Powered by Jasper Roberts - Blog

Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0

2 comments


Pendaftaran pemohon baru, individu bujang boleh dibuat secara online-
Putrajaya: Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yakin pengagihan BR1M kali dapat dilakukan dalam tempoh singkat berbanding BR1M diumumkan tahun lalu yang mengambil masa tujuh bulan.
Dijangka selesai cepat

“Kementerian Kewangan sudah mempunyai data 4.3 juta penerima BR1M yang layak tahun lalu, manakala pengesahan bagi pendaftaran baru bermula 1 November ini dijangka dapat diselesaikan lebih cepat.

“Pengagihan BR1M pertama mengambil lama iaitu Januari hingga Julai kerana babitkan proses pengesahan bagi individu yang benar-benar layak, dan tempoh pendaftaran juga terpaksa dilanjutkan.

“Bagaimanapun, jika pendaftaran kali ini dilakukan pada November dan Disember, termasuk bagi individu bujang yang layak serta pemohon baru yang tidak pernah memohon atau tidak layak sebelum ini, kita tidak perlu melanjutkan tempoh pengagihan BR1M.
“Mungkin ada yang mendaftar selepas pembayaran BR1M 2.0 dilaksanakan awal tahun depan, tapi dijangkakan tidak ramai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lahir pada 1992

Menghurai lanjut, Husni berkata syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelumnya serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah selain penganggur.

Katanya, kementerian juga akan menyemak dengan agensi berkaitan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan semua pemohon BR1M 2.0 memenuhi kriteria ditetapkan.

“Namun, pengalaman kita sebelum ini menunjukkan kes (penipuan) tidak banyak dan majoriti rakyat patuh kepada syarat yang ditetapkan.

“Selain itu, kita juga akan melakukan semakan bagi data penerima sedia ada untuk mengeluarkan individu yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Pelajar terima Baucar Buku 1Malaysia RM250

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Ahmad Husni berkata, Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula diagihkan Januari tahun depan.-Berita Harian


Hot! Awek comel kutuk Ustaz Azhar Idrus bahalol

1 comments


Macam inilah jadinya bila kurang pendidikan agama yang cukup. Si adik manis ini tidak paham atau kurang cerdik untuk memahami apakah maksud yang Ustaz Azahar Idrus ingin sampaikan.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Azhar Idrus adalah setiap perkara yang ingin dilakukan pasti ada batas dan dindingnya. Seperti jika ingin memeluk kekasih kita. Boleh saja, tetapi kena merentasi halangan/dinding itu dahulu. Maksudnya kalau nak peluk kenalah nikah dahulu. Renung-renungkan.


Hot! Nur Fathia bergaduh dengan pengarah

1 comments


Nur Fathia bergaduh dengan pengarah-Isu berkaitan Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff,25, yang dikatakan suka hadir lewat ke lokasi selain terdapat masalah disiplin membuatkan ramai pihak memandang serong terhadapnya.

Terbaru, Fathia dikhabarkan bergaduh dengan seorang pengarah filem, Arjinder Singh di lokasi penggambaran  lakonannya, Darah Panas.

Punca pergaduhan tersebut adalah kerana Fathia enggan memakai baju yang disediakan oleh pihak produksi untuk dipakai dalam penggambaran.

“saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata.

“Saya akui berlaku sedikit pertengkaran sewaktu sedang menjayakan sebuah babak dalam filem Darah Panas kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat serta menjolok mata,”

Walaupun bergelar pelakon yang dikatakan serba boleh, Namun, Fathia mempunyai garis panduan tertentu bagi dirinya berpakaian dalam menjalankan satu-satu watak.

Justeru itu, pemakaian yang terlalu ketat membuatkan dia tidak selesa sewaktu dalam pengambaran filem tersebut. Dia yang berkeras ingin menukar pakaiannya walaupun tidak dibenarkan.

“Saya berkeras bagi menukar pakaian lain yang lebih selesa berbanding baju serta skirt paras paha yang disediakan oleh produksi. Itu had saya dalam berpakaian!”

Berhubung kejadian tersebut Fathia ingin lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian serta watak bagi filem yang akan dibawakan selepas ini.
Dalam pada itu, Fathia tidak ingin kejadian tersebut berulang kerana ianya akan menjejaskan namanya di masa akan datang. sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net