan studio perfileman di Singapura di tutup maka Ahmad Nesfu seperti lain2 bintang juga mula hidup melarat..Ahamd Nesfu meninggal dunia dgn sebatang kara dalam kediamannya yang di tumpang di sebuah kubu jepun lama yang di tinggalkan di Jalan Labu,Geylang Singapura..

AL FATIHAH...

credit: Rjuna Beatles

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net