Powered by Jasper Roberts - Blog

Qazem Nor dan Embun akan bernikah 20 Oktober ini

Jom! comments



Pelakon Qazem Nor dan Nor Azuriana Amirudin atau Embun akan menamatkan alam bujang pada 20 Oktober ini. Qazem Nor memilih Nor Azuriana Amirudin atau Embun sebagai pasangan hidupnya.

Majlis pernikahan dan persandingan diadakan serentak di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Qazem mengenali Embun sejak tiga tahun lalu dan hubungan mereka berjalan lancar tanpa sensasi.

Kisah peribadi Qazem juga tidak diperkatakan, malah Qazem juga kurang publisiti berbanding pelakon seangkatannya.

Tanpa banyak publisiti, Qazem terus mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit berlakon sebuah demi sebuah telemovie dan drama bersiri. Qazem banyak berlakon watak antagonis dalam drama lakonannya.

Kami mengucapkan selamat pengantin baru buat Qazem. Semoga ikatan perkahwinan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Qazem dan Embun datang sendiri menghantar kad undangan cantik berupa passport kepada media.


Bila datang sendiri, penerima akan rasa lebih senang. Ada sesetengah artis yang mengirim melalui orang tengah sebab jadual terlalu sibuk.

Foto-foto ini ialah gambar pre wedding yang mereka rakam bersama Sweet Pictures yang dilantik sebagai jurugambar rasmi pernikahan nanti.

Cantik foto-fotonya sebab pasangan ini pun sepadan, bagai pinang dibelah dua, kata orang.

Gambar Hot! Nabila Huda seksi di Karpet Merah Anugerah Blockbuster

5 comments


Gambar Nabila Huda di Karpet Merah Anugerah Blockbuster dengan fasyen yang seksi dan hot!. Anugerah Blockbuster ini pertama kalinya dianjurkan oleh Astro bertempat di Stadium Malawati.




Gambar Hot! Emma Maembong semasa remaja

7 comments

Baru-baru ini gamat dengan penyebaran gambar Emma Maembong semasa remaja bersama kekasih hatinya.

Berikut merupakan penjelasan Emma Maembong berkenaan gambarnya semasa usia remaja bersama kekasihnya Adi Zaim.

"Memang semua itu gambar saya bersama kekasih tetapi gambar itu diambil ketika saya berusia 14 dan 15 tahun. Saya akui ketika itu saya berkelakuan sebegitu disebabkan culture shocked bila baru saja mengenal dunia. Saya akui gambar itu satu kesilapan dan saya anggap itu semua kisah silam saya yang saya tidak perlu ulangi lagi kerana saya kini sudah berubah. Saya kesal apabila gambar itu tersebar di waktu saya baru sahaja hendak menempa nama dalam industri, saya anggap ini dugaan dan pasrah dengan apa yang berlaku."

"Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja. Tiada apa yang perlu diperbesarkan. Malah saya berpeluk dan bercium dengan seorang lelaki yang sama iaitu kekasih saya sahaja. Saya dan kekasih saya sudah berkawan sejak dari sekolah lagi, namun kami sudah pun menjalinkan hubungan cinta yang serius sejak dua tahun yang lalu. Lagipun kini saya sudah berubah dan telah pun cuba berubah dengan tidak lagi memakai pakaian seksi serta tidak beraksi seperti di dalam foto itu lagi. Hukumlah diri saya sekarang, bukan hukum kisah silam saya."


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net