Powered by Jasper Roberts - Blog

Zizan Razak tewaskan Aaron Aziz kategori Hero Terhebat

4 comments



Zizan Razak Kalahkan Aaron Aziz-Kemenangan Zizan Razak dalam kategori Hero Terhebat bagi majlis Anugerah Blokbuster membuktikan yang watak komedi juga mampu merangkul anugerah hero.

Malah ia sekaligus menewaskan pesaingnya yang sedang cukup popular dan meningkat naik iaitu Aaron Aziz.

Menurut Zizan, dia sebenarnya terkejut dengan kemenangan itu kerana ada orang beritahu kepadanya yang dia ketinggalan jauh daripada markah undian Aaron.

“Tak tahulah mengapa penonton pilih saya, nak kata kacak tidak pun, Aaron lagi kacak, mungkin sebab hidung kot. Aaron tak ada hidung macam ni.

“Atau mungkin saya ni kelakar,jadi bila orang nak undi tu mereka akan fikir dia ni kelakar patut undi, dia ni serius je taknak undilah,” katanya sambil berseloroh semasa ditemu bual pada majlis Anugerah Blokbuster yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Ditanya apakah kerana kejayaan filem Hantu Kapcai dan Lawak Ke Der 2 baru-baru ini yang telah menaikkan namanya sehingga dinobatkan sebagai hero terhebat, Zizan turut mengakuinya.

“Tak dinafikan, ia mendorong sedikit- sebanyak dalam menaikkan populariti saya. Saya memang betul-betul baru habis Lawak Ke Der 2, siapa yang pergi tu tahulah macam mana saya berusaha untuk buat penonton suka.

“Di United Kingdom (UK) orang angkat pelawak ni macam doktor, jadi saya sedang berusaha ke arah itu. Insyallah,” katanya dengan nada serius.

Zizan akan keluar dengan filem terbaru lakonannya iaitu Tokan pada tidak lama lagi. Kejayaan ini pasti memberi kenangan manis buat dirinya.

Hot! Ammar Alfian dan Puteri Sarah bersedia untuk kahwin

2 comments


Ammar Alfian, Puteri Sarah Sudah Bersedia Untuk Kahwin

Selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta, keduanya mengakui sudah sedia untuk menyimpulkan percintaan mereka dengan ikatan yang lebih suci-perkahwinan.

"Sejujurnya, memang kami sudah merancang untuk berkahwin dan kedua-dua belah keluarga juga sudah berjumpa untuk berkenal-kenalan. Malah, Ammar juga pernah berbincang mengenai perkara ini.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk memperkatakan dengan lebih lanjut mengenai hal ini. Mungkin bila sudah ada ketetapan waktu dan tarikh, barulah kami akan maklumkan kepada semua," ujar Sarah kepada Zass.

Sependapat dengan Sarah, Ammar berkata, masih terlalu awal untuk memberitahu kepada umum mengenai rencana mereka kerana bimbang ia tidak berjalan seperti yang dirancang.

"Macam tahun lepas, kami pernah merancang untuk bertunang tapi tak jadi kenyataan sebab masing-masing sibuk. Jadi saya bimbang kalau beritahu terlalu awal, ia tidak akan terjadi.

"Apa pun, kami memang sudah bersedia untuk berkahwin dan keluarga juga galakkan kami berkahwin kerana sudah lama berkawan. Insya-Allah kalau sudah sampai seru, kami akan berkahwin juga," katanya.

Sarah berkata, mereka akhirnya sepakat untuk mendirikan rumah tangga selepas keduanya mempunyai pendapatan yang stabil.

"Bagi saya sendiri, tidak kisah berkahwin lambat, asalkan kami sudah ada pendapatan yang stabil, ada kereta dan rumah. Daripada kami berkahwin awal, tapi pendapatan tak stabil, duduk rumah sewa.

"Itu semua mungkin akan menjadi sebahagian punca perbalahan yang akhirnya meranapkan rumah tangga. Jadi bila sudah betul-betul stabil sekarang, barulah kami fikir tentang fasa yang seterusnya," jelasnya.

Qazem Nor dan Embun akan bernikah 20 Oktober ini

Jom! comments



Pelakon Qazem Nor dan Nor Azuriana Amirudin atau Embun akan menamatkan alam bujang pada 20 Oktober ini. Qazem Nor memilih Nor Azuriana Amirudin atau Embun sebagai pasangan hidupnya.

Majlis pernikahan dan persandingan diadakan serentak di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Qazem mengenali Embun sejak tiga tahun lalu dan hubungan mereka berjalan lancar tanpa sensasi.

Kisah peribadi Qazem juga tidak diperkatakan, malah Qazem juga kurang publisiti berbanding pelakon seangkatannya.

Tanpa banyak publisiti, Qazem terus mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit berlakon sebuah demi sebuah telemovie dan drama bersiri. Qazem banyak berlakon watak antagonis dalam drama lakonannya.

Kami mengucapkan selamat pengantin baru buat Qazem. Semoga ikatan perkahwinan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Qazem dan Embun datang sendiri menghantar kad undangan cantik berupa passport kepada media.


Bila datang sendiri, penerima akan rasa lebih senang. Ada sesetengah artis yang mengirim melalui orang tengah sebab jadual terlalu sibuk.

Foto-foto ini ialah gambar pre wedding yang mereka rakam bersama Sweet Pictures yang dilantik sebagai jurugambar rasmi pernikahan nanti.

Cantik foto-fotonya sebab pasangan ini pun sepadan, bagai pinang dibelah dua, kata orang.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net