Powered by Jasper Roberts - Blog

Blog Service Tempahan Design dilancarkan!

2 comments


Bismillahirrahmanirrahim, hari ini koz akan merasmikan blog terbaru koz iaitu Blog "Service Tempahan Design". Blog ini dihasilkan sebagai rangkaian untuk memudahkan anda membuat service tempahan design sama ada untuk blog mahupun website.


Sebelum ini koz laksanakan service tempahan ini sebagai hobi masa lapang, tetapi bermula dari hari ini koz akan menjadikan service tempahan ini sebagai full time.

Jadi kepada anda semua sudi-sudilah terjah blog terbaru koz ini, dan pada bulan ini juga sebagai tanda pengenalan mengenai blog terbaru koz ini, koz akan tawarkan haraga promosi untuk anda yang berminat untuk mendapatkan service design. Promosi yang di tawarkan silalah terjah di SINI.

Sebagai sokongan kuat bagi anda yang ingin membuat service design bersama koz, koz berada dalam bidang grafik lebih kurang 4 tahun dan mempunyai kemahiran membuat dan menghasilkan animasi kartun dalam bentuk 2D. Tahap pendidikan koz adalah Diploma Teknologi Animasi(STMS- Sekolah Teknologi Media Dan Seni).

Jadi jika anda berminat, bolehlah membuat tempahan di sini.

Sekian sahaja penulisan koz mengenai perasmian blog terbaru koz ini, semoga blog terbaru ini dapat memberi manfaat kepada anda dan juga koz sendiri.


Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0

2 comments


Pendaftaran pemohon baru, individu bujang boleh dibuat secara online-
Putrajaya: Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yakin pengagihan BR1M kali dapat dilakukan dalam tempoh singkat berbanding BR1M diumumkan tahun lalu yang mengambil masa tujuh bulan.
Dijangka selesai cepat

“Kementerian Kewangan sudah mempunyai data 4.3 juta penerima BR1M yang layak tahun lalu, manakala pengesahan bagi pendaftaran baru bermula 1 November ini dijangka dapat diselesaikan lebih cepat.

“Pengagihan BR1M pertama mengambil lama iaitu Januari hingga Julai kerana babitkan proses pengesahan bagi individu yang benar-benar layak, dan tempoh pendaftaran juga terpaksa dilanjutkan.

“Bagaimanapun, jika pendaftaran kali ini dilakukan pada November dan Disember, termasuk bagi individu bujang yang layak serta pemohon baru yang tidak pernah memohon atau tidak layak sebelum ini, kita tidak perlu melanjutkan tempoh pengagihan BR1M.
“Mungkin ada yang mendaftar selepas pembayaran BR1M 2.0 dilaksanakan awal tahun depan, tapi dijangkakan tidak ramai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lahir pada 1992

Menghurai lanjut, Husni berkata syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelumnya serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah selain penganggur.

Katanya, kementerian juga akan menyemak dengan agensi berkaitan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan semua pemohon BR1M 2.0 memenuhi kriteria ditetapkan.

“Namun, pengalaman kita sebelum ini menunjukkan kes (penipuan) tidak banyak dan majoriti rakyat patuh kepada syarat yang ditetapkan.

“Selain itu, kita juga akan melakukan semakan bagi data penerima sedia ada untuk mengeluarkan individu yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Pelajar terima Baucar Buku 1Malaysia RM250

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Ahmad Husni berkata, Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula diagihkan Januari tahun depan.-Berita Harian


Hot! Awek comel kutuk Ustaz Azhar Idrus bahalol

1 comments


Macam inilah jadinya bila kurang pendidikan agama yang cukup. Si adik manis ini tidak paham atau kurang cerdik untuk memahami apakah maksud yang Ustaz Azahar Idrus ingin sampaikan.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Azhar Idrus adalah setiap perkara yang ingin dilakukan pasti ada batas dan dindingnya. Seperti jika ingin memeluk kekasih kita. Boleh saja, tetapi kena merentasi halangan/dinding itu dahulu. Maksudnya kalau nak peluk kenalah nikah dahulu. Renung-renungkan.


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net