Powered by Jasper Roberts - Blog

Buaya gergasi kembali lapar

Jom! comments


Seekor buaya yang bernama Rex dan mempunyai berat 700 kilogram semalam kembali 'berselera' untuk makan di Zoo Sydney di sini.

Buaya itu selama ini tidak memakan sebarang makanan selama tiga bulan ketika musim sejuk.
Ia dianggap sebagai kejadian semula jadi yang berlaku ke atas haiwan itu.
Seorang kakitangan zoo memberikan buaya itu daging lembu.

Daging itu diikat dengan tali pada sebatang kayu sebelum Rex timbul di permukaan air untuk memakan daging tersebut.

Haiwan itu kembali lapar semasa ketibaan musim panas. Buaya tersebut sudah berada di zoo itu sejak 2009. Sebelum dihantar ke zoo itu, Rex ditempatkan di sebuah kolam buaya dekat Darwin, utara Australia.

Video Hot! Izara Aishah tarian tango

1 comments


Video seksi Izara Aishah tarian tango-Pelakon Izara Aishah mengakui penyebaran video seksi seorang wanita yang menari tarian tango dengan lenggok seksi dan menghairahkan di laman Youtube adalah dirinya.

Izara dalam laporan Harian Metro berkata, video berkenaan dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor.

"Memang benar itu video seksi saya tetapi ia dirakamkan tiga tahun lalu," ujarnya.

Tambah Izara dia tidak mahu bersikap hipokrit atau pun menipu dengan menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa yang berlaku.

"Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, Izara berkata, video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di kolej berkenaan.

Dalam video tersebut, Izara memberitahu dia memegang watak seorang pengemis.

Menurut Izara oleh kerana kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.

Izara juga tidak sangka video itu telah dimuat turun di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.

Gambar Hot! Fazura Dan Kereta Maserati Bernilai 1 Juta

1 comments


Pelakon popular Nur Fazura telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama kereta baru Maserati iaitu Maserati GranTurismo baru-baru ini.Di katakan harga kereta ini amatlah mahal sehingga boleh mencecah lebih RM 1 juta.Siapakahlah agaknya yang menghadiahkan kereta ini kepada fazura ya?


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net