Powered by Jasper Roberts - Blog

Gambar Hot! Nora Danish dan Adi Putra

1 comments

Filem Aku Terima Nikahnya menggandingkan dua pelakon popular iaitu Nora Danish dan Adi Putra. Filem Aku Terima Nikahnya mengisahkan Johan (Adi Putra) menikahi Arlisa (Nora Danish) dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Johan terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan termasuk melupai siapa Arlisa di hatinya. Bagaimanapun, Johan mula rapat dengan Suriya, teman baik kepada Arlisa. Apakah kesudahannya?

Filem ini mengisahkan sebuah cinta antara Nora Danish dan Adi Putra. Filem ini pasti banyak lagi adegan-adegan romantik yang diselitkan. Di sini diselitkan beberapa keping gambar adegan romantik Nora Danish dan Adi Putra dalam filem aku terima nikahnya






12 Perkara Mengenai Aaron Aziz

2 comments


Aaron Aziz merupakan pelakon yang berasal dari Singapura ini telah membintangi beberapa buah filem yang telah mendapat tempat dihati peminat tempatan seperti contoh KL Gangster dan Ombak Rindu. Jika anda adalah peminat Aaron Aziz, anda perlu tahu 12 perkara mengenai pelakon ini.

1. Stage fright. Aaron seorang yang takut bila berada di atas pentas.

2. Sebelum makan, Aaron akan suapkan dulu kucing peliharaannya dengan sudu.

3. Suka tengok binatang sehingga dipanggil Animal Planet oleh rakan-rakannya.

4. Pelakon Ombak Rindu ini mengakui seorang yang sangat pemalu dan berat mulut.

5. Orang selalu ingat Aaron seorang yang moden kerana berasal dari Singapura, namun sebenarnya beliau seorang yang konservatif. Aaron mengakui dia ‘old fashion’ dan masih mengikut adat.

6. Tidak gemar makan sayur bunga seperti brokoli dan kobis. Beliau mengakui hanya makan sayuran hijau sahaja.

7. Aaron gemar muzik yang universal dan tidak hanya pada satu genre sahaja.

8. Pelakon Nora Elena ini benci membeli-belah. Semua kelengkapan Aaron akan dibeli oleh isterinya, Diana.

9. Seorang yang protektif. Pantang jika ada orang marah anaknya walaupun isterinya sendiri. Jika berlaku, Aaron akan memarahi balik isterinya. Difahamkan, hanya Aaron seorang sahaja yang boleh marah anak-anaknya.

10. Pelakon KL Gangster ini susah nak mempercayai orang lain.

11. Ketika di Singapura, Aaron selalu bertukar-tukar kerja. Aaron pernah menjadi aircond technician, bowling specialist, agen insurans, agen rumah, penjual kereta dan pelayan restoran.

12. Tidak suka makan sushi.

sumber

Soal Jawap Ustaz Azhar Idrus tentang hilang dara

Jom! comments


Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus ada ditanya mengenai ‘hilang dara’ oleh salah seorang daripada mereka yang menyertai ceramahnya.

Jawapan Azhar mudah (seperti yang boleh dilihat dalam klip di bawah) iaitu dengan bertaubat.

FIRMAN Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17-18)
Mari lihat video ceramah Ustaz Azhar Idrus berkenaan Hilang Dara.
sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net